File PDF document soalan-19.pdf
Soalan 19. Datuk Aaron Ago anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kes judi haram yang telah dikesan dan diambil tindakan setiap tahun dan keberkesanan langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan bagi menghapuskan masalah judi haram ini seperti judi cyber (monkey) dan lain-lain yang menjadi masalah besar di bandar dan pekanpekan kecil di negara ini.
File PDF document soalan-18.pdf
Soalan 18. Dato' Mohd Ariff Sabri bin Abdul Aziz [ Raub ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan: a) apakah peranan sebenarnya agensi seperti FAMA; dan b) apakah langkah yang akan diambil oleh pihak Kementerian untuk mengelak dakwaan FAMA menjadi pengganti orang tengah dengan membeli murah dan menjual mahal.
File PDF document soalan-17.pdf
Soalan 17. YB Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [ Padang Besar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah-langkah dan strategi yang diambil bagi memperkenalkan industri Pelancongan Kesihatan di luar negara secara agresif sebagai sebuah industri pelancongan eksklusif dan bernilai tinggi yang dapat menyumbang pendapatan kepada Kerajaan dan pengusaha hospital tempatan.
File PDF document soalan-16.pdf
Soalan 16. Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan yang diambil bagi menyekat sebaran pengaruh kurnpulan Negara Islam di Iraq dan ai-Sham (ISIS) dalam negara ini dan tindakan undang-undang yang diarnbil terhadap mereka yang terlibat dalam aktiviti ISIS.
File PDF document soalan-15.pdf
Soalan 15. YB. Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan statistik bilangan pelancong dari dalam dan luar Malaysia dan negara asal mereka yang melawat ke pulau-pulau peranginan di seluruh Malaysia pada tahun 2012 hingga terkini.
File PDF document soalan-13.pdf
Soalan 13. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang ( Sibuti ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan: (a) apakah usaha pihak kerajaan untuk meningkatkan kesedaran masalah kanak-kanak Autisme di kalangan ibu bapa di luar bandar; dan (b) apakah langkah yang diambil untuk memperluaskan khidmat dan bantuan kepada keluarga yang mempunyai kanak-kanak Autisme.
File PDF document soalan-14.pdf
Soalan 14. Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan punca Universiti Johns Hopkins menamatkan kontrak dengan Sekolah Graduan Perubatan Universiti Perdana, status terkini, berapa pelajar terlibat, biasiswa yang dibayar, jumlah yuran yang telah dibayar oleh Kerajaan dan adakah tindakan undang-undang terhadap atau diambil oleh Universiti Johns Hopkins.
File PDF document soalan-12.pdf
Soalan 12. TUAN SIM CHEE KEONG [ BUKIT MERTAJAM ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kos pembinaan dan infrastruktur bagi setiap satu lokap berpusat di seluruh negara, kontraktor yang terlibat serta kelengkapan asas yang ada di situ.
File PDF document soalan-11.pdf
Soalan 11. YB Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah perancangan Kerajaan untuk membesar dan menaiktarafkan hospital di pekan-pekan kecil khususnya bandar-bandar diraja seperti Kuala Kangsar memandangkan keperluan dan permintaan yang amat mendesak.
File PDF document soalan-9.pdf
Soalan 9. Dato' Wira Mohd Johari bin Baharom [ Kubang Pasu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai mewartakan penyalahgunaan daun ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Sekiranya ia telah diwartakan nyatakan jumlah tangkapan dan pencegahan telah dibuat oleh KDN dan berapakah bilangan mereka yang terlibat dan apakah denda/hukuman yang telah dikenakan.