File PDF document soalan-14.pdf
Dato' Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI menyatakan perkembangan terkini tentang pembahagian subsidi-subsidi padi di Kelantan. Berapa ramaikah penerima subsidi ini dan berapakah peruntukan yang dikeluarkan untuk setiap komponen dalam tahun 2013 dan 2014.
File PDF document soalan-13.pdf
Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan dapatkah Kementerian mempercepatkan perlaksanaan mengganti dan menaik taraf SMK Limbang yang sudah daif dan mempunyai penuntut melebihi seribu orang murid.
File PDF document soalan-12.pdf
Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan keadaan sains dan kejuruteraan di sekolah menengah dan Universiti di negara ini. Apakah peruntukan dan hasil.
File PDF document soalan-11.pdf
Tuan Anyi Ngau [ Baram ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah terdapat rancangan oleh pihak Kementerian bagi menambah Sekolah Model Khas Komprehensif (K9) di Sabah dan Sarawak bagi menangani masalah keciciran di kalangan pelajar di kawasan luar bandar.
File PDF document Soalan 10
Minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan - a) stastik taburan penempatan Orang Asli serta senarai perkampungan Orang Asli di seluruh Semenanjung Malaysia; dan b) jumlah perkampungan Orang Asli di Semenanjung yang masih tidak mempunyai bekalan air dan elektrik sehingga September 2014.
File PDF document Soalan 9
Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [Kuala Kangsar] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan senarai kesalahan yang dilakukan oleh Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang mengikut undang-undang pertubuhan.
File PDF document soalan-0-intro.pdf
Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah bilangan sekolah menengah jenis kebangsaan persendirian dan bilangan murid/guru di setiap negeri, peruntukan pembangunan yang disalurkan sepanjang 5 tahun lalu dan perancangan masa depan Kementerian terhadap sekolah-sekolah tersebut berikutan peningkatan permintaan kemasukan baru.
File PDF document soalan-57.pdf
Datuk Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapakah bilangan sekolah dan bilangan pelajar yang mengambil mata pelajaran "Bible Knowledge" di peringkat SPM pada tahun 2013 dan bagaimanakah prestasi pencapaiannya.
File PDF document Soalan 56
DATUK JOSEPH SALANG ANAK GANDUM [JULAU] Minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan pecahan kakitangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengikut etnik dan pangkat.
File PDF document soalan-55.pdf
Y.B. DR. CHE ROSLI BIN CHE MAT (HULU LANGAT) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan: - a. jumlah terkini penerima BRIM yang diberi perlindungan insurans Takaful dan kos yang terlibat; dan b. apakah jenis insurans Takaful yang diambil serta bagaimana cara membuat tuntutan sekiranya berlaku kematian.
File PDF document soalan-54.pdf
Tuan Masir Kujat [ Sri A111an ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah status permohonan Pemindahan SK Bakong ke tapak baru setelah didapati sekolah yang ada telah uzur dan sering mengalami banjir.
File PDF document soalan-52.pdf
YB Tuan Teo Kok Seong [ Rasah ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan secara terperinci mengenai langkah jangka masa panjang untuk memastikan nasib setiap pesakit Lisosomal (Lysosomal Diseases) terbela.
File PDF document soalan-51.pdf
Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :- : (a) berapakah jumlah sekolah yang telah mendapat kemudahan Frog Virtual Learning Environment VLE; dan (b) setakat mana keberkesanan sistem Frog VLE ini mampu memberikan kesan pembelajaran yang baik kepada pelajar.
File PDF document soalan-50.pdf
DR. MOHO HATTA BIN MD. RAMLI [KUALA KRAI] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan benarkah projek pengurusan subsidi petrol dibuat secara rundingan terus dengan syarikat Fuelsubs Sdn Bhd dan jika benar, mengapakah tiada tender terbuka dilaksanakan.
File PDF document soalan-49.pdf
YB. DR. KO CHUNG SEN (KAMPAR) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan perancangan untuk jalan susur keluar baru dari Lebuh Raya Utara Selatan ke Kampar, termasuk jadual masa dan kos pembinaannya.
File PDF document soalan-48.pdf
File PDF document soalan-47.pdf
YB. TUAN ER TECK HWA [BAKRI] Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan kandungan Sodium Klorida yang diambil dari loji-loji rawatan air di sepanjang Sungai Muar dengan pecahan lokasi sampel diambil, tarikh sampel dari 1hb sehingga 31hb Mac 2014. Nyatakan kaedah-kaedah dan alat-alat yang digunakan dan kadar kekerapan ujian air berkenaan yang dijalankan.
File PDF document soalan-46.pdf
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan selepas keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Teoh Beng Hock.
File PDF document soalan-44&45.pdf
Soalan 44. DR. AZMAN BIN ISMAIL [KUALA KEDAH] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah lawatan Iombongan meninjau industri Pertanian ke Taiwan dan China di bawah kementerian dan jumlah perbelanjaan lawatan-lawatan berkenaan. Bagaimanakah Kementerian mengukur kejayaan hasil lawatan tersebut. Soalan 45. Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengapa Pejabat lmigresen di Kampar telah ditutup selepas beroperasi selama tiga tahun dan adakah ini berkait dengan kekurangan peruntukan kewangan dan ketiadaan waran perjawatan bagi pegawai-pegawai yang diperlukan.
File PDF document soalan-43.pdf
Y.B. TUAN SIM TZE TZIN [ BAYAN BARU ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan pelan Kerajaan untuk membayar balik hutang (government guaranteed debt) lMDB yang mencecah RM38 bilion. Senaraikan semua nama pengurus dana (fund managers) yang menguruskan dana-dana lMDB di Cayman Island.