File PDF document soalan-23.pdf
Soalan 23. Tuan Anuar bin Abd. Manap [Sekijang] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan garis panduan serta peraturan yang dikeluarkan pihak Kerajaan dalam memastikan pengambilan pekerja asing oieh majikan dibuat selaras dengan (Strict Liability) bagi memastikan kemasukan mereka tidak mengancam keselamatan negara.
File PDF document soalan-22.pdf
Soalan 22. Datuk Seri Noh bin Haji Omar Tanjong Karang minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah permit teksi individu yang telah dikeluarkan di bawah program Teksi 1 Malaysia dan adakah permohonan baru masih diterima untuk diluluskan memandangkan terdapat aduan yang menyatakan kesukaran untuk memohon permit teksi individu.
File PDF document soalan-21.pdf
Soalan 21. Y.B. DR. TAN SENG GIAW KEPONG minta MENTERI KEWANGAN menyatakan Iangkah-langkah yang paling berkesan untuk mempertahankan nilai ringgit.
File PDF document soalan-20.pdf
Soalan 20. YB Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang Sibuti minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah perkembangan terkini Program Perumahan PR1MA di Sarawak, adakah Projek PR1MA akan dilaksanakan di Sarawak bermula 2016 dan adakah lokasi telah dikenalpasti di kawasan utara Sarawak seperti Bandar Raya Miri.
File PDF document soalan-18.pdf
Soalan 18. Y.B. SERI .TIONG KING SING minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan: berapa jumlah bajet tahunan diperuntukkan kepada pejabat Iuar negara unthIk agensi seperti MIDA sejak tahun 2010 hingga 2015 bagi tujuan?penggalakan perdagangan dan pelaburan terutamanya di Jepun, Korea Selatan dan Taiwan; dan apakah piawaian yang digunakan oleh MATRADE dan MIDA untuk menilai jumlah perdagangan atau pelaburan di setiap negara dalam menyediakan laporan tahunan.
File PDF document soalan-17.pdf
Soalan 17. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid Kuala Langat minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah langkah- langkah Kerajaan dalam menyelamatkan pekerja yang diberhentikan kerja dalam kegawatan ekonomi sekarang.
File PDF document soalan-16.pdf
Soalan 16. YB TAKIYUDIN BIN HASSAN (KOTA BHARU) Minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan sama ada Kerajaan bercadang membina sebuah Pangkalan TLDM di Kawasan Eastern Sabah Security Command untuk tujuan keselamtan negara.
File PDF document soalan-15.pdf
Soalan 15. Dato Fauzi Bin Abdul Rahman lndera Mahkota minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah- langkah yang telah dan akan diambil untuk mengawal pencemaran udara (seperti jerebu), pencemaran darat (seperti hampasan kilang Lynas, habuk-habuk ferro dan bauksit dari perlombongan) dan pencemaran sungai serta lautan (seperti hampasan Lynas dan habuk merah bauksit yang terdapat di daerah Kuantan dan persekitarannya.
File PDF document soalan-13&14.pdf
Soalan 13. Dato' Noraini binti Ahmad Parit Sulong] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah khusus Jawatankuasa Khas Ekonomi (JKE) yang ditubuhkan baru-baru ini dalam mengukuhkan kedudukan nilai ringgit dan mengembalikan keyakinan pelabur asing terhadap negara dalam suasana ketidaktentuan ekonomi global masa kini. Soalan 14. Y.B. TAN SRI DATO SRI WILLIAM MAWAN IKOM SARATOK minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah pihak Kementerian bercadang untuk menambahkan pembinaan unit rumah bagi Program Perumahan Rakyat di bandar?bandar utama di seluruh negara memandangkan keperluan memiliki rumah sendiri di kalangan rakyat jelata sangat penting ketika ini.
File PDF document soalan-12.pdf
Soalan 12. Tuan Lim Kit Siang [Gelang Patah] minta PERDANA MENTERl menyatakan samaada beliau mahu mengurangkan 50% bajet dan jumlah menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menjadi teladan berjimat-cermat dan berkesan dalam ekonomi gawat sekarang, memandangkan Kabinet pada tahun 1957 hanya mempunyai 10 ahli.
File PDF document soalan-11.pdf
Soalan 11. Datuk Haji Datu Nasrun bin Datu Mansur Silam minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 apakah usaha yang telah digerakkan oleh Kementerian dalam memberikan pendidikan seimbang di antara kawasan bandar dan luar bandar terutama dari aspek infrastruktur dan kemudahan teknologi.
File PDF document soalan-10.pdf
Soalan 10. Dr. Ong Kian Ming Serdang minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan dasar mengenai pengecualian bayaran balik pinjaman untuk kepujian kelas 1 yang diperolehi melalui rayuan bagi kes borderline dan untuk program 1 2 dan 2 1 di institusi pendidikan tinggi swasta OPTS)
File PDF document soalan-9.pdf
Soalan 9. Tuan Khoo Soo Seang Tebrau minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah butiran mengenai Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) dan sumbangan yang perlu disalurkan dibawah Sistem tersebut serta apakah kesan yang dikenalpasti kepada pihak perniagaan.
File PDF document soalan-8.pdf
Soalan 8 [pg 1 missing - no question]
File PDF document soalan-8.pdf
File PDF document soalan-57.pdf
Soalan 57. SOALAN Ir. Shaharuddin bin Ismail minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah nelayan yang terjejas akibat cuasa jerebu yang melanda negara mengakibatkan para nelayan tidak boleh turun ke laut dan apakan tindakan Kementerian bagi membantu golongan berkenaan
File PDF document soalan-47.pdf
Soalan 47. Tan Sri Datuk Seri Panglima AnnUar bin Musa Ketereh minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan kesediaan Kementerian bagi menjayakan sistem Pendidikan serta Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi melahirkan golongan berkemahiran dan seterusnya bagi mencapai sasaran 60 peratus tenaga kerja daripada golongan berkemahiran bagi mencapai status negara maju kelak.
File PDF document soalan-30.pdf
Soalan 30. YB DR. CHE ROSLI BIN CHE MAT HULU minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan: adakah masih ada insentif sama ada bentuk cukai atau gran pembangunan dalam pengeluaran kereta hibrid atau elektrik; dan pengeluar kereta selain dari Proton yang bersama-sama mengeluarkan kereta hibrid dan elektrik dalam menjayakan hasrat Malaysia sebagai Hub Teknologi Hijau.
File PDF document soalan-29.pdf
SOALAN 29: Dr. Noor Azmi bin Ghazali minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah langkah Kerajaan yang Iebih serius seterusnya untuk menghentikan pencerobohan dan penganiayaan terhadap nelayan pantai dan menjejaskan pendapatan mereka khususnya di pesisir pantai Kuala Gula hingga ke sempadan Pulau Pinang, berikutan penggunaan pukat kenka oleh nelayan-nelayan yang sepatutnya beroperasi di Iuar 5 batu nautika dari pantai dan dari 6 pagi hingga ke 6 petang.
File PDF document soalan-0-intro.pdf