Skip to content. | Skip to navigation

Personal tools

Navigation

You are here: Home
18 items matching your search terms.
Filter the results.
Item type






New items since



Sort by relevance · date (newest first) · alphabetically
File PDF document soalan-28,29&30.pdf
Soalan 28. Tuan Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :- (a) mengapa beliau enggan mendedahkan butir-butir ahli panel Akta Pencegahan Jenayah (PCA), termasuk latar belakang mereka; dan (b) pihak yang bertanggungjawab untuk melantik ahli panel tersebut dan sama ada ahli panel ini bertanggungjawab kepada Parlimen dan rakyat. Soalan 29. Y.B. DATO' HENRY SUM AGONG [ LAWAS ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN menyatakan sama ada Kementerian merancang untuk melaksanakan program rumah murah/mampu milik di daerah Lawas. Soalan 30. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [ Kalabakan minta PERDANA MENTERI menyatakan :- (a) apakah Kementerian maklum tentang penyebab sebenarnya mengapa kejadian gajah menyerang di Felda Umas-Umas di Kalabakan berlaku; dan (b) jika maklum apakah perancangan kementerian untuk menentukan agar dapat dikenal pasti dan tindakan sewajarnya diambil untuk mengelakkan perkara ini tidak berulang lagi.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-11-03 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-50&51.pdf
Soalan 50. Puan Kasthuriraani a/p Patto [ Batu Kawan ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan secara terperinci sebab mengapa cadangan untuk membina sekolah menengah Tamil pertama di Malaysia di Pulau Pinang ditolak serta tarikh mula pembinaan sekolah baru bagi SJKT Sungai Bakap, Pulau Pinang. Soalan 51. Y.B. USTAZ DATO' DR. MOHO. KHAIRUDDIN BIN AMAN RAZALI [ KUALA NERUS ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN menyatakan sama ada pihak Kerajaan berhasrat untuk menyelaras definisi rumah mampu milik.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-09 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-20&21.pdf
Soalan 20. Y.B. DATO MOHD ARIFF SABRI BIN ABDUL AZIZ [ RAUB ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :- a) adakah Kerajaan memperakui terlebih dahulu atau 'endors' pengurangan pekerja MAS seramai 6,000 orang; dan b) adakah Kerajaan berpuas hati mengenai kaedah memutuskan bahawa MAS hanya memerlukan 14,000 kakitangan. Soalan 21. Y.B. DATUK JUMAT BIN lORIS [ SEPANGGAR ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah jenis bantuan kecemasan yang disediakan oleh Kerajaan bagi mangsa-mangsa bencana kebakaran dan apakah garis panduan bantuan kecemasan ini.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-09 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-57.pdf
VB. Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah terdapat perancangan dari pihak Kementerian untuk menggunakan rumah dari bahan binaan IBS yang mengambil masa tiga ke tujuh hari untuk disiapkan sebagai rumah bantuan /gantian jika terjadi kebakaran atau kemusnahan rumah bagi golongan miskin dan miskin tegar agar mereka tidak perlu menunggu lama untuk bantuan rumah gantian dan ia dapat didirikan semula di tapak asal rumah.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-09 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-19.pdf
Y.B. DATO' SERI ONG KA CHUAN [ TANJONG MALIM ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah asas bagi Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas pada bulan Ogos yang lalu. Adalah di jangka kadar gadai janji pada sekitar 4.2 peratus akan dinaikkan kepada 4.65 peratus dan ini akan menambahkan lagi bebanan peminjam, terutamanya golongan pengguna yang berpendapatan rendah dan sederhana yang terlibat dalam pinjaman perumahan dan kenderaan. Apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah ini.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-09 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-49.pdf
Y .B. DATO SERI REEZAL ME RICAN BIN NAINA ME RICAN [ KEPALA BATAS ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengenai status semasa kerangka perundangan penjanaan dana masyarakat bagi ekuiti (crowdfunding atau ECF) yang boleh membantu usahawan kecil dan sederhana. TUAN MANIVANAN AIL GOWINDASAMY [ KAPAR] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan perkembangan terkini untuk 471 projek yang diluluskan oleh Kementerian tahun ini dengan peruntukan sejumlah RM4.11 billion setakat ini, dengan menyatakan butiran projek, dana yang diluluskan, tarikh mula dan tamat projek tersebut, serta nama kontraktor yang berjaya memperoleh projek tersebut bagi setiap 471 projek secara terperinci.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-08 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-47.pdf
Y.B. DATO HAJI ABDUL AZEEZ BIN ABDUL RAHIM [ BALING ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengenai pemansuhan skim pinjaman perumahan kakitangan kerajaan dan kesan kepada penjawat awam di Malaysia.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-08 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-11.pdf
Y.B. DATO' WIRA OTHMAN BIN ABDUL [ PENDANG ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah Rumah Mesra Rakyat yang telah diluluskan bagi tahun 2012 dan 2013 di Negeri Kedah mengikut Daerah. Apakah halangan-halangan yang boleh menyebabkan kelambatan pembinaan rumah-rumah tersebut.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-08 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-34.pdf
Soalan 34. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan berapa kedudukan permohonan untuk menyewa rumah pangsa/PPR DBKL dari pelbagai peringkat dan kategori yang masih belum ditawarkan rumah, unit rumah yang siap dan sedang dalam pembinaan serta kedudukan pembangunan semula di tapak-tapak perumahan sedia ada.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-11-05 Parliamentary Replies
File PDF document soalan-20&21.pdf
Soalan 20. Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah langkah-langkah diambil bagi mengawal pergerakan nelayan warga-warga asing yang menggunakan kemudahan pelabuhan Chendering di Kuala Terengganu supaya aktiviti-aktiviti mereka tidak menimbulkan masalah kepada orang ramai dan rakyat tempatan Malaysia. Soalan 21. Y.B. DATUK WEE JECK SENG [ TANJONG PIAl ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN menyatakan sama ada Kementerian sedar bahawa ramai penyewa di PPR telah meninggal dunia namun kediaman tersebut masih dihuni oleh waris dan apakah tindakan Kementerian untuk menyelesaikan isu ini.
Located in Documents / / Oral Questions (Soalan Lisan) / 2014-10-30 Parliamentary Replies