Soalan 24. YB. TUAN WAN HASAN BIN MOHO RAMLI (DUNGUN) minta
MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah tindakan penyelesaian
kemendapan tanah sambungan kepada jalan dengan kepala
jambatan di Laluan 145 Seksyen 1 KM3 Jambatan Sungai Ruang dan
KM4 Jambatan Sungai Teluk Kalung Jalan Chukai- Dungun.
Soalan 25. YB. DATUK NUR JAZLAN BIN MOHAMED (PULAI) minta MENTERI
KERJA RAYA menyatakan status serta fungsi Lebuh Raya
Penyuraian Timur (EDL) di Johor Bahru, sama ada ia akan dikenakan
tol atau dikecualikan tol selepas kadar tol Tambak Johor dinaikkan
baru-baru ini serta apakah rasional kenaikan kadar tol Tambak Johor.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-27 Parliamentary Replies