File PDF document soalan-47.pdf
Soalan 57. Puan Mas Ermieyati binti Samsudin [ Masjid Tanah ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah program-program yang wajib dilalui oleh Pengetua dan Guru Besar sebelum Program "Residency and Immersion" (PRime) diperkenalkan dan jika ada, apakah perbezaan program ini dengan program-program yang telah diperkenalkan sebelum ini.
File PDF document soalan-45&46.pdf
Soalan 45. DATUK KOH NAI KWONG [ ALOR GAJAH ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan butiran berkenaan sistem subsidi baru untuk petrol dan diesel yang akan dilaksanakan pada hujung tahun ini sebagaimana yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian. Bagaimanakah pelaksanaan sistem ini akan memberi kesan kepada kehidupan orang ramai. Soalan 46. Y.B. IR. SHAHARUDDIN BIN ISMAIL [ KANGAR ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN menyatakan :(a) berapakah jumlah projek perumahan di dalam perancangan pemulihan akibat daripada kegagalan pemaju sebelumnya; dan (b) apakah denda dan tindakan yang dikenakan kepada pemaju dan kontraktor yang gagal menyiapkan projek perumahan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
File PDF document soalan-44.pdf
Soalan 44. Y.B. DATO' ZAHIDI BIN ZAINUL ABIDIN [ PADANG BESAR ] minta MENTER I KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah kerugian yang dihadapi oleh MAS dan KTMB dan apakah langkah-langkah yang dilakukan untuk menyelamatkan agensi-agensi tersebut.
File PDF document Soalan 43
Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah untuk memulihkan keyakinan orang ramai terhadap SPRM. Adakah Kerajaan akan memberi kuasa mendakwa kepada SPRM. Apakah tindakan yang akan diambil kepada pegawai SPRM yang mengakibatkan kematian Teo Beng Hock.
File PDF document soalan-41.pdf
Soalan 41. Puan Kasthuriraani a/p Patto [ Batu Kawan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa inkues tidak dikendalikan dalam semua kes kematian dalam tahanan polis walaupun Seksyen 334 Kanun Prosedur Jenayah dan Arahan Amalan No. 1/2007 daripada Hakim Besar Malaya jelas menyatakan bahawa inkues adalah wajib dalam keadaan sedemikian.
File PDF document soalan-40.pdf
Soalan 40. Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah rancangan dan langkah segera yang dilakukan oleh Kerajaan supaya menyekat pengaruh IS dari Iraq yang kini dianggap kumpulan pengganas utama yang menggugat keamanan sedunia.
File PDF document soalan-36&37&38.pdf
Soalan 36. Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sebab Kementerian menswastakan bahagian pengeluaran visa ke Malaysia di negara China. Nyatakan formula pembahagian kutipan di antara pihak Kerajaan dan agen yang dilantik untuk pengeluaran visa, dan juga jumlah kutipan pada tahun 2010, 2011 , 2012, 2013 dan setakat Jun 2014. Soalan 37. VB DATUK WILLIAM@ NYALLAU ANAK BADAK (LUBOK ANTU) Minta Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah menyatakan apa yang sudah terjadi dengan pelaksanaan pembinaan jalan luar bandar seperti Jalan dari Bara ke Bukit Tungu I Sayat I Soh dan Seremat, Jalan dari Sayat ke Ng. Kumpang dan Jalan dari Bukong ke changkul seperti jawapan Menteri semasa mesyuarat pertama penggal kedua parlimen ke-13, iaitu Menteri sendiri berjanji bahawa projek tersebut akan bermula pada bulan april atau selewat-lewatnya Jun tetapi hingga sekarang belum lagi nampak berlaku apa-apa pelaksanaannya. Soalan 38. VB Tuan ldris Bin Haji Ahmad [Bukit Gantang] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah bilangan peserta Program Siswazah Perantis Perbadanan Usahawan Nasional Berhad dari kawasan Parlimen Bukit Gantang sehingga tahun 2013.
File PDF document soalan-39.pdf
Soalan 39. Dato' Seri Reezal Merican bin Naina Merican [ Kepala Batas ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan memberikan penjelasan lebih terperinci mengenai penubuhan "Sekolah Amanah" (Trust Schools) yang sudah dilaksanakan di beberapa buah negeri. Apa perancangan masa hadapan untuk "Sekolah Amanah" ini.
File PDF document Soalan-35.pdf
Soalan 35. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik kadar jenayah terkini di seluruh negara termasuk gejala sosial seperti buang bayi ,rogol, zina dan sebagainya serta langkah-langkah pencegahannya.
File PDF document soalan-34.pdf
Soalan 34. Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah Kerajaan untuk memendekkan senarai menunggu jemaah haji terutama yang sudah berumur.