File PDF document Soalan 308
File PDF document Laporan Prosiding 1MDB: KPMG (Juruaudit kepada 1Ma|aysia Development Berhad)
LAPORAN PROSIDING MESYUARAT JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA Mengenai: Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) Kementerian Kewangan KPMG (Juruaudit kepada 1Ma|aysia Development Berhad) PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KETIGA
File PDF document Soalan 27
Minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan (a) apakah perkembangan terkini program iTalent yang berperanan untuk menggilap bakat sukan dalam kalangan orang kelainan upaya yang sejak ia dimulakan pada tahun 2014; dan (b) berapakah jumlah atlet yang telah dilahirkan untuk mewakili negara
File PDF document Soalan 26
YB Ust. Datuk Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perancangan-perancangan yang sedang dan akan dilaksanakan oleh membasmi kemiskinan di Terengganu.
File PDF document Soalan 25
Dato' Sri Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk membaiki kerosakan struktur rumah di Taman Bayu Damai yang masih tidak dapat diselesaikan di mana ianya memerlukan peruntukan tambahan bagi membaik pulih hampir 300 buah rumah yang retak dan senget serta mengalami masalah perparitan sehingga sukar untuk dihuni.
File PDF document Soalan 24
Tuan Wong Chen [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan berapakah bilangan pokok-pokok kelapa sawit yang telah ditebang dan berapa telah ditanam semula pada tahun 2013 dan 2014. Nyatakan jumlah tersebut untuk setiap negeri.
File PDF document Soalan 23
YB DATO' HAJI ZAINUDIN BIN ISMAIL [ JELEBU ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan perkembangan cadangan penubuhan Bank Mikro ASEAN bagi membantu perusahaan mikro mengembangkan perniagaan mereka dan bagaimanakah ianya akan memberi impak positif kepada pengusaha tempatan.
File PDF document Soalan 21
Datuk Jum at bin Idris [ Sepanggar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan yang diambii kepada pihak “pelampau agama” yang tindakan mereka boleh mengakibatkan ketegangan di kalangan rakyat.
File PDF document Soalan 19
YB Puan Hajah Normala Binti Abdul Samad [Pasir Gudang] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan senarai ubat-ubatan yang tidak akan dikenakan Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST), berapa peratus daripada senarai ini berbanding jumlah ubat-ubatan yang ada serta apakah langkah yang telah diambil bagi memaklumkan senarai ubatubatan tersebut kepada orang ramai.
File PDF document Soalan 20
Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan pendirian Malaysia dalam pemenjaraan Presiden Mohamed Morsi, Presiden Mesir yang dipilih secara sah oleh rakyat Mesir, yang digulingkan oleh Rejim El-Sisi pada tahun 2012.
File PDF document Soalan 19
Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [Telok Kemang] minta PERDANA MENTERI menyatakan (a) usaha Kerajaan dalam membuat pindaan terhadap Akta Perihal Dagangan 2011 berkaitan penguatkuasaan terhadap pengusaha restoran Muslim dan hotel-hotel dalam isu sijil pengesahan halal; dan (b) langkah-langkah untuk mengawal status halal restoran-restoran, kelab-kelab golf dan hotel-hotel yang mempromosikan bufet Ramadhan bagi memastikan penyediaan makanan tersebut benarbenar halal.
File PDF document Soalan 16
Datuk Mohd Idris bin Jusi [ Batu Pahat ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sikap dan tindakan untuk secara berterusan meningkatkan kualiti guru berinspirasikan daripada petikan, “The mediocre teacher tells. The good teacher explains. The superior teacher demonstrates. The great teacher inspires”.
File PDF document Soalan 15
Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan (a) apakah inisiatif berterusan Kementerian dalam membendung gejala samseng yang semakin berleluasa; dan (b) setakat ini, berapakah jumlah samseng mahupun individu yang menyertai pertubuhan kongsi gelap ini telah berjaya di tahan dan didakwa di bawah Akta Pencegahan Jenayah dari OPS Cantas sehinggalah sekarang.
File PDF document Soalan 15
Tuan Lim Kit Siang [Gelang Patah] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan menyatakan strategi pihak Kerajaan menangani krisis IS yang semakin mengancam serta sebab mengapa Ahli Parlimen Malaysia tidak diberikan taklimat tetap mengenai perkembangan isu ini supaya dapat menyatukan lebih usaha dalam menyekat pengaruhi IS khasnya di kalangan remaja negara.
File PDF document Soalan 13
YB. Tuan Anyi Ngau [ Baram ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah pihak Kementerian mempertimbangkan cadangan untuk membangunkan Ulu Baram sebagai kawasan pelancongan tanah tinggi bagi membantu mempertingkatkan tahap sosioekonomi komuniti Orang Ulu di kawasan ini.
File PDF document Soalan 12
YB Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan keutamaan kerajaan dalam memberikan khidmat kesihatan kepada rakyat di kawasan Parlimen luar bandar dan miskin yang tiada kemudahan hospital seperti Bachok. Apakah faktor yang membolehkan pembinaan Hospital Bachok dipercepatkan.
File PDF document Soalan 11
YB Datuk Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [ Tanah Merah ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sejauh manakah seriusnya perbuatan merokok di kalangan pelajar sekolah menengah sehingga Kementerian terpaksa melaksanakan program intervensi bagi membendung ketagihan nikotin di kalangan mereka.
File PDF document Soalan 10
YB Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah status terkini tindakan Kementerian terhadap pencerobohan tanah secara haram di Cameron Highlands.
File PDF document Soalan 9
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan status terkini berkenaan pelajar-pelajar Malaysia di Yemen dan usaha Kerajaan dalam pelajar-pelajar memastikan ini keselamatan terjamin.
File PDF document Soalan 3
Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan pihak yang bertanggungjawab berkaitan pembayaran bil utiliti Sekolah Agama Bantuan Kerajaan di Negeri Terengganu yang dipotong bekalan oleh Tenaga Nasional Berhad dan Syarikat Air Terengganu (SATU) akibat kegagalan menjelaskan bayaran.