-
soalan-28,29&30.pdf
-
Soalan 28. YB Dato' Mansor bin Othman [ Nibong Tebal ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan jumlah hospital yang dalam urusan
pengoperasian mereka mengamalkan tuntutan syari'e (syariah
compliance) mengikut pecahan negeri di seluruh negara.
Soalan 29. Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan adakah wujud badan yang berfungsi untuk
mengawal selia sekolah memandu di seluruh Malaysia. Jika tiada, adakah
Kementerian bercadang untuk mewujudkannya.
Soalan 30. YB Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta
MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kekosongan jawatan dalam PDRM setiap
tahun dari 2008 hingga kini di setiap negeri dan di Sibu dan apakah cara
yang telah diambil untuk mengatasi masalah kekosongan tersebut.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-16 Parliamentary Replies
-
soalan-43.pdf
-
Tuan Julian Tan Kok Ping [ Stampin ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan kenapakah gejala judi haram serta pelacuran
semakin buruk di kawasan Kuching serta kawasan/bandar di sekitar
sehingga umpama tiada keberkesanan oleh pihak penguat kuasa.
Adakah wujudnya elemen rasuah yang menjadi halangan terhadap
keberkesanan dalam perlaksanaan.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-16 Parliamentary Replies
-
soalan-10&11.pdf
-
Soalan 10. Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan :-
(a) bilangan rakyat Malaysia yang terlibat dalam kegiatan
militan di luar negara terutamanya dalam kumpulan pejuang
Islamic State; dan
(b) apakah pandangan Kerajaan dan tindakan yang akan
diambil terhadap golongan ini.
Soalan 11. Y.B DATUK WILLIAM @ NYALLAU ANAK BADAK (LUBOK ANTU)
Minta KEMAJUAN MENTERI LUAR BANDAR DAN
WILAYAH menyatakan setakat mana tindakan diambil oleh
Kementerian ke atas kontraktor yang telah gagal menyiapkan
projek Bekalan Elektrik Luar Bandar yang begitu lama
tertangguh dan menyebabkan rakyat tidak berpuas hati
terhadap kerajaan.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-27 Parliamentary Replies
-
soalan-27,28&29.pdf
-
Soalan 27. TUAN HAJI AHMAD LAI BIN BUJANG
[ SIBUTI- BN] Minta MENTERI BELlA DAN SUKAN menyatakan:-
(a) sejauh manakah penglibatan belia Sarawak terhadap program
belia yang diperkenalkan oleh Kementerian untuk pembangunan
belia berkenaan; dan
(b) adakah dana-dana pembangunan belia seperti Dana Belia 1MOB
disertai oleh belia Sarawak dan berapakah jumlah penyertaan
memuaskan.
Soalan 28. Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan :-
a) apakah kesimpulan yang diperoleh daripada laporan
siasatan kemalangan kapal terbang yang terhempas pada
6hb Jun 1976 di mana pemimpin-pemimpin utama Kerajaan
Sabah seperti Tun Fuad Stephens, Datuk Salleh Sulong,
Datuk Peter Mojuntin, Datuk Chong Thain Vun, dan lain
terbunuh; dan
b) sama ada laporan siasatan itu boleh diperoleh oleh awam
Soalan 29. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [
Kalabakan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah
langkah-langkah terkini Kementerian dalam menentukan
keselamatan tahanan polis daripada menjadi mangsa penderaan dan
seksaan semasa dalam tahanan.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-29 Parliamentary Replies
-
soalan-13.pdf
-
Tuan Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam] minta
MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah kegiatan
militan dan pengganas dari dalam dan luar negara menjadi ancaman
kepada keselamatan dan keamanan negara masa kini dan apakah
langkah tegas yang diambil bagi membendung kegiatan militan ini dan
seterusnya memastikan keselamatan dan keamanan negara terus
terjamin.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-30 Parliamentary Replies
-
soalan-19.pdf
-
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor] minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) langkah-langkah menghalang yang rakyat dilaksanakan oleh Kerajaan bagi
Malaysia daripada terlibat dalam aktiviti
keganasan, ekstremis dan ala ketenteraan di negara luar seperti
Syria, Selatan Thailand dan Filipina; dan
(b) berapa ramai rakyat Malaysia yang dikenal pasti terlibat dalam
kegiatan pengganas di luar negara dan apakah punca penglibatan
mereka.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-30 Parliamentary Replies
-
soalan-21.pdf
-
Datuk Raime bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah diambil
terhadap dalang yang cuba menyebarkan propaganda menghasut
rakyat Negeri Sabah dengan mengeluarkan kenyataan untuk membawa
Sabah keluar dari Malaysia.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-11-03 Parliamentary Replies