File PDF document soalan-42.pdf
Dr. Ong Kian Ming [ Serdang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status siasatan Laporan Polis PUDU/004003/14 dan mengapa Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang mengugut untuk membakar lbu Pejabat DAP, Razlan Rafii, belum lagi disabit walaupun bukti terhadapnya telah dikemukakan.
File PDF document soalan-41.pdf
Y.B. DR. HAJAH SITI MARIAH BINTI MAHMUD [ KOTA RAJA] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah yang sedang diambil Kerajaan untuk mensifarkan rasuah dan pecah amanah di jabatan Kastam.
File PDF document Soalan 40
Puan Kasthuriraani AlP Patto [Batu Kawan] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa Akta Hasutan masih belum dipinda, apakah usaha untuk memansuhkan akta tersebut dan apakah prinsip dan dasar yang akan digunapakai dalam Akta Keharmonian Nasional yang bakal menggantikan Akta Hasutan.
File PDF document soalan-39.pdf
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan langkah-langkah yang telah Malaysia diambil oleh untuk Kerajaan menunjukkan ketidakpuasan kita terhadap sokongan yang diberi oleh Amerika Syarikat kepada Israel yang menjadikan Israel berani/angkuh sehingga menyerang dan membunuh rakyat Gaza.
File PDF document Soalan 38
Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kes rogol dan gangguan seksual sejak tahun 2005, orang yang didakwa, dan jumlah orang yang dihukum untuk kesalahan tersebut.
File PDF document soalan-37.pdf
Tuan M. Kulasegaran [ lpoh~ Barat ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berikutan:~ (a) RM580 juta telah diperu~tukkan bagi program prasekolah dan penambahan jumlah bilangan prasekolah. Namun, data menunjukkan 65 peratus~~ SJKT tiada prasekolah. Berapakah prasekolah telah dibina di SK, SJKTC, SJKT setakat ini; dan (b) apakah rancangan jangka, panjang Kementerian untuk mencapai 100% enrolmen prasekolah~di semua sekolah.
File PDF document soalan-35.pdf
YB DATO' MANSOR BIN OTHMAN [ Nibong Tebal] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan agensi atau institusi yang pada asalnya diwujudkan di bawah mana-mana Kementerian tetapi dikorporatkan di bawah dasar penswastaan semenjak tahun 2008.
File PDF document soalan-34.pdf
Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah kriteria kelayakan untuk memasuki ke UniversitiUniversiti Awam kerana seti~p tahun terdapat aduan. pelajar-pelajar yang mendapat keputusan 'yang lebih cemerlang dalam SPM, Matrikulasi dan STPM tidak qiterima masuk mengikuti kursus-kursus pilihan mereka berbanding mereka yang diterima masuk untuk kursuskursus berkenaan.
File PDF document soalan-33.pdf
Y.B. TUAN JEFF 001 CHUAN AUN [ JELUTONG ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah pinjaman dan hutang lMDB buat masa terkini. Berapa jumlah himpunan dana lMDB yang kini disimpan di pasaran off-shore seperti Cayman Islands.
File PDF document soalan-32.pdf
Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang] minta PERDANA MENTERI menyatakan :- (a) adakah Kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa Parlimen untuk membolehkan kajian semula mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (yang sepatutnya dibuat setiap 10 tahun bermula pada 1973) dengan 18 & 20 Perkara pada tahun ini; dan (b) dan jika ya, adakah keputusan jawatankuasa ini akan diguna-pakai untuk mengemas kini dan membentuk Perlembagaan Malaysia yang baru.
File PDF document soalan-31.pdf
YB. DATUK SAPAWI BIN AHMAD WASALI (SIPITANG) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan kemajuan terkini Projek PanBorneo menghubungkan Sabah dan Sarawak dan apakah masalah dihadapi yang menyebabkan pelaksanaannya dilihat begitu perlahan.
File PDF document soalan-30.pdf
Tuan Lim Kit Siang [ Gelang Patah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada beliau bercadang mengecilkan saiz kabinet bagi membolehkan pentadbiran yang lebih cekap. Jika tidak, sila nyatakan sebab.
File PDF document soalan-29_1439372640.pdf
File PDF document soalan-29.pdf
Y.B. TAN SRI DATo• SERI ABD KHALID BIN IBRAHIM [ BANDAR TUN RAZAK ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah jaminan yang akan diberi oleh Kerajaan bahawa penggunaan dana awam bernilai RM6 bilion dalam Pelan Pemulihan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) akan dibentangkan secara terperinci da:am Parlimen serta akan membuahkan hasil seperti yang dijanjikan menjelang 2017 tanpa perlu suntikan dana baharu dan bukannya .. bailout" yang hanya menguntungkan kroni.
File PDF document soalan-28.pdf
Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan dasar terhadap universiti- universiti untuk mencapai tahap dunia. Apakah syarat untuk me.ncapai kemajuan ke tahap tersebut.
File PDF document soalan-27.pdf
Y.B. TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALl [ GOMBAK ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah strategi 1Malaysia Development Berhad ( lMDB) untuk memacu pertumbuhan ekonomi mampan dan menggalakkan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI).
File PDF document soalan-26.pdf
Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sebab tindakan diambil di bawah Akta Hasutan sungguhpun telah diumumkan ia akan dimansuhkan. Bila ia akan dimansuhkan. Sekiranya tidak, mengapa. Siapa yang didakwa dan tuduhannya sejak 2008 dan mengapakah Presiden Perkasa tidak didakwa kerana mengugut hendak membakar Bible Bahasa Melayu.
File PDF document soalan-25.pdf
VB. TUAN HAJI KHALID BIN ABDUL SAMAC (SHAH ALAM) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah pihak kementerian bercadang untuk memansuhkan Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau.
File PDF document soalan-23&24.pdf
Soalan 23. Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta PERDANA MENTERI menyatakan senarai penumpang VIP dalam pesawat pengangkut VIP Airbus A319CJ dengan pendaftaran 9M-NAA pada 27 Ogos 2014 untuk penerbangan dari KLIA ke Padang, Indonesia serta tujuan penerbangan tersebut dan butiran penerbangan tersebut kos secara terperinci untuk keseluruhan penerbangan tersebut. Soalan 24. TUAN GOOI HSIO-LEUNG [ ALOR SETAR] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan status siasatan Kerajaan ke dalam kemalangan MH17, iaitu sama ada pelaku yang menembak jatuh pesawat itu telah dikenal pasti, dan apakah tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap pelaku.
File PDF document soalan-22.pdf
Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan keadaan yang sebenarnya mengenai kebocoran kertas UPSR. Bagaimana penjenayan ini dapat diatasi.