Skip to content. | Skip to navigation

Personal tools

Navigation

You are here: Home
19 items matching your search terms.
Filter the results.
Item type






New items since



Sort by relevance · date (newest first) · alphabetically
File PDF document soalan-60&61.pdf
Soalan 60. Y.B. DATUK SAPAWI BIN AHMAD WASALI [ SIPITANG ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan strategi dan tindakan diambil untuk membanteras kegiatan penyeludupan yang banyak dilaporkan, sehingga menyebabkan kerugian berbilion ringgit kepada kerajaan. Soalan 61. DATO' SERI TIONG KING SING [ BINTULU ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :- (a) apakah pihak Kementerian mempunyai cadangan untuk menyelesaikan masalah takungan air di tapak landasan dan hentian pesawat-pesawat- Laparlgan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2) yang berkemungkinan membawa bahaya; dan (b) adakah pihak Kementerian mempunyai rancangan untuk menaik taraf atau melebarkan laluan pejalan kaki di sepanjang balai berlepas KLIA2 memandangkan selalu menyebabkan kesesakan kepada para pengguna dan adakah ia menepati piawaian pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat sekiranya berlaku kecemasan.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-09 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-52&53.pdf
Soalan 52. YB Tuan Wan Hasan Bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah dan faedah kepada rakyat Terengganu daripada projek kereta api Kerteh - Kuantan yang bermula pada 1 April 2004 dan telah ditamatkan pada 1 Oktober 2010 di bawah seliaan Petronas, setelah beroperasi selama 6 tahun. Soalan 53. Dato' Sri Azalina binti Oato' Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk mewujudkan Central Security Command Centre di Parlimen Pengerang untuk menyelaras isu-isu keselamatan memandangkan pembangunan pesat di kawasan tersebut turut melibatkan peningkatan populasi penduduk yang ketara serta pelbagai isu keselamatan.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-09 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-44,45&46.pdf
Soalan 45. Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah Kerajaan akan melaksanakan caj permit kemasukan kenderaan asing (VEP) di pintu masuk sempadan Johor-Singapura dan kadar caj VEP yang akan diguna pakai serta berapakah nisbah keuntungan VEP yang bakal dikongsi oleh Persekutuan dan Negeri Soalan 46. Tan Sri Dato Sri Dr. Jamaluddin bin Mohd Jarjis [ Rompin ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan kedudukan kemajuan terkini bagi cadangan pembangunan Lapangan Terbang Pulau Tioman tertangguh begitu lama:- a) adakah pembangunan Lapangan Terbang Pulau Tioman telah dimasukkan ke dalam Mid Term Review (Kajian Separuh Penggal) RMK 10 atau sebaliknya; dan b) sekurang-kurangnya projek ini diberikan peruntukkan asas di dalam RMK 11.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-09 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-26&27.pdf
Soalan 26. YB Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor] minta PERDANA MENTERI menyatakan status pembinaan dan operasi Penang Sentral di Butterworth bagi menggantikan Terminal Bas Butterworth. Soalan 27. Datuk Haji Datu Nasrun bin Datu Mansur [ Silam ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan selepas tragedi pesawat MAS MH 17, apakah gerak kerja yang telah diambil oleh Malaysia dalam menuntut keadilan terhadap mangsa penerbangan MH 17, apakah pula pelan perancangan untuk mengukuhkan semula imej Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-09 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-20&21.pdf
Soalan 20. Y.B. DATO MOHD ARIFF SABRI BIN ABDUL AZIZ [ RAUB ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :- a) adakah Kerajaan memperakui terlebih dahulu atau 'endors' pengurangan pekerja MAS seramai 6,000 orang; dan b) adakah Kerajaan berpuas hati mengenai kaedah memutuskan bahawa MAS hanya memerlukan 14,000 kakitangan. Soalan 21. Y.B. DATUK JUMAT BIN lORIS [ SEPANGGAR ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah jenis bantuan kecemasan yang disediakan oleh Kerajaan bagi mangsa-mangsa bencana kebakaran dan apakah garis panduan bantuan kecemasan ini.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-09 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-10.pdf
Dato' Kamaruddin bin Jaafar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tahap kesesuaian dan keselamatan landasan keretapi laluan Tumpat-Gemas dan adakah penjagaan landasan itu mengikut jadual.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-14 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-33.pdf
Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada terdapat rancangan serta rasionalnya untuk membina sebuah lapangan terbang yang baru di negeri Kedah. Jikalau ia sebuah lapangan terbang yang bertaraf antarabangsa dengan adanya perkhidmatan kargo disediakan, apakah impak yang akan dibawa terhadap Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-09 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-41.pdf
Y.B. DR. LEE BOON CHYE [ GOPENG] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pampasan yang diberikan kepada syarikat-syarikat ATES Sdn Bhd dan Bina Tegap Sdn Bhd kerana pembatalan penswastaan AES.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-08 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-14.pdf
YB. TUAN WAN HASAN BIN MOHO RAMLI {DUNGUN) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan jaminan Kerajaan membaik pulih laluan 14 Jerangau - Jabor yang kerap kali berlaku kemalangan dan kesesakan terutama musim perayaan dan cuti persekolahan.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-08 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-50,51&52.pdf
Soalan 50. VB Dato' Abd Aziz Bin Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baru ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah langkah diambil Kementerian dalam mengatasi masalah infrastruktur di Hospital Kulim terutamanya yang terpaksa menampung peningkatan pesakit sebanyak 5% setiap tahun. Soalan 51. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah faktor yang menyebabkan kehilangan MH370 sukar dikesan hingga kini walaupun usaha pelbagai pihak telah dijalankan semaksimum mungkin. Soalan 52. Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah keputusan yang tercapai dalam bengkel (workshop) pada bulan Jun berkenaan dengan peraturan kereta cermin gelap. Bilakah Kementerian akan melaksanakan peraturan terbaru ini.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-27 Parliamentary Replies