File PDF document soalan-9.pdf
Dr. Mansor bin Abd Rahman [ Sik ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah-langkah Kementerian untuk menanam minat pelajar dalam bidang perniagaan. Sejauh mana sistem pelajaran terkini iaitu KSSR yang menggantikan KBSR dapat membantu menanam minat pelajar dalam bidang tersebut serta apakah rancangan Kementerian untuk meningkatkan kualiti pendidikan di kawasan luar bandar supaya pencapaiannya setanding dengan kawasan bandar.
File PDF document soalan-8.pdf
Datuk Mohd ldris bin Jusi [ Batu Pahat ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sejak bila Pintu Kawalan Air Pasang Surut di Kg. Sg. Bagan Laut telah rosak dan berapa luas tanaman sawit telah musnah serta berapa jumlah kerugian yang telah dialami oleh para pekebun. Berapa jumlah ganti-rugi dan pampasan yang telah diberikan kepada para pekebun kecil yang terlibat.
File PDF document soalan-7.pdf
Dato' Abdul Manan Bin Ismail [ Paya Besar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan cadangan FELDA Wellness Corporation Sdn. Bhd. (FWC) supaya Kerajaan menubuhkan Farmanas Berhad dengan suntikan dana RM1 bilion yang akan berperanan sebagai gerbang pengkomersilan ekonomi global dan perolehan ketiga negara iaitu biodiversiti negara selepas petroleum dan kelapa sawit.
File PDF document soalan-0-intro.pdf
File PDF document soalan-49.pdf
Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah beliau bersedia untuk mewujudkan sesi masa Soalan Perdana Menteri (Prime Minister's Question Time) seperti yang dicadangkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat. Apakah agenda reformasi parlimen yang disasarkan oleh Perdana Menteri.
File PDF document soalan-47.pdf
YB. TUAN lORIS BIN HAJI AHMAD (BUKIT GANTANG) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah piawai yang digunakan untuk menentukan had kelajuan kenderaan di jalan raya, kadang- kadang dilihat tidak logik seolah-olah bukan hendak menjaga keselamatan tetapi sebaliknya untuk menjana pendapatan.
File PDF document soalan-46.pdf
Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :- (a) jumlah guru sekolah rendah dan sekolah menengah tetap (mengikut pecahan setiap negeri), dan juga guru sementara dalam negara ini (mengikut pecahan setiap negeri) dengan mengikut kategori jenis aliran sekolah dan juga subjek pengajaran; dan (b) bilangan jawatan kosong guru di sekolah yang masih belum diisi, khususnya di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) mengikut pecahan setiap negeri dan langkah- langkah Kerajaan untuk menangani masalah ini.
File PDF document soalan-44&45.pdf
Soalan 44. Datuk lkmal Hisham bin Abdul Aziz [ Tanah Merah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah faktor yang menyebabkan sejak kebelakangan ini semakin ramai individu atau pihak berani membuat kenyataan yang boleh menyinggung perasaan kaum lain dan sensitiviti agama lain. Soalan 45. Dato Fauzi bin Abdul Rahman [ lndera Mahkota ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah Kerajaan tidak memandang serius terhadap laporan RCI yang mengesyorkan IPCMC. Mengapakah laporan RCI. berkaitan PATI. di Sabah lambat disiarkan sedangkan Kerajaan telah acap kali menubuhkan "Royal Commission of Inquiry" dan membelanjakan peruntukkan yang besar dalam melaksanakannya.
File PDF document soalan-43.pdf
Datuk Seri Noh bin Haji Omar [ Tanjong Karang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa ramai yang telah didakwa di bawah Akta SOSMA semenjak ianya dikuatkuasakan dan apakah halangan-halangan yang dihadapi untuk menguatkuasakannya.
File PDF document soalan-42.pdf
Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan senarai IPTS yang mendapat kelulusan untuk penawaran kursus baru bidang perubatan sejak 1 Mei 2011.