File PDF document soalan-51.pdf
Dr. Mohd Hatta Bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada pihak Kerajaan benar-benar berhasrat untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan jika benar, jelaskan tarikh sebenar ianya dicadang untuk dimansuhkan.
File PDF document soalan-50.pdf
YB Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [ Padang Besar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk meluluskan kembali peruntukan pembinaan Hospital Besar Padang Besar yang ditangguhkan dahulu setelah kelulusan tanah dibuat.
File PDF document soalan-49.pdf
YB Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah bilangan individu yang berjaya mendapat anugerah gelaran "Data', Datuk, Data' Paduka, Data' Seri, Tan Sri dan Tun mengikut nama negeri-negeri, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan sehingga kini.
File PDF document soalan-48.pdf
Puan Nurul lzzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :(a) meluluskan peruntukan undang-undang berserta kewangan untuk diwujudkan sistem Kabinet Bayangan; dan (b) mewujudkan sesi soal jawab Parlimen mingguan oleh Perdana Menteri.
File PDF document soalan-47.pdf
YB TUAN SIM TZE TZIN minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan secara teliti (pecahan dalam peratusan) penggunaan dana penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebanyak RM1.7 bilion yang diminta oleh s arikat PROTON dan sama ada Kerajaan akan meluluskan dana tersebut.
File PDF document soalan-46.pdf
Datuk Rozman bin lsli [ labuan ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah keberkesanan program yang dipertanggungjawab kepada agensi Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dalam usaha memperkukuhkan dan menaik taraf Pelan Pembangunan Modal lnsan Nasional yang boleh diguna pakai untuk menganjakkan daya saing sumber manusia di Malaysia, setaraf dengan penyediaan latihan pengurusan dan pembangunan sumber manusia negara maju seperti Society of Human Resources Management (SHRM) di Amerika Syarikat dan Chartered Institute of Personal Development (CIPD) di United Kingdom.
File PDF document soalan-45.pdf
Tuan Sim Tong Him [ Kota l\llelaka ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan : (a) nama-nama sepuluh sekolah yang tertua di negara kita dan adakah kesemua ·sepuluh sekolah tersebut telah diwartakan sebagai kekal kedudukannya; dan (b) apakah keputusan tentang cadangan perpindahan SM Tinggi Melaka, Bandar Hilir Melak~ ( MEB 2090 ) ke tapak baru dan bilakah permohorian perpindahan ~ekolah ini dikemukakan dan oleh pihak mana.
File PDF document soalan-42.pdf
Soalan 42. Y.B. TUAN MOHO RAFIZI BIN RAMLI [ PANDAN ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan pengesahan sama ada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dikenakan ke atas penjualan petrol dan diesel kepada orang ramai. Soalan 43. Y.B. RAJA DATO' KAMARUL BAHRIN SHAH BIN RAJA AHMAD [ KUALA TERENGGANU ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN menyatakan memandangkan fasa pertama pembinaan Pasar Baru Cabang Tiga, Kuala Terengganu jelas melanggar garis panduan Kementerian mengikut jawapan Kementerian Kesihatan Parlimen pada sesi awal 2014, adakah fasa kedua pembinaan tersebut yang melibatkan pembinaan jenis bangunan yang sama akan dihentikan melalui 'stop work order' dari Kementerian. Soalan 44. YB Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah sebabnya projek pembinaan Hospital Umum Sri Aman terbengkalai walaupun ia telah dijanji oleh Perdana Menteri dalam tahun 2011 bahawa ia akan disiapkan pada hujung tahun 2013.
File PDF document soalan-41.pdf
Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana Majlis Bencana Alam yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri untuk menghadapi masalah banjir dan El Nino. Adakah Kerajaan bercadang untuk mengimport beras untuk bekalan "buffer stock" beras negara.
File PDF document soalan-40.pdf
Y.B. PUAN TERESA KOK SUH SIM [ SEPUTEH ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan secara terperinci tentang rancangan penstrukturan semula Syarikat Penerbangan MAS. Apakah penstrukturan semula ini akan menjejaskan penerbangan di kawasan luar bandar yang kini dikendalikan oleh MAS Wing yang kurang menguntungkan.
File PDF document soalan-39.pdf
YB. TUAN JULIAN TAN KOK PING [ STAMPIN ] Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan keberkesanan SEDA ACT 46 dalam membanteras pencurian kabel di Sarawak setelah ianya diterima pakai di Sarawak pada 2 April 2014.
File PDF document soalan-38.pdf
Dato' Mansor bin Othman minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah bilangan keseluruhan kakitangan yang berkhidmat dengan TEKUN Nasional kini dan berapakah jumlah kos setiap bulan bagi membayar gaji dan lain-lain emolumen kepada kakitangan TEKUN.
File PDF document soalan-37.pdf
Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan secara terperinci berhubung insiden peletakan jawatan pengasas dan Pengarah Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya Umcedel) Prof Datuk Redzuan Othman.
File PDF document soalan-34.pdf
Soalan 34. Tuan Su Keong Siong [ lpoh Timor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kematian dalam tahanan Polis yang telah berlaku sehingga hari ini. Jelaskan kenapa langkah-langkah yang diambil oleh pihak polis untuk menghalang kematian dalam tahanan polis daripada berlaku adalah tidak berkesan. Soalan 35. Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah statistik di seluruh negara jenayah gengsterisme yang berlaku di sekolah mulai 2010 hingga 2014. Apakah punca golongan ini terlibat dan langkah mengatasi yang diambil Kerajaan.
File PDF document soalan-36.pdf
Tuan Lim Kit Siang [ Gelang Patah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa Peguam Negara sejak bulan Ogos lalu telah membuat keputusan mendakwa secara memilih (selective prosecution) terhadap orang yang didakwa atas Akta Hasutan.
File PDF document soalan-33.pdf
lr. Shaharuddin bin Ismail [ Kangar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan: (a) adakah Kementerian ini ada menjalankan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi memastikan kursus yang di tawarkan di IPTA/IPTS bersesuaian dengan kehendak pasaran bagi mengelakkan masalah lambakan graduan yang tidak memenuhi permintaan dan pasaran pekerjaan; dan (b) berapakah jumlah graduan ijazah kelas pertama yang masih belum berjaya mendapat peluang pekerjaan enam bulan dari tempoh konvokesyen.
File PDF document soalan-32.pdf
Y.B. TUAN ER TECK HWA [ BAKRI ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan harta tanah yang dimiliki oleh warga asing dengan pecahan rumah pangsa, rumah kondominium, pangsapurai, ladang , tanah kosong mengikut setiap negeri dari 2005 hingga 2014.
File PDF document soalan-29.pdf
Soalan 29. Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah tindakan yang telah diambil oleh pihak Kementerian bagi memastikan keharmonian antara kaum berikutan lebih 30 kes melibatkan isu sensitif perkauman telah dilaporkan dalam tahun ini. Soalan 30. Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah kes pencerobohan 15 individu ke dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 21 .5.2014 yang memalukan negara tidak didakwa di bawah Seksyen 121 B dan 1248 Kanun Keseksaan agar ia menghantar mesej bahawa sesiapa sahaja tidak boleh sewenang- wenangnya mempermainkan institusi perundangan untuk tujuan politik.
File PDF document soalan-28.pdf
DATO SERI ABDUL HADI BIN AWANG [ MARANG ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah status keselamatan terkini di wilayah keselamatan yang ditadbir oleh Eastern Sabah Security Command (ESSCOMM) setelah berlakunya siri pencerobohan dan penculikan barubaru ini.
File PDF document soalan-26&27.pdf
Soalan 26. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah saman trafik yang dikenakan kepada pengunjung kuliah Jumaat Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz di Dataran llmu Kota Bharu sepanjang 2012, 2013 dan 2014. Sejauh manakah budi bicara polis dalam mengatasi kesusahan meletak kereta bagi ribuan pengunjung kuliah ilmu Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan kaedah yang diguna pakai oleh polis trafik dalam mengendalikan kesesakan lalu lintas di mana-mana majlis ilmu dan ceramah. Soalan 27. Datuk Sapawi bin Ahmad Wasali [ Sipitang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah yang diambil untuk memastikan tiada warga asing menggunakan dokumen pengenalan palsu, menjadi pengawal keselamatan sedemikian berlaku sebelum ini.