-
soalan-26.pdf
-
Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan bilangan warga Malaysia yang didakwa di bawah Akta
Hasutan sejak tahun 2009.
-
soalan-24&25.pdf
-
Soalan 24. Tuan Su Keong Siong [lpoh Timor] minta PERDANA MENTERI
menyatakan bila Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan. Adakah YAB
Perdana Menteri berhasrat menunaikan janji yang dibuat pada tahun
2012.
Soalan 25. YB. DATO' OTHMAN BIN AZIZ (JERLUN) minta MENTERI KERJA
RAYA menyatakan sejauh manakah kesediaan pengguna dan
syarikat konsesi tol bagi cadangan pelaksanaan kutipan tol melalui
sistem elektronik sepenuhnya dan bilakah sistem ini mampu
dijalankan bagi mempercepatkan urusan pembayaran tol sekali gus
mampu mengurangkan kadar kesesakan di plaza tol.
-
soalan-23.pdf
-
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan :
(a) Jumlah penglibatan syarikat yang membekalkan susu 1 Malaysia ke
sekolah-sekolah di seluruh negara serta kriteria pemilihan syarikat
pembekal tersebut; dan
(b) Sejauh mana pemantauan kawalan mutu susu yang dibekalkan dan
dari negara manakah ianya diperoleh, dan senaraikan kes
keracunan yang pernah berlaku di sekolah yang terlibat akibat
daripada penggunaan susu tersebut.
-
soalan-22.pdf
-
Y.B. TUAN ABDULLAH SANI BIN ABDUL HAMID [ KUALA LANGAT ]
minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah yang diambil kerajaan
untuk memastikan penjawat awam tidak terbeban di atas perlaksanaan
GST yang akan dilaksanakan pada April 2015.
-
soalan-20&21.pdf
-
Soalan 20. Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan :-
(a) bilakah Kerajaan berhasrat membentangkan Laporan lengkap
Siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang tanpa
izin di Sabah yang tempoh tamat siasatannya berakhir pada 21 Mei 2014
yang lalu; dan
(b) adakah Kerajaan merasakan siasatan ini belum lengkap dan
sempurna dan satu tarikh baru diperlukan untuk melanjutkan siasatan.
Soalan 21. Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) apakah faktor yang menyebabkan MAS (Malaysia Airlines Systems)
menghentikan perkhidmatan laluan Kota Kinabalu-Puerto Princesa
Palawan Phillipines-Kota Kinabalu; dan
(b) adakah ianya disebabkan oleh kegagalan promosi MAS bagi laluan
ini.
-
soalan-19.pdf
-
YB. lr. Shaharuddin bin Ismail [Kangar] minta MENTERI
PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan sambutan program
Pengalaman Homestay Malaysia di Wilayah Utara, berapakah jumlah
pelancong yang telah mengikuti program ini dan perancangan masa
hadapan Kementerian untuk terus memajukan industri inap desa
khususnya di Wilayah Utara.
-
soalan-17.pdf
-
Y.B. DATUK WIRA HAJI AHMAD BIN HAMZAH [ JASIN ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan bilangan unit dan peratus skim
amanah saham di bawah PNB mengikut kaum pada akhir tahun 1990,
2000, 2008, 2010 dan 2013 serta bilangan dan peratus syarikat yang PNB
mempunyai kawalan pengurusan (management control).
-
soalan-16.pdf
-
YB. Tuan Loke Siew Fook [Seremban] minta MENTERI PELANCONGAN DAN
KEBUDAYAAN menyatakan apakah bentuk insentif yang boleh diberikan oleh Kementerian kepada pengusaha-
pengusaha pelancongan tempatan untuk menawarkan pakej "Halal Cruise
Tourism" sebagai satu "niche marketing" untuk menarik pelancong-pelancong yang beragama Islam dan pasaran Timur Tengah.
-
soalan-15.pdf
-
Dr. Mansor bin Abd Rahman [ Sik ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan adakah wujud satu sistem kuota yang
dikenakan kepada majikan di mana-mana sektor untuk
mempergunakan khidmat pekerja asing terutama dalam sektor
perkhidmatan seperti stesen minyak, kedai-kedai 24 jam, kawalan
keselamatan dan lain-lain.
-
soalan-14.pdf
-
DATO' MANSOR BIN OTHMAN [ NIBONG TEBAL ] minta MENTERI
PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN
KEPENGGUNAAN menyatakan usaha-usaha yang dilakukan oleh
Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup dalam mengawal harga
dan keberkesanannya setakat ini.