-
soalan-34&35.pdf
-
Soalan 34. Ustaz Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman
Razali minta MENTERI PERTANIAN DAN
INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sasaran
yang telah dicapai oleh NATC untuk melahirkan
usahawan belia dalam industri padi negara.
Soalan 35. Y.B. DR. HAJI IZANI BIN HAJI HUSIN [ PENGKALAN CHEPA ] minta
MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN
KERAJAAN menyatakan sejauh manakah sambutan sektor industri
terhadap Konsep Ekologi Perindustrian yang bakal diwujudkan di bawah
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA).
-
soalan-32_1439372551.pdf
-
Soalan 32
-
Y.B. TUAN LIM GUAN ENG [ BAGAN ] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan status I Malaysia Development Bhd (lMDB) yang dikritik oleh
mantan Perdana Menteri. Adakah kerajaan terpaksa menanggung beban
hutang RM38 bilion sekiranya bankrap kerana tiada keuntungan yang
cukup untuk bayar wang faedah pun. Senaraikan punca hutangnya dan
langkah pencegahan bagi menghadapi situasi berkenaan.
-
soalan-31.pdf
-
VB TUAN LIEW CHIN TONG (KLUANG)
Minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan memandangkan
Markas Angkatan Tugas Bersama 2 telah menunjukkan
Bangsa Sulu Royal Army sebagai ancaman keselamatan
di taklimat editor kanan media pada 10 Ogos 2008 di Kem Sri
Wangsa, Sabah, apakah tindakan susulan telah diambil dari
tahun 2008 hingga 2012 untuk menangani ancaman tersebut.
-
soalan-30.pdf
-
Puan Hajah Fuziah binti Salleh minta
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI
ASAS TANI menyatakan :
(a) apakah punca kehadiran wujudnya
algae bertoksin di Pelabuhan Kuantan
yang telah menyebabkan kerang dan
kepah tersemar serta tidak boleh
dimakan seperti yang dilaporkan
Jabatan Perikanan pada Ogos 2014;
dan
(b) adakah sisa toksik buangan dari kilang-kilang di situ menjadi punca dan
telah meransang kehidupan algae tersebut.
-
soalan-27&28.pdf
-
Soalan 27. Y.B. DATO' SRI AZALINA BINTI DATO' OTHMAN SAID [ PENGERANG
] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh manakah JKDM akan
mengambil kira kedudukan pihak-pihak tertentu sekiranya tidak
mempunyai niat untuk mengelak daripada membayar cukai jualan tetapi
berlaku salah faham berkaitan klasifikasi produk sebelum mengambil
sesuatu tindakan untuk kesalahan tidak memohon lesen atau tidak
membayar cukai jualan.
Soalan 28. Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ]
minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) hasil kutipan saman Automated Enforcement System (AES) dan kes
yang sudah dibawa ke mahkamah sejak ianya mula dilaksanakan; dan
(b) sejauh manakah ia dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
-
soalan-29.pdf
-
Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ]
minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah pelan
tindakan yang telah dirangka untuk memastikan sasaran melahirkan
50% tenaga kerja mahir menjelang 2020 dapat dicapai.
-
soalan-23.pdf
-
Soalan 23. Y.B. DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH [ JASIN ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan:-
a. perkembangan terkini penstrukturan semula Syarikat Penerbangan
Malaysia(MAS); dan
b. bagaimana Kerajaan boleh memberi jaminan penjenamaan semula
mampu dilaksanakan dengan teratur di saat industri penerbangan
serantau rata-ratanya menghadapi tekanan operasi di sebabkan
peningkatan kos tetap dan kos berubah.
-
soalan-26.pdf
-
YB. TUAN LOKE SlEW FOOK (SEREMBAN) minta MENTERI
KERJA RAYA menyatakan apakah rancangan Kementerian untuk
menaik taraf jalan raya yang menghubungkan Nilai-Batang BenarPajam-Mantin
memandangkan laluan tersebut amat sesak dan
membahayakan pengguna dan merupakan susur keluar ke Lebuh
raya LEKAS.
-
soalan-25.pdf
-
DATO' NORAINI BINTI AHMAD [PARIT SULONG - BN]
Minta MENTERI BELlA DAN SUKAN menyatakan peranan yang boleh
dimainkan oleh setiap pihak dalam program FitMalaysia dan peranan
yang akan dimainkan oleh Kementerian agar ia boleh menjadi budaya
dan aktiviti yang berterusan dalam masyarakat di negara kita agar kita
boleh menjadi "Sporting Nation".