File PDF document soalan-31.pdf
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [Sandakan] bertanya kepada PERDANA MENTERI menyatakan apakah rancangan kerajaan untuk menguruskan Pendatang Asing Tanpa lzin di Sabah. Adakah mereka akan disimpan di pusat dan tempat yang tertentu, supaya aktiviti-aktiviti mereka dapat dikawal dan dipantau.
File PDF document Soalan 30
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :- (a) secara terperinci apakah prosedur dan/atau garis panduan yang ditetapkan dalam penyediaan dan penjagaan soalan-soalan kertas UPSR sama ada sebelum dan selepas penyediaan soalan-soalan tersebut; dan (b) berapakah kos keseluruhan secara terperinci yang ditanggung oleh Kementerian akibat kebocoran kertas-kertas Sains dan Bahasa lnggeris UPSR tersebut.
File PDF document soalan-29.pdf
YB. Tuan Nogeh Anak Gumbek [ Mas Gading ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan kesan peningkatan kes pembunuhan dan penculikan pelancong asing di dalam negara terhadap jumlah pelancong yang berkunjung sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.
File PDF document soalan-28.pdf
YB. TUAN NGA KOR MING (TAIPING) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan secara terperinci jumlah pampasan yang dibayar oleh Kerajaan kepada syarikat-syarikat konsesi lebuh raya secara satu per satu mengikut nama syarikat dalam tempoh 2008 hingga 2014.
File PDF document soalan-27.pdf
DATO' AHMAD FAUZI BIN ZAHARI [ SETIAWANGSA- BN] Minta MENTERI BELlA DAN SUKAN menyatakan perancangan jangka panjang Kementerian ke atas sukan berstatus antarabangsa yang memakan kos belanja yang amat besar seperti Le Tour de Langkawi, Monsun Cup, dan Perlumbaan F1. Adakah pulangan daripada aktiviti- aktiviti sukan ini setimpal dengan modal yang telah dikeluarkan dan bagaimana ia membantu negara mendapatkan semula pulangan modal.
File PDF document soalan-26.pdf
YB DATO' KAMARUDIN BIN JAFFAR (TUMPAT) Minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan adakah Kementerian telah memikirkan baik buruk dari segi keselamatan negara apabila membuat keputusan untuk menjual tapak-tapak Pengkalan Tentera Darat dan Udara kepada swasta.
File PDF document soalan-25.pdf
Y.B. DATUK JOHARI BIN ABDUL GHANI [ TITIWANGSA ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :- a. sejauh mana penerimaan kakitangan MAS terutamanya pihak Kesatuan Pekerja MAS berhubung Pelan Penstrukturan semula MAS yang melibatkan pengurangan tenaga kerja sedia ada iaitu dari 20,000 kepada 14,000; dan b. berapakah jumlah pampasan yang akan dibayar kepada 6,000 kakitangan MAS yang akan diberhentikan.
File PDF document soalan-24.pdf
Y.B. DATO MANSOR BIN OTHMAN [ NIBONG TEBAL ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Kementerian bersedia untuk campur tangan bagi tangani kemelut pemecatan kakitangan Syarikat Kereta api Tanah Melayu KTMB yang terlibat dalam piket membantah pengurusan tertinggi KTMB baru-baru ini demi menjaga kepentingan pekerja dan syarikat KTMB.
File PDF document Soalan 23
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan punca berlakunya kebocoran maklumat soalan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan langkah yang diambil oleh Kementerian untuk menetapkan prosedur keselamatan maklumat agar perkara sebegini tidak lagi berlaku pada masa akan datang.
File PDF document soalan-22.pdf
Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah kriteria pengesahan dan kenaikan pangkat seseorang Pesuruhjaya Kehakiman dan Hakim di Malaysia.