File PDF document soalan-33.pdf
Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada terdapat rancangan serta rasionalnya untuk membina sebuah lapangan terbang yang baru di negeri Kedah. Jikalau ia sebuah lapangan terbang yang bertaraf antarabangsa dengan adanya perkhidmatan kargo disediakan, apakah impak yang akan dibawa terhadap Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.
File PDF document soalan-32.pdf
Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilangan kolej perubatan di negara ini. Berapa bilangan graduan setiap tahun dan keberkesanan pemantauan.
File PDF document soalan-31.pdf
TUAN TAN KOK WAI [ CHERAS] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan berapa banyak tapak-tapak tanah dan jumlah keluasan keseluruhannya di Kuala Lumpur yang masih dimiliki oleh DBKL dan nyatakan setiap tapak tanah yang dijual kepada pembeli swasta setiap tahun dari tahun 2011 dengan menyebut perincian setiap lokasi, keluasan, harga jualan, nama pembeli-pembeli dan tujuan pembelian dan sama ada tanah dijual secara tender terbuka, jika tidak, mengapa.
File PDF document soalan-30.pdf
Tuan Ramkarpal Singh a/1 Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah laporan polis yang kini disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 dan jumlah pendakwaan di bawah Akta tersebut yang terkini.
File PDF document soalan-29.pdf
YB Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapa laporan lengkap siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi pendatang tanpa izin di Sabah tidak dibentang di Parlimen (hingga ke hari ini) selepas tamat tempoh siasatannya pada 21 Mei 2014 dan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
File PDF document soalan-28.pdf
Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status penubuhan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditubuhkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta nyatakan matlamat dan objektif penubuhan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Skim Rondaan Sukarela Rukun Tetangga.
File PDF document soalan-26&27.pdf
Soalan 26. YB Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor] minta PERDANA MENTERI menyatakan status pembinaan dan operasi Penang Sentral di Butterworth bagi menggantikan Terminal Bas Butterworth. Soalan 27. Datuk Haji Datu Nasrun bin Datu Mansur [ Silam ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan selepas tragedi pesawat MAS MH 17, apakah gerak kerja yang telah diambil oleh Malaysia dalam menuntut keadilan terhadap mangsa penerbangan MH 17, apakah pula pelan perancangan untuk mengukuhkan semula imej Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines.
File PDF document soalan-25.pdf
YB Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan meningkatkan caj atau sama ada bayaran Kerajaan rawatan bercadang hospital Kerajaan untuk bagi warganegara Malaysia pada masa depan dan bagaimana dengan sistem "1 Care" yang dicadangkan pada tahun 2012 serta adakah Kerajaan akan melaksanakan sistem tersebut.
File PDF document soalan-24.pdf
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :- (a) tindakan yang telah diambil oleh pihak Kerajaan ke atas sebilangan pemimpin negara dan NGO yang telah membangkitkan isu-isu sensitif berkaitan agama dan bangsa yang telah menimbulkan kemarahan rakyat negeri Sabah dan Sarawak; dan (b) usaha yang telah diambil oleh Kerajaan untuk mengekang kegiatan ini agar tidak terus berleluasa.
File PDF document soalan-23.pdf
Tuan Haji Ahmad Nazlan bin ldris [Jerantut] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah yang boleh diambil terhadap mereka yang jelas mempersenda dan merendahkan martabat institusi istana di negara ini.
File PDF document soalan-20&21.pdf
Soalan 20. Y.B. DATO MOHD ARIFF SABRI BIN ABDUL AZIZ [ RAUB ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :- a) adakah Kerajaan memperakui terlebih dahulu atau 'endors' pengurangan pekerja MAS seramai 6,000 orang; dan b) adakah Kerajaan berpuas hati mengenai kaedah memutuskan bahawa MAS hanya memerlukan 14,000 kakitangan. Soalan 21. Y.B. DATUK JUMAT BIN lORIS [ SEPANGGAR ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah jenis bantuan kecemasan yang disediakan oleh Kerajaan bagi mangsa-mangsa bencana kebakaran dan apakah garis panduan bantuan kecemasan ini.
File PDF document soalan-22.pdf
Tuan M. Kulasegaran [ lpoh Barat ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berikutan RM50 juta telah diperuntukkan khas untuk penambahbaikan dan penyelenggaraan SJKT dalam Bajet 2014. Berapakah sekolah yang terlibat dan Kementerian adalah diminta mengeluarkan senarai nama sekolah, peruntukan bagi setiap sekolah, skop kerja dan status terkini kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan.
File PDF document soalan-19.pdf
Y.B. DATO' SERI ONG KA CHUAN [ TANJONG MALIM ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah asas bagi Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas pada bulan Ogos yang lalu. Adalah di jangka kadar gadai janji pada sekitar 4.2 peratus akan dinaikkan kepada 4.65 peratus dan ini akan menambahkan lagi bebanan peminjam, terutamanya golongan pengguna yang berpendapatan rendah dan sederhana yang terlibat dalam pinjaman perumahan dan kenderaan. Apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah ini.
File PDF document soalan-17&18.pdf
Soalan 17. Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bahawa sepanjang tahun 2008 hingga 2010 Malaysia telah mencatatkan 152,182 anak luar nikah atau tak sah tarat direkodkan. Apakah kerjasama yang telah dijalankan oleh pihak Kementerian dalam menangani isu di atas dan kes pembuangan bayi serta apakah tindakan Kerajaan dalam membendung gejala ini. Soalan 18. YB. Tuan Nga Kor Ming (Taiping) Minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah rancangan dan langkah segera Kerajaan untuk membantu masyarakat luar bandar memandangkan kebelakangan ini harga komoditi utama negara seperti kelapa sawit, getah dan sarang burung walit masing-masing telah mengalami masalah:- kejatuhan harga yang ketara dan ini mendatangkan kesan kepada ekonomi luar bandar.
File PDF document soalan-16.pdf
Y.B. PUAN TERESA KOK SUH SIM [ SEPUTEH ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah tindakan yang telah dilakukan oleh Kerajaan terhadap skandal penjualan kereta mewah terpakai tanpa duti import dari Langkawi keluar Langkawi dengan surat pengecualian duti kastam yang sah. Apakah Kerajaan akan mengecualikan cukai terhadap mangsa pembeli tersebut memandangkan mereka tertipu oleh surat Kastam.
File PDF document soalan-14.pdf
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin (Ampang) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan samaada Kementerian bersedia merangka dasar khususnya bagi menangani masalah warga miskin kota dan tidak berumah I gelandangan, memandangkan masalah tersebut masih belum lagi tersentuh dalam kelima-lima dasar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Dasar Wanita Negara 2009, Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara, Dasar Sosial Negara, Dasar Warga Emas Negara dan Dasar Kebajikan Masyarakat Negara).
File PDF document soalan-15.pdf
Y.B. DATO SERI REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN [ KEPALA BATAS ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan perincian mengenai jumlah keseluruhan pencarum KWSP yang mempunyai simpanan lebih daripada RM500 ribu setakat tahun 2014.
File PDF document soalan-0-intro.pdf
Soalan 10. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan langkah-langkah yang dibuat bagi meningkatkan kualiti program pendidikan guru khususnya di Universiti Pendidikan Sultan ldris (UPSI) dan lnstitut-institut Pendidikan Guru (lPG) agar turut mendapat pengiktirafan oleh badan antarabangsa seperti Teacher Education Accreditation Council (TEAC) yang berpusat di Amerika Syarikat. Soalan 11. Y.B. TUAN HJ. AHMAD LAI BIN BUJANG [ SIBUTI ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejak skim perlindungan i-BR1M diperkenalkan kepada penerima BR1 M 3.0 seluruh Malaysia: a. berapakah jumlah penerima perlindungan i-BR1 M yang telah diagihkan kepada penerima BR1 M 3.0 yang 'affimpa kematian I kemalangan sepanjang tempoh perlindungan; dan b. adakah kerajaan akan meneruskan program perlindungan i-BR1 M ini. Soalan 12. Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan pelan penambahbaikan dari segi persediaan untuk menghadapi banjir pada musim tengkujuh tahun ini dan mekanisme bagi meminimumkan kesan bencana alam tersebut.
File PDF document soalan-13_jawapan.pdf
DATO' WIRA OTHMAN BIN ABDUL [ PENDANG ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah langkah-langkah Kementerian bagi menghadapi peniaga-peniaga yang ingkar menurunkan harga barang bila GST dilaksanakan pada bulan April tahun 2015. Apakah Kementerian telah bersedia menghadapi situasi ini.
File PDF document Soalan 13
DATO' WIRA OTHMAN BIN ABDUL [ PENDANG ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah langkah-langkah Kementerian bagi menghadapi peniaga-peniaga yang ingkar menurunkan harga barang bila GST dilaksanakan pada bulan April tahun 2015. Apakah Kementerian telah bersedia menghadapi situasi ini.