-
soalan-33.pdf
-
Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan sama ada terdapat rancangan serta rasionalnya untuk
membina sebuah lapangan terbang yang baru di negeri Kedah. Jikalau
ia sebuah lapangan terbang yang bertaraf antarabangsa dengan adanya
perkhidmatan kargo disediakan, apakah impak yang akan dibawa
terhadap Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.
-
soalan-32.pdf
-
Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan bilangan kolej perubatan di negara ini. Berapa bilangan
graduan setiap tahun dan keberkesanan pemantauan.
-
soalan-31.pdf
-
TUAN TAN KOK WAI [ CHERAS] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
menyatakan berapa banyak tapak-tapak tanah dan
jumlah keluasan keseluruhannya di Kuala Lumpur yang masih dimiliki oleh
DBKL dan nyatakan setiap tapak tanah yang dijual kepada pembeli swasta
setiap tahun dari tahun 2011 dengan menyebut perincian setiap lokasi,
keluasan, harga jualan, nama pembeli-pembeli dan tujuan pembelian dan
sama ada tanah dijual secara tender terbuka, jika tidak, mengapa.
-
soalan-30.pdf
-
Tuan Ramkarpal Singh a/1 Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta
PERDANA MENTERI menyatakan jumlah laporan polis yang kini
disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 dan jumlah pendakwaan di
bawah Akta tersebut yang terkini.
-
soalan-29.pdf
-
YB Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan kenapa laporan lengkap siasatan Suruhanjaya
Siasatan Diraja (RCI) bagi pendatang tanpa izin di Sabah tidak dibentang
di Parlimen (hingga ke hari ini) selepas tamat tempoh siasatannya pada
21 Mei 2014 dan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
-
soalan-28.pdf
-
Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan status penubuhan Pasukan Peronda
Sukarela (PPS) yang ditubuhkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta
nyatakan matlamat dan objektif penubuhan Jawatankuasa Kemajuan
dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Skim Rondaan Sukarela
Rukun Tetangga.
-
soalan-26&27.pdf
-
Soalan 26. YB Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [Tasek Gelugor] minta
PERDANA MENTERI menyatakan status pembinaan dan operasi
Penang Sentral di Butterworth bagi menggantikan Terminal Bas
Butterworth.
Soalan 27. Datuk Haji Datu Nasrun bin Datu Mansur [ Silam ] minta MENTERI
PENGANGKUTAN menyatakan selepas tragedi pesawat MAS MH 17,
apakah gerak kerja yang telah diambil oleh Malaysia dalam menuntut
keadilan terhadap mangsa penerbangan MH 17, apakah pula pelan
perancangan untuk mengukuhkan semula imej Syarikat Penerbangan
Malaysia Airlines.
-
soalan-25.pdf
-
YB Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan
meningkatkan caj atau sama ada bayaran Kerajaan rawatan bercadang hospital Kerajaan
untuk bagi warganegara Malaysia pada masa depan dan bagaimana dengan sistem
"1 Care" yang dicadangkan pada tahun 2012 serta adakah Kerajaan
akan melaksanakan sistem tersebut.
-
soalan-24.pdf
-
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-
(a) tindakan yang telah diambil oleh pihak Kerajaan ke atas
sebilangan pemimpin negara dan NGO yang telah membangkitkan
isu-isu sensitif berkaitan agama dan bangsa yang telah menimbulkan
kemarahan rakyat negeri Sabah dan Sarawak; dan
(b) usaha yang telah diambil oleh Kerajaan untuk mengekang kegiatan ini agar tidak terus berleluasa.
-
soalan-23.pdf
-
Tuan Haji Ahmad Nazlan bin ldris [Jerantut] minta PERDANA
MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah yang boleh diambil
terhadap mereka yang jelas mempersenda dan merendahkan
martabat institusi istana di negara ini.