Skip to content. | Skip to navigation

Personal tools

Navigation

soalan-36&37&38.pdf

Soalan 36. Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sebab Kementerian menswastakan bahagian pengeluaran visa ke Malaysia di negara China. Nyatakan formula pembahagian kutipan di antara pihak Kerajaan dan agen yang dilantik untuk pengeluaran visa, dan juga jumlah kutipan pada tahun 2010, 2011 , 2012, 2013 dan setakat Jun 2014. Soalan 37. VB DATUK [email protected] NYALLAU ANAK BADAK (LUBOK ANTU) Minta Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah menyatakan apa yang sudah terjadi dengan pelaksanaan pembinaan jalan luar bandar seperti Jalan dari Bara ke Bukit Tungu I Sayat I Soh dan Seremat, Jalan dari Sayat ke Ng. Kumpang dan Jalan dari Bukong ke changkul seperti jawapan Menteri semasa mesyuarat pertama penggal kedua parlimen ke-13, iaitu Menteri sendiri berjanji bahawa projek tersebut akan bermula pada bulan april atau selewat-lewatnya Jun tetapi hingga sekarang belum lagi nampak berlaku apa-apa pelaksanaannya. Soalan 38. VB Tuan ldris Bin Haji Ahmad [Bukit Gantang] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah bilangan peserta Program Siswazah Perantis Perbadanan Usahawan Nasional Berhad dari kawasan Parlimen Bukit Gantang sehingga tahun 2013.

Download soalan-36.pdf — 1374 KB