-
soalan-20.pdf
-
Y.B. TUAN GOOI HSIAO-LEUNG [ ALOR SETAR ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan kenyataan awam beliau, khususnya dalam apa
cara RM6 bilion yang akan disuntik ke dalam Malaysia Airlines oleh
Khazanah Nasional Berhad adalah satu pelaburan dan bukannya satu
percubaan untuk menyelamatkan syarikat penerbangan itu.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-14 Parliamentary Replies
-
soalan-40.pdf
-
Y.B. PUAN TERESA KOK SUH SIM [ SEPUTEH ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan secara terperinci tentang rancangan
penstrukturan semula Syarikat Penerbangan MAS. Apakah penstrukturan
semula ini akan menjejaskan penerbangan di kawasan luar bandar yang
kini dikendalikan oleh MAS Wing yang kurang menguntungkan.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-14 Parliamentary Replies
-
soalan-39&40.pdf
-
Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan apakah syarat-syarat pelantikan Pengetua-pengetua
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan' dan sama ada kemahiran
Bahasa Mandarin diwajibkan untuk pelantikan Pengetua SMJ K Cina.
Soalan 40. Laksamana Pertama Mohamad lmran bin Abd Hamid (B) [Lumut]
minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bahawa bila MAS
akan berhenti menghidang minuman keras dalam penerbangan dan
di VIP Lounge dan memastikan paramugarinya berpakaian menutup
aurat serta memakai tudung bagi yang beragama Islam.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-16 Parliamentary Replies
-
soalan-36.pdf
-
Y.B. TUAN MOHAMED AZMIN BIN All [ GOMBAK ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan apakah Kerajaan telah mengadakan penilaian
kompetensi terhadap daya saing Malaysia Airlines System (MAS) dalam
pasaran penerbangan tambang murah sebelum melaksanakan Pelan
Pemulihan Baru MAS.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-27 Parliamentary Replies
-
soalan-46.pdf
-
Y.B. DATO TAKIYUDDIN BIN HASSAN [ KOTA BHARU ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah jaminan Kerajaan agar
pekerja-pekerja MAS yang akan dibuang kerja ekoran penstrukturan
semula MAS tidak menghadapi tekanan ekonomi dan menambahkan
pengangguran.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-27 Parliamentary Replies
-
soalan-15.pdf
-
Y.B. DATUK DR. MAKIN @ MARCUS MOJIGOH [ PUTATAN ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
a) punca utama kegagalan serta jumlah kerugian ikon negara, MAS
(Malaysia Airlines Systems) dalam industri penerbangan setakat ini; dan
b) langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi masalah ini demi untuk
kepentingan negara dan langkah-langkah yang diambil bagi mendapatkan
semula setiap sen dana Kerajaan yang disuntik kepada pemulihan MAS.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-28 Parliamentary Replies
-
soalan-23.pdf
-
Soalan 23. Y.B. DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH [ JASIN ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan:-
a. perkembangan terkini penstrukturan semula Syarikat Penerbangan
Malaysia(MAS); dan
b. bagaimana Kerajaan boleh memberi jaminan penjenamaan semula
mampu dilaksanakan dengan teratur di saat industri penerbangan
serantau rata-ratanya menghadapi tekanan operasi di sebabkan
peningkatan kos tetap dan kos berubah.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-28 Parliamentary Replies
-
soalan-11.pdf
-
Y.B DATO' SHAMSUL ANUAR BIN HAJI NASARAH minta MENTERI
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan:
a) data terkini prestasi dan jumlah pelaburan asing dalam negara; dan
b) kesan terhadap pelaburan ke negara ini ekoran isu MH370 dan
MH17.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-29 Parliamentary Replies
-
soalan-20&21.pdf
-
Soalan 20. Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan :-
(a) bilakah Kerajaan berhasrat membentangkan Laporan lengkap
Siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang tanpa
izin di Sabah yang tempoh tamat siasatannya berakhir pada 21 Mei 2014
yang lalu; dan
(b) adakah Kerajaan merasakan siasatan ini belum lengkap dan
sempurna dan satu tarikh baru diperlukan untuk melanjutkan siasatan.
Soalan 21. Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) apakah faktor yang menyebabkan MAS (Malaysia Airlines Systems)
menghentikan perkhidmatan laluan Kota Kinabalu-Puerto Princesa
Palawan Phillipines-Kota Kinabalu; dan
(b) adakah ianya disebabkan oleh kegagalan promosi MAS bagi laluan
ini.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-29 Parliamentary Replies
-
soalan-25.pdf
-
Y.B. DATUK JOHARI BIN ABDUL GHANI [ TITIWANGSA ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
a. sejauh mana penerimaan kakitangan MAS terutamanya pihak Kesatuan
Pekerja MAS berhubung Pelan Penstrukturan semula MAS yang melibatkan
pengurangan tenaga kerja sedia ada iaitu dari 20,000 kepada 14,000; dan
b. berapakah jumlah pampasan yang akan dibayar kepada 6,000
kakitangan MAS yang akan diberhentikan.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-30 Parliamentary Replies