-
soalan-45.pdf
-
YB DR. KO CHUNG SENG (KAMPAR)
Minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan :
(a) bilangan bekas tentera tidak berpencen yang telah
menerima bayaran Sumbangan Veteran Tidak
Berpencen 1 Malaysia (SVTBIM) sebanyak RM1 ,000
pada tahun 2013; dan
(b) apakah status baki daripada dana RM224 juta yang
diperuntukkan untuk tujuan tersebut.
-
soalan-44.pdf
-
Tuan V. Sivakumar [ Batu Gajah ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan kenapakah kerajaan tidak konsisten dalam memilih dan
membuat tuduhan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998 dan Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 apabila
melibatkan individu-individu yang mengeluarkan komen sensitif dalam
Iaman web. Apakah penentuan seksyen diputuskan mengikut cita
rasa pendakwa raya ataupun mempunyai motif politik tertentu
terhadap tertuduh.
-
soalan-43.pdf
-
Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA
menyatakan apakah pelanggaran hak pekerja yang biasa berlaku ke
atas pekerja-pekerja asing di negara ini. Apakah peruntukan undang-
undang atau perlindungan-perlindungan untuk menjamin kepentingan
dan melindungi hak mereka jika timbul aduan mengenai
penganiayaan atau salah layanan oleh majikan mereka.
-
soalan-42.pdf
-
soalan-39_1439372462.pdf
-
soalan-39.pdf
-
YB. TUAN CHARLES ANTHONY SANTIAGO [KLANG]
Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan
kesudian Kementerian untuk "declassify" perjanjian antara Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor mengenai penstrukturan
industri air di negeri tersebut.
-
soalan-38.pdf
-
Dato Fauzi bin Abdul Rahman minta MENTERI PEMBANGUNAN
WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah
Kementerian bersedia untuk menzahirkan pusat jagaan bagi membantu
warga emas yang tiada zuriat atau keturunan yang mampu menjaganya.
Adakah Kementerian bersedia membiayai pusat jagaan swasta sedia ada
bagi meringankan beban kewangan mereka.
-
soalan-36&37.pdf
-
Soalan 36. Tuan lgnatious Dorell Leiking
[Penampang] minta PERDANA
MENTERI menyatakan:
(a) perincian bilangan pendatang asing tanpa izin di negeri Sabah,
dan
(b) tindakan pihak Kementerian dalam menangani isu pendatang
asing tanpa izin di Sabah yang semakin meruncing.
Soalan 37. Tuan Lim Kit Siang [ Gelang Patah ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada
kutipan VEP (Permit Kemasukan Kenderaan) di Johor, bila dilaksanakan akan diagihkan
sebanyak 50 dan 70 peratus hasilnya kepada kerajaan negeri Johor
untuk pembangunan rakyat negeri Johor.
-
soalan-35.pdf
-
Y.B. TUAN MANIVANAN A/L GOWINDASAMY [ KAPAR ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
a) bilangan dan nilai aset tenaga yang dimiliki oleh 1Malaysia
Development Bhd (lMDB) masing-masing di dalam dan luar negara; serta
menjelaskan mengenai bilangan dan nilai kontrak yang berkaitan dengan
penjanaan kuasa yang dianugerahkan oleh kerajaan Malaysia kepada
lMDB; dan
b) terangkan secara terperinci bagaimanakah lMDB yang memainkan
peranan sebagai sumber dana mewakili kekayaan Negara mempunyai
hutang terkumpul kira-kira RM38 bilion selepas hanya lima tahun
beroperasi.
-
soalan-33&34.pdf
-
Soalan 33. YB DATUK HAJI SHAHBUDIN BIN YAHAYA
(TASEK GELUGOR) Minta MENTERI PERTAHANAN
menyatakan jumlah aset
hartanah seperti kern tentera dan lapangan terbang TUDM
yang telah dicadang atau diluluskan untuk dibangunkan
sebagai projek komersil. Sila perincikan.
Soalan 34. Datuk Seri Noh bin Haji Omar [ Tanjong Karang ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan adakah MAS bercadang untuk
menghentikan penjualan arak dan seragam baru di dalam pesawat.