-
soalan-33&34.pdf
-
Soalan 33. YB DATUK HAJI SHAHBUDIN BIN YAHAYA
(TASEK GELUGOR) Minta MENTERI PERTAHANAN
menyatakan jumlah aset
hartanah seperti kern tentera dan lapangan terbang TUDM
yang telah dicadang atau diluluskan untuk dibangunkan
sebagai projek komersil. Sila perincikan.
Soalan 34. Datuk Seri Noh bin Haji Omar [ Tanjong Karang ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan adakah MAS bercadang untuk
menghentikan penjualan arak dan seragam baru di dalam pesawat.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-11-03 Parliamentary Replies
-
soalan-26&27.pdf
-
Soalan 26. YB Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor] minta
PERDANA MENTERI menyatakan status pembinaan dan operasi
Penang Sentral di Butterworth bagi menggantikan Terminal Bas
Butterworth.
Soalan 27. Datuk Haji Datu Nasrun bin Datu Mansur [ Silam ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan selepas tragedi pesawat MAS MH 17,
apakah gerak kerja yang telah diambil oleh Malaysia dalam menuntut
keadilan terhadap mangsa penerbangan MH 17, apakah pula pelan
perancangan untuk mengukuhkan semula imej Syarikat Penerbangan
Malaysia Airlines.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-09 Parliamentary Replies
-
soalan-20&21.pdf
-
Soalan 20. Y.B. DATO MOHD ARIFF SABRI BIN ABDUL AZIZ [ RAUB ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
a) adakah Kerajaan memperakui terlebih dahulu atau 'endors'
pengurangan pekerja MAS seramai 6,000 orang; dan
b) adakah Kerajaan berpuas hati mengenai kaedah memutuskan bahawa
MAS hanya memerlukan 14,000 kakitangan.
Soalan 21. Y.B. DATUK JUMAT BIN lORIS [ SEPANGGAR ] minta MENTERI
KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
menyatakan apakah jenis bantuan kecemasan yang disediakan oleh
Kerajaan bagi mangsa-mangsa bencana kebakaran dan apakah garis
panduan bantuan kecemasan ini.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-09 Parliamentary Replies
-
soalan-40.pdf
-
Y.B. PUAN TERESA KOK SUH SIM [ SEPUTEH ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan secara terperinci tentang rancangan
penstrukturan semula Syarikat Penerbangan MAS. Apakah penstrukturan
semula ini akan menjejaskan penerbangan di kawasan luar bandar yang
kini dikendalikan oleh MAS Wing yang kurang menguntungkan.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-14 Parliamentary Replies
-
soalan-20.pdf
-
Y.B. TUAN GOOI HSIAO-LEUNG [ ALOR SETAR ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan kenyataan awam beliau, khususnya dalam apa
cara RM6 bilion yang akan disuntik ke dalam Malaysia Airlines oleh
Khazanah Nasional Berhad adalah satu pelaburan dan bukannya satu
percubaan untuk menyelamatkan syarikat penerbangan itu.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-14 Parliamentary Replies
-
soalan-59.pdf
-
Y.B. RAJA DATO KAMARUL BAHRIN SHAH BIN RAJA AHMAD
BAHARUDDIN SHAH [ KUALA TERENGGANU ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan dalam perancangan menyelamat dan
menghidupkan MAS (Sistem Penerbangan Malaysia) adakah segala
hutang-hutang yang masih belum dibayar kepada MAS akan di tuntut dan
di umumkan dalam proses tersebut.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-09 Parliamentary Replies
-
soalan-38.pdf
-
Y.B. TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan secara terperinci mengenai sumber RM6 bilion
yang dijangka diperlukan bagi Pelan Pemulihan MAS dan penubuhan
sebuah syarikat baharu (NewCo) seperti yang diumumkan oleh Khazanah
Nasional Bhd pada Ogos lalu, memandangkan Khazanah Nasional
merupakan entiti milik penuh Kerajaan dan semua ekuitinya dimiliki oleh
Kementerian Kewangan.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-09 Parliamentary Replies
-
Soalan 24
-
Y.B. DATO• AHMAD FAUZI BIN ZAHARI [ SETIAWANGSA ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah perancangan Kerajaan bagi
membantu 6,000 pekerja MAS yang bakal diberhentikan melalui Pelan
Penstrukturan Baru MAS. Adakah sebarang inisiatif dari Kerajaan bagi
membantu mereka mendapatkan pekerjaan baru atau inisiatif lain bagi
menampung kos sara hidup mereka buat sementara waktu.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-08 Parliamentary Replies
-
soalan-21.pdf
-
Y.B. DATUK DR. HAJI ABD. LATIF BIN HAJI AHMAD [ MERSING ]
minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah usaha atau strategi
jangka pendek iaitu sebelum penstrukturan semula MAS untuk menarik
minat penumpang menggunakan penerbangan MAS setelah terjejas akibat
tragedi MH370 dan MH17 yang lalu.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-08 Parliamentary Replies
-
Soalan 457
-
Y.B. TUAN GOOI HSIAO-LEUNG [ ALOR SETAR ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan status pelan penyusunan semula MAS dan menjelaskan sejauh mana penyusunan semuia tersebut telahpun diselesaikan.
Located in
Documents
/
2015 March-April Parliamentary Session
/
Written Questions (Soalan Bertulis)