-
soalan-20&21.pdf
-
Soalan 20. Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta
MENTERI DALAM NEGERI menyatakan usaha berkesan Kerajaan untuk
membendung penyeludupan dadah dan senjata api serta bahan api melalui
kawasan sempadan dan perairan Malaysia.
Soalan 21. Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Kementerian bercadang
untuk merangka Dasar Penerbangan Negara serta penubuhan
Suruhanjaya Penerbangan Negara. Jika ada, bilakah ia akan
dilaksanakan.
-
soalan-19.pdf
-
Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta
PERDANA MENTERI menyatakan tahap pencapaian Program Tranformasi Kerajaan, ekonomi dan politik sehingga kini. Apakah manfaat yang diperoleh rakyat sehingga kini.
-
soalan-18.pdf
-
Dato' Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
sejauh manakah langkah telah diambil oleh Kerajaan untuk melaksanakan pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM mengikut Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR).
-
soalan-17.pdf
-
VB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH PAIRIN KITINGAN [ KENINGAU ] minta
MENTERI KESIHATAN menyatakan sama ada Kementerian sedar atau tidak bahawa terdapat kekurangan doktor pakar jantung (Heart Specialist) dan peralatan kardiologi di negeri Sabah
berbanding dengan negeri Sarawak dan kalau sedar, apakah langkahlangkah Kementerian untuk menangani masalah ini.
-
soalan-16.pdf
-
Tuan Sim Tze Tzin [ Bayal'\ Baru ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan statistik kemasukan Sarjana Muda Perubatan IPTA tahun-tahun 2000 hingga 2014 mengikut kaum. Nyatakan sebab-sebab kuota/bilangan pengambilan dikurangkan pada tahun 2014 berbanding dengan tahun yang lalu.
-
soalan-15.pdf
-
YB Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ]
minta PERDANA MENTERI menyatakan :
(a) adakah pihak kerajaan mempunyai pelan perancangan terperinci berkenaan untuk sistem pengangkutan awam bagi bandaraya-bandaraya utama seluruh Malaysia termasuk Wilayah Sarawak; dan
(b) adakah pihak kerajaan bercadang untuk memperkenalkan sistem bas rapid seperti Rapid Kuantan dan Rapid Penang untuk Sarawak.
-
soalan-13.pdf
-
Y.B. DATO' SRI HAJI ABDUL AZEEZ BIN ABDUL RAHIM
minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah usaha Kerajaan dalam menangani isu-isu yang melibatkan perkauman memandangkan terdapat banyak kes-kes yang melibatkan hasutan terhadap agama dan bangsa.
-
soalan-12.pdf
-
Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta
MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan pindaan undang-undang yang dilaksanakan terhadap kebajikan pekerja dalam negara ini.
-
soalan-11.pdf
-
YB Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan apakah modul standard untuk pelatih jururawat di hospital
Kerajaan serta nyatakan apakah mekanisme untuk memastikan mereka
mendapat latihan dan mempunyai pengalaman yang penuh semasa
mereka habis tempoh latihan mereka.
-
soalan-9.pdf
-
TUAN NIK MOHAMAD ABDUH BIN NIK ABDUL AZIZ [ PASIR MAS- PAS]
Minta MENTERI BELlA DAN SUKAN menyatakan tahap semasa Program Pengenalpastian Bakat (TID) dan berapakah jumlah pelaburan dalam menambah baik program tersebut.
-
soalan-8.pdf
-
TUAN TONY PUA KIAM WEE [ PETALING JAYA UTARA ] minta MENTERI PERDAGANGAN KEPENGGUNAAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
menyatakan sama ada pihak peniaga perlu membayar yuran kepada PRISM (Performers Rights & Interest Society of Malaysia) sekiranya radio hanya dimainkan untuk hiburan sendiri dan segala siaran tidak melibatkan artis yang merupakan ahli PRISM.
-
soalan-0-intro.pdf
-
soalan-0-intro.pdf
-
soalan-3.pdf
-
soalan-4.pdf
-
soalan-5.pdf
-
soalan-6.pdf
-
soalan-7.pdf
-
soalan-10.pdf
-
soalan-11.pdf