-
soalan-56.pdf
-
YB DATUK HAJAH NORAH BINTI ABO RAHMAN [ TANJONG MANIS ]
minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah terdapat kajian
peringkat Kementerian untuk menaikkan harga rokok sebanyak 100%>
sebagai langkah mengurangkan masalah merokok berbanding dengan
perbelanjaan kempen iklan seperti 'Tak Nak Merokok' yang hanya dilihat
menguntungkan syarikat pengiklanan sahaja dan sejauh manakah kempen
anti merokok Kementerian berjaya mengurangkan tabiat merokok di
kalangan rakyat setakat ini.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-14 Parliamentary Replies
-
soalan-0-intro,7,8,9,10&11.pdf
-
Soalan 7. Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk
mewujudkan sekolah khas atau khusus bagi pelajar Tingkatan Enam di
setiap Pejabat Pendidikan Daerah sesuai dengan pengiktirafan mereka
sebagai pelajar Pra Universiti.
Soalan 8. YB Tuan Manivanan A/L Gowindasamy [ Kapar ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan:-
i) jumlah bilangan klinik kesihatan awam dan swasta di seluruh
negara mengikut pecahan setiap negeri, dan sama ada usahausaha pemantauan diadakan bagi memastikan perkhidmatan yang
ditawarkan oleh setiap klinik adalah menepati piawaian untuk
menjamin keselamatan dan kepentingan pesakit; dan
ii) perincian kes demam denggi (pecahan untuk setiap negeri) dan
bilangan kes kematian akibat demam denggi (pecahan untuk
setiap negeri) untuk sepanjang tahun 2012, 2013 dan sehingga 30
September 2014.
Soalan 9. Datuk Aaron Ago anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI
KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan peratusan penduduk di
luar bandar Sarawak dan Sabah yang belum mendapat liputan telefon
dan perkhidmatan internet. Apakah rancangan Kerajaan bagi mengatasi
masalah ini dan bilakah negara kita dapat mencapai 100% perkhidmatan tersebut.
Soalan 10. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta . MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan :-
(a) mekanisme yang disediakan bagi pelajar asing memohon kad
pengenalan pelajar antarabangsa, i-Card; dan
i
(b) langkah-langkah yang dibuat bagi me~astikan semua pelajar asing
memiliki i-Card dan tindakan-tindakan yang akan dikenakan
sekiranya pelajar asing didapati tidak memiliki i-Card.
Soalan 11. YB. DATO' HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI MOHAMAD (LIPIS)
minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status cadangan projek
pembinaan Lebuh Raya Utama Tengah (Central Spine ExpresswayCSE)
kepada pembangunan yang akan memberi manfaat kepada
penduduk setempat.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-16 Parliamentary Replies
-
soalan-15.pdf
-
Y.B. TUAN KHOO SEANG [ TERBAU ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan kesan syarat-syarat pinjaman perumahan yang
semakin ketat sehingga ramai bakal pembeli rumah tidak berjaya
mendapat pinjaman dari bank-bank. Apakah kesannya terhadap
usaha Kerajaan membantu rakyat jelata memiliki rumah masingmasing serta terhadap industri perumahan sendiri dan ekonomi
Negara amnya.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-16 Parliamentary Replies
-
soalan-13&14.pdf
-
Soalan 13. Datuk MadiusTangau [Tuaran] minta PERDANA MENTERI
menyatakan berapakah peruntukan yang telah diberikan oleh Kerajaan
kepada Amanah lkhtiar Malaysia (AIM) dan apabila dilaksanakan
nyatakan agihan kepada setiap negeri sejak AIM ditubuhkan serta
keberkesanannya dalam pembasmian kemiskinan.
Soalan 14. Tuan Ramkarpal Singh a/1 Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta
PERDANA MENTERI menyatakan sama ada usaha TalentCorp yang
dilancarkan pada tahun 2011 telahpun berjaya dan sekiranya tidak,
nyatakan alasan-alasannya.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-16 Parliamentary Replies
-
soalan-16.pdf
-
Ust. Dato' Dr. Mohd Khairuddin [ Kuala Nerus ] minta MENTERI
PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan jumlah
kawasan ladang getah yang telah diubah kepada kawasan
pembangunan hartanah dan komersial sejak tahun 2010 hingga 2013.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-16 Parliamentary Replies
-
soalan-44.pdf
-
Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta
MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sehingga kini adakah kes
wanita yang ditipu untuk menjadi keldai dadah (drug mule) dapat
dikurangkan oleh Kementerian dan apakah langkah Kementerian
untuk membendung masalah ini sama ada yang melibatkan dalam
negeri dan di luar negara.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-16 Parliamentary Replies
-
soalan-46.pdf
-
YB DATO' IR HAJI NAWAWI BIN AHMAD minta MENTERI
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan berapa
jumlah peningkatan perdagangan dan pelaburan dari ASEAN bagi tahun
2012-2013 dan apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak
Kementerian bagi mengekalkan atau meningkatkan jumlah tersebut.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-16 Parliamentary Replies
-
soalan-0-intro,8&9.pdf
-
Soalan 8. Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM
SEKITAR menyatakan kekangan yang dihadapi dalam Program Satu
Negeri Satu Sungai yang gagal untuk memulihara dan mengembalikan
kesemua 59 sungai yang tersenarai dalam kategori tercemar serta
kawasan sekitarnya kepada keadaan asalnya.
Soalan 9. Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan hala tuju dan pencapaian TalentCorp serta bagaimanakah
TalentCorp memastikan rakyat Malaysia balik berkhidmat akan tinggal
terus di Malaysia dan pemindahan pengetahuan dan kemahiran.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-27 Parliamentary Replies
-
soalan-30&31.pdf
-
Soalan 30. YB Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan bilangan pesakit dari negeri-negeri lain yang dirujuk ke
Hospital Kuala Lumpur dan hospital Kerajaan lain di Lembah Kelang dari
tahun 2012 hingga September 2014 kerana kekurangan pakar perubatan
di negeri-negeri berkenaan. Pakar perubatan jenis apakah yang sangat
berkurangan di hospital negeri tersebut dan apakah yang dilakukan
untuk mengatasi kekurangan tersebut.
Soalan 31. Tuan Teo Kok Seong [ Rasah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
kos pengambilalihan sistem penguatkuasaan elektronik AES serta jumlah
kutipan saman yang telah diterima sejak sistem AES dilaksanakan sehingga
sekarang.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-27 Parliamentary Replies
-
soalan-10_answer.pdf
-
Y.B. PUAN ALICE LAU KIONG YIENG [ LANANG ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan sama ada Bantuan Rakyat IMalaysia (BRIM)
akan diteruskan pada tahun- tahun yang akan datang dan bila BRIM akan
ditambah sehingga RMI200 seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri
serta langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan supaya BRIM hanya
diberi kepada pemohon yang layak dan tidak disalahgunakan.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-28 Parliamentary Replies