-
soalan-20&21.pdf
-
Soalan 20. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI
ASAS TANI menyatakan apakah langkah-langkah diambil bagi mengawal pergerakan
nelayan warga-warga asing yang menggunakan kemudahan pelabuhan Chendering di
Kuala Terengganu supaya aktiviti-aktiviti mereka tidak menimbulkan
masalah kepada orang ramai dan rakyat tempatan Malaysia.
Soalan 21. Y.B. DATUK WEE JECK SENG [ TANJONG PIAl ] minta MENTERI
KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN
menyatakan sama ada Kementerian sedar bahawa ramai penyewa di PPR
telah meninggal dunia namun kediaman tersebut masih dihuni oleh waris
dan apakah tindakan Kementerian untuk menyelesaikan isu ini.
-
soalan-19.pdf
-
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor] minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) langkah-langkah menghalang yang rakyat dilaksanakan oleh Kerajaan bagi
Malaysia daripada terlibat dalam aktiviti
keganasan, ekstremis dan ala ketenteraan di negara luar seperti
Syria, Selatan Thailand dan Filipina; dan
(b) berapa ramai rakyat Malaysia yang dikenal pasti terlibat dalam
kegiatan pengganas di luar negara dan apakah punca penglibatan
mereka.
-
soalan-18.pdf
-
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan sama ada kajian terhadap keperluan
kepelbagaian pendidikan bagi kanak-kanak Kelainan Upaya telah
dijalankan dan apakah rancangan kementerian bagi menangani
keperluan kanak-kanak kelainan upaya selain pekak, bisu dan buta.
-
soalan-16&17.pdf
-
Soalan 16. Y.B. TUAN MOHO RAFIZI BIN RAMLI [ PANDAN ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan apakah kriteria yang digunakan untuk melantik
Bridge Partners Hong Kong menguruskan dana USD$2.3 bilion milik 1MDB
dan bayaran tahunan yang dibayar kepada firma itu.
Soalan 17. Y.B. DATO SERI ONG KA CHUAN [ TANJONG MALIM ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah yang berkesan yang
telah diambil oleh Kerajaan untuk mengawal-selia institusi-institusi
kewangan di negara ini terhadap ancaman siber supaya sistem kewangan
dalam negara ini selamat dan terjamin.
-
soalan-15.pdf
-
YB Dato' Ar. Wan Mohammad Khairil [ Kuala Kangsar ] minta
PERDANA MENTERI menyatakan mengapa Petronas Dagangan
sebagai syarikat milik Petronas yang ulung dan wibawa dan tersenarai
di bawah kaunter 'blue chip' mengalami kejatuhan harga saham yang
melebar dan ketara di Bursa Saham Kuala Lumpur berbanding dengan
kaunter-kaunter lain di sektor ini. Apakah faktor-faktor utama kejatuhan
lnl.
-
soalan-14.pdf
-
Y.B. PUAN TERESA KOK SUH SIM [ SEPUTEH ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan jumlah kos yang terlibat untuk menjalankan
pengutipan GST di seluruh negara dan juga GST yang dijangka akan
dikutip oleh Kerajaan pada tahun pelaksanaan pertama. Apakah yang
akan dilakukan oleh Kerajaan terhadap syarikat yang tidak mengutip GST,
khususnya syarikat kecil.
-
soalan-13.pdf
-
Tuan Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam] minta
MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah kegiatan
militan dan pengganas dari dalam dan luar negara menjadi ancaman
kepada keselamatan dan keamanan negara masa kini dan apakah
langkah tegas yang diambil bagi membendung kegiatan militan ini dan
seterusnya memastikan keselamatan dan keamanan negara terus
terjamin.
-
Soalan 12
-
Tuan Zairil Khir Johari [Bukit Bendera] minta MENTERI SUMBER
ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan jumlah peruntukan yang
diberi kepada Zoo Negara setiap tahun sejak tahun 2004, serta
perincian peruntukan tersebut.
-
soalan-11.pdf
-
TUAN HAJI AHMAD NAZLAN BIN lORIS [ JERANTUT ] minta
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN
KEPENGGUNAAN menyatakan berapakah jumlah perbelanjaan yang
telah dibelanjakan sehingga kini oleh Kementerian dalam program
mengawal kenaikan harga barang serta masih ada lagi program-
program yang belum dijalankan, dan jika ada mengapa ia belum
dilaksanakan.
-
soalan-10.pdf
-
YB Dato' Dr. Nik Mazian Bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta
MENTERI KESIHATAN menyatakan bagaimana serta apakah
pendekatan yang diguna oleh Kementerian bagi mengawal pengamal
perubatan tradisional dan perubatan alternatif yang kelihatan begitu
meluas pengamalannya dalam masyarakat di Malaysia. Apakah usaha
Kerajaan untuk membendung penipuan dalam kaedah pengubatan ini.