Skip to content. | Skip to navigation

Personal tools

Navigation

Soalan 57

YB Tan Sri Dato' Sri Dr. Jamaluddin bin Mohd Jarjis [ Rompin ] minta PERDANA MENTERI menyatakan: (a) apakah usaha-usaha Kerajaan yang sedang dibuat untuk membuat kajian secara menyeluruh tentang impak dan kesan daripada ancaman banjir yang berlaku baru-baru ini baik dari segi kajian suhu, iklim dan perubahan cuaca secara menyeluruh dengan mengambil kira masalah pemotongan lereng-lereng bukit, pembalakan yang berleluasa serta kadar mandapan sungai-sungai; dan (b) apakah usaha-usaha Kerajaan bagi memastikan satu penempatan banjir yang kekal bagi sesuatu kawasan yang sering dilanda banjir seperti di Rompin di Kampung Stajam yang telah dikenal pasti dibina secepat mungkin walaupun banjir besar baru-baru ini tidak menjejaskan kawasan Rompin, persediaan bagi masa-masa akan datang perlu dibuat segera.

Download soalan-57.pdf — 389 KB

Filed under: ,