-
soalan-20&21.pdf
-
Soalan 20. Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan :-
(a) bilakah Kerajaan berhasrat membentangkan Laporan lengkap
Siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang tanpa
izin di Sabah yang tempoh tamat siasatannya berakhir pada 21 Mei 2014
yang lalu; dan
(b) adakah Kerajaan merasakan siasatan ini belum lengkap dan
sempurna dan satu tarikh baru diperlukan untuk melanjutkan siasatan.
Soalan 21. Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) apakah faktor yang menyebabkan MAS (Malaysia Airlines Systems)
menghentikan perkhidmatan laluan Kota Kinabalu-Puerto Princesa
Palawan Phillipines-Kota Kinabalu; dan
(b) adakah ianya disebabkan oleh kegagalan promosi MAS bagi laluan
ini.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-29 Parliamentary Replies
-
soalan-28.pdf
-
Tuan Lim Kit Siang [Gelang Patah] minta PERDANA MENTERI
menyatakan samaada kerajaan bersetuju atau tidak untuk
menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi mengkaji sama ada aspirasi
rakyat Sabah dan Sarawak telah dipenuhi atau dikhianati sejak
pembentukan Malaysia.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-13 Parliamentary Replies
-
soalan-29.pdf
-
YB Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan kenapa laporan lengkap siasatan Suruhanjaya
Siasatan Diraja (RCI) bagi pendatang tanpa izin di Sabah tidak dibentang
di Parlimen (hingga ke hari ini) selepas tamat tempoh siasatannya pada
21 Mei 2014 dan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-09 Parliamentary Replies
-
soalan-34.pdf
-
Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ]
minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah keputusan,
hasil penyiasatan atau rekomendasi Suruhanjaya Siasatan Diraja
(Royal Commission of Inquiry) mengenai pendatang asing di negeri
Sabah akan dikeluarkan dan adakah Kerajaan Persekutuan komited
untuk melaksanakan semua rekomendasi tersebut.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-08 Parliamentary Replies
-
soalan-44&45.pdf
-
Soalan 44. Datuk lkmal Hisham bin Abdul Aziz [ Tanah Merah ] minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan apakah faktor yang menyebabkan sejak
kebelakangan ini semakin ramai individu atau pihak berani membuat
kenyataan yang boleh menyinggung perasaan kaum lain dan sensitiviti
agama lain.
Soalan 45. Dato Fauzi bin Abdul Rahman [ lndera Mahkota ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan mengapakah Kerajaan tidak memandang serius
terhadap laporan RCI yang mengesyorkan IPCMC. Mengapakah
laporan RCI. berkaitan PATI. di Sabah lambat disiarkan sedangkan
Kerajaan telah acap kali menubuhkan "Royal Commission of Inquiry"
dan membelanjakan peruntukkan yang besar dalam melaksanakannya.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-29 Parliamentary Replies