-
soalan-49&50.pdf
-
Soalam 49. YB TUAN WILSON UGAK KUMBONG [ HULU RAJANG ] minta
MENTERI KESIHATAN menyatakan:
a. sama ada Kerajaan bercadang untuk membesarkan fasiliti Hospital
Kerajaan di Kapit untuk menampung jumlah pesakit yang kian
meningkat; dan
b. menangani kesesakan tempat letak kereta dan kekurangan wad di
Hospital Umum Kuching.
Soalam 50. Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan bilangan kes rasuah disiasat dan disabitkan oleh SPRM
dalam tempoh lima tahun lepas yang melibatkan wang rasuah
melebihi RM1 juta.
-
soalan-48.pdf
-
Y.B. Datuk Wira Haji Ahmad Bin Hamzah [JASIN] minta MENTERI
PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan usaha
untuk menjadikan Malaysia sebagai hab halal global dan apakah hasil atau
kejayaan yang telah di capai setakat ini dari segi sumbangan kepada
peningkatan pelaburan dan pembangunan industri.
-
soalan-47.pdf
-
Y.B. DATUK SERI PANGLIMA HAJI ABDUL GHAPUR BIN HAJI SALLEH
[ KALABAKAN ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:-
a. siapakah kontraktor pembekal makanan kepada Syarikat Penerbangan
Malaysia MAS dan apakah kaedahnya; dan
b. berapakah kos makanan untuk satu penumpang yang dibekalkan untuk
kelas ekonomi, business dan kelas pertama.
-
soalan-46.pdf
-
Dato' Dr. Tan Kee Kwong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI WILAYAH
PERSEKUTUAN menyatakan bagaimanakah proses bajet DBKL 2015
dibuat dan adakah Ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan diberi peluang
untuk mengambil bahagian dalam proses ini.
-
soalan-45.pdf
-
Dato' Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta
PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang
menghapuskan Akta Hasutan dan mewujudkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
-
soalan-44.pdf
-
YB Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan :-
(a) apakah perkembangan dan status terkini (dari 1 Jun 2014 sehingga
15 September 2014) pembinaan hospital di Parlimen Kapar dan
apakah faktor-faktor yang menyebabkan kelewatan bermulanya
pembinaan hospital di Parlimen Kapar; dan
(b) apakah perkembangan penambahbaikan Klinik dan status
Kesihatan terkini Kapar mengenai Baru yang proses
akan menggantikan Klinik Kesihatan Lama di bawah RP3, RMK-10, dan
apakah faktor-faktor yang menyebabkan kelewatan bermulanya
proses penambahbaikan Klinik Kesihatan Kapar Baru ini.
-
soalan-43.pdf
-
Y.B. DATUK KOH NAI KWONG minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah hasil kajian
mengenai kesan pemansuhan sistem Open Approved Permit (Open
AP). Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan terhadap
pandangan lnstitut Automotif Malaysia (MAl) bahawa Open AP tidak
menyumbang kepada pembangunan industri automotif.
-
soalan-41&42.pdf
-
Soalan 41. YB Tuan Mohamed Azmin Bin Ali [ Gombak ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan berapakah jumlah peruntukan yang
disediakan oleh Kerajaan untuk Skim Rent - to - Own (RTO) bagi
projek PR1MA dan berapakah jumlah sasaran permohonan.
Soalan 42. Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) jumlah Pekerja Asing Tanpa lzin (PATI) yang memenuhi
pasaran pekerjaan dalam perladangan, perindustrian dan binaan;
dan
(b) adakah Kementerian berhasrat memberi permit kerja
sementara melalui majikan mereka supaya mudah mengesan
mereka dan menjana pendapatan negara.
-
soalan-40.pdf
-
Tuan Ramkarpal Singh a/1 Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta
PERDANA MENTERI menyatakan samaada Kerajaan masih
berpegang kepada pendirian untuk memansuhkan Akta Hasutan,
1948 dan sekiranya tidak, nyatakan alasan-alasannya.
-
soalan-39.pdf