-
soalan-24&25.pdf
-
Soalan 24. YB. TUAN WAN HASAN BIN MOHO RAMLI (DUNGUN) minta
MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah tindakan penyelesaian
kemendapan tanah sambungan kepada jalan dengan kepala
jambatan di Laluan 145 Seksyen 1 KM3 Jambatan Sungai Ruang dan
KM4 Jambatan Sungai Teluk Kalung Jalan Chukai- Dungun.
Soalan 25. YB. DATUK NUR JAZLAN BIN MOHAMED (PULAI) minta MENTERI
KERJA RAYA menyatakan status serta fungsi Lebuh Raya
Penyuraian Timur (EDL) di Johor Bahru, sama ada ia akan dikenakan
tol atau dikecualikan tol selepas kadar tol Tambak Johor dinaikkan
baru-baru ini serta apakah rasional kenaikan kadar tol Tambak Johor.
-
soalan-21,22&23.pdf
-
Soalan 21. Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Haji Ahmad [ Mersing ] minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menambahkan
bantuan kewangan kepada penerima bantuan kebajikan memandangkan
Kerajaan akan melaksanakan GST pada tahun 2015. Jika tiada, apakah
usaha Kementerian untuk membantu mereka.
Soalan 22. Tuan Shamsul Iskandar bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta MENTERI
PENGANGKUT AN menyatakan status berkenaan mendapan yang
kerap berlaku di KLIA 2 dan tahap keselamatan di KLIA 2 susulan
penutupan 9 tempat letak kapal terbang di sebabkan oleh kebocoran
saluran bahan api baru-baru ini.
Soalan 23. Datuk Raime bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN
MULTIMEDIA menyatakan pencapaian "hits" yang menonton siaran
langsung sidang perbahasan Parlimen Malaysia menerusi Iaman web
RTM iaitu rtmparlimen.gov.my yang diperkenalkan pada tahun 2013 lalu
dan sejauh manakah tontonan ramai bagi rancangan siaran langsung
sidang perbahasan menerusi saluran TV1 bagi tahun 2010, 2011, 2012,
2013 dan sepuluh bulan pertama 2014.
-
soalan-20.pdf
-
TAN SRI DATO' SERI ABO KHALID BIN IBRAHIM [ BANDAR TUN RAZAK - BEBAS ]
Minta MENTERI BELlA DAN SUKAN menyatakan apakah strategi untuk
mempertingkatkan mutu dan prestasi sukan negara setelah gagal
mencapai sasaran pingat di Sukan Komanwel 2014 di Glasgow dan
ketinggalan di belakang Singapura dari segi pungutan ping at buat julung-julung kalinya dalam sejarah.
-
soalan-18&19.pdf
-
Soalan 18. DR. HAJI IZANI BIN HAJI HUSIN (Pengkalan Chepa)
Minta Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
menyatakan jalan-jalan kampung yang akan di naik
tarafkan bagi tahun Pengkalan Chepa.
Soalan 19. Y.B. DATO' SERI ONG KA CHUAN [ TANJONG MALIM ] minta
MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN
KERAJAAN menyatakan apakah perancangan yang akan dilaksanakan
oleh Kerajaan bagi membantu golongan muda untuk memiliki rumah
mereka sendiri, terutamanya di kawasan bandar memandangkan harga
rumah di kawasan bandar adalah amat tinggi.
-
soalan-17.pdf
-
Y.B. DATUK HAJI SHABUDIN BIN YAHAYA [ TASEK GELUGOR ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan bentuk tindakan dan
penguatkuasaan bagi membanteras penyeludupan barangan bercukai dan
juga barangan haram seperti senjata dan bahan letupan serta mercun.
-
soalan-16.pdf
-
Dr. Ong Kian Ming [ Serdang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN
ALAM SEKITAR menyatakan apakah yang telah dan sedang dilakukan
oleh Malaysia, dalam konteks ASEAN , untuk memberi tekanan kepada
Indonesia untuk meratifikasi "ASEAN Agreement on Transboundary
Haze Pollution".
-
soalan-15.pdf
-
Dato' Wira Othman bin Abdul [ Pendang ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan apakah kejayaan yang telah dicapai oleh
jawatankuasa teknikal bersama Kerajaan Pusat dan Kerajaan
Kelantan mengenai pelaksanaan hudud. Apakah halangan-
halangannya.
-
soalan-13.pdf
-
Tuan Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta MENTERI PEMBANGUNAN
WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan usaha
Kementerian dari segi memperkenalkan peluang kerja-kerja sambilan di
rumah serta memberi latihan yang diperlukan kepada individu-individu
yang tidak dapat bekerja di luar kerana perlu menjaga orang-orang sakit
kronik atau orang-orang kurang upaya di rumah.
-
soalan-14.pdf
-
Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan berapakah jumlah peruntukan pembangunan yang telah
diberikan kepada sekolah-sekolah rendah beraliran Bahasa Gina dan
Sekolah-sekolah Menengah Jenis Bantuan di bahagian Sarikei dalam 5
tahun yang lepas. Kenapakah Kerajaan Pusat masih meminggirkan
sekolah-sekolah rendah beraliran cina dari segi peruntukan
pembangunan sekolah.
-
soalan-12.pdf
-
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan jumlah pekerja asing yang telah
diluluskan Pas Khas dalam tiap tahun 2010, 2011,2012 dan 2013
untuk membolehkan mereka memfailkan kes terhadap majikan
mereka di Mahkamah Buruh ataupun Mahkamah Perhubungan
Perusahaan.
-
soalan-10&11.pdf
-
Soalan 10. Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan :-
(a) bilangan rakyat Malaysia yang terlibat dalam kegiatan
militan di luar negara terutamanya dalam kumpulan pejuang
Islamic State; dan
(b) apakah pandangan Kerajaan dan tindakan yang akan
diambil terhadap golongan ini.
Soalan 11. Y.B DATUK WILLIAM @ NYALLAU ANAK BADAK (LUBOK ANTU)
Minta KEMAJUAN MENTERI LUAR BANDAR DAN
WILAYAH menyatakan setakat mana tindakan diambil oleh
Kementerian ke atas kontraktor yang telah gagal menyiapkan
projek Bekalan Elektrik Luar Bandar yang begitu lama
tertangguh dan menyebabkan rakyat tidak berpuas hati
terhadap kerajaan.
-
soalan-0-intro,8&9.pdf
-
Soalan 8. Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM
SEKITAR menyatakan kekangan yang dihadapi dalam Program Satu
Negeri Satu Sungai yang gagal untuk memulihara dan mengembalikan
kesemua 59 sungai yang tersenarai dalam kategori tercemar serta
kawasan sekitarnya kepada keadaan asalnya.
Soalan 9. Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan hala tuju dan pencapaian TalentCorp serta bagaimanakah
TalentCorp memastikan rakyat Malaysia balik berkhidmat akan tinggal
terus di Malaysia dan pemindahan pengetahuan dan kemahiran.
-
soalan-44.pdf
-
Dato' Dr. Muhajid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta
PERDANA MENTERI menyatakan perkembangan terkini lnstitut Islam Hadhari.
Apakah fungsinya kini kepada kemajuan serta perkembangan agama Islam
dalam negara.
-
soalan-56.pdf
-
soalan-55.pdf
-
soalan-53.pdf
-
soalan-52.pdf
-
soalan-51.pdf
-
soalan-49.pdf
-
soalan-50.pdf