File PDF document soalan-44,45&46.pdf
Soalan 45. Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah Kerajaan akan melaksanakan caj permit kemasukan kenderaan asing (VEP) di pintu masuk sempadan Johor-Singapura dan kadar caj VEP yang akan diguna pakai serta berapakah nisbah keuntungan VEP yang bakal dikongsi oleh Persekutuan dan Negeri Soalan 46. Tan Sri Dato Sri Dr. Jamaluddin bin Mohd Jarjis [ Rompin ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan kedudukan kemajuan terkini bagi cadangan pembangunan Lapangan Terbang Pulau Tioman tertangguh begitu lama:- a) adakah pembangunan Lapangan Terbang Pulau Tioman telah dimasukkan ke dalam Mid Term Review (Kajian Separuh Penggal) RMK 10 atau sebaliknya; dan b) sekurang-kurangnya projek ini diberikan peruntukkan asas di dalam RMK 11.
File PDF document soalan-43.pdf
Tuan Zairil Khir Johari [ Bukit Bendera ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan perincian program "English Language Proficiency Teaching" yang dijalankan oleh SMRT Holdings Bhd, Prestariang Bhd dan E-Graduate.net Sdn Bhd, termasuk kos yang terlibat dan bagaimana ia memanfaatkan guru yang dilatih.
File PDF document soalan-42.pdf
YB Dr. Dr. Michael Teo Yu Keng [ Miri ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan a) jumlah anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengikut jabatan, dan kaum warga PDRM; dan b) usaha PDRM dalam merekrut atau mengambil lebih ramai goIongan muda untuk menyertai PDRM, dan juga bagi mengimbangi penyertaan pelbagai kaum, khususnya kaum Cina.
File PDF document soalan-41.pdf
Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik kes-kes jenayah yang melibatkan belia di negara kita dan apakah langkah dalam membendungnya.
File PDF document soalan-40.pdf
Y.B. TUAN SIM TONG HIM [ KOTA MELAKA ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berikutan terdapat berapa buah syarikat berkaitan dengan kerajaan ( GLC ) di bawah Kementerian ini :- a. apakah kedudukan kewangan sepuluh syarikat (GLC) yang tertinggi; dan b. senaraikan program-program dan projek-projek CSR (Corporate Social Responsibilities) oleh syarikat-syarikat (GLC) ini dan di antara syarikat-syarikat ini, berapa buah mencapai keuntungan pada tahun 2013.
File PDF document soalan-38.pdf
Y.B. TUAN WILLIAM LEONG JEE KEEN [ SELAYANG ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan secara terperinci mengenai sumber RM6 bilion yang dijangka diperlukan bagi Pelan Pemulihan MAS dan penubuhan sebuah syarikat baharu (NewCo) seperti yang diumumkan oleh Khazanah Nasional Bhd pada Ogos lalu, memandangkan Khazanah Nasional merupakan entiti milik penuh Kerajaan dan semua ekuitinya dimiliki oleh Kementerian Kewangan.
File PDF document soalan-39.pdf
Y.B. TUAN JULIAN TAN KOK PING [ STAMPIN ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kenapakah tiada tindakan segera oleh Bank Negara terhadap syarikat yang telah disenarai hitam di mana syarikat-syarikat tersebut telah pun menerima jutaan duit pelaburan daripada rakyat yang telah menjadi mangsa terutamanya warga emas.
File PDF document soalan-36.pdf
TAN SRI DATO SERI ABO KHALID BIN IBRAHIM [ BANDAR TUN RAZAK ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pelan tindakan yang dirangka oleh Kerajaan untuk merapatkan jurang kayamiskin atau ketaksamaan ekonomi antara yang paling teruk di Asia Pasifik, dalam bentuk pekali Gini atau jurang bahagian pendapatan "income earners" antara 20°/o teratas dan terbawah, meskipun Malaysia menjadi negara maju, berpendapatan tinggi dari segi GNI perkapita menjelang 2020.
File PDF document soalan-37.pdf
Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta PERDANA MENTERI menyatakan butiran terperinci untuk segala perbelanjaan yang ditanggung oleh Kerajaan sepanjang percutian YAB Perdana Menteri di Eropah dari 31 Julai hingga 15 Ogos 2014.
File PDF document soalan-35.pdf
YB Tuan Mohamed Hanipa Bin Maidin [Sepang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :- (a)Secara terperinci berapakah jumlah lawatan rasmi atau tidak rasmi isteri Perdana Menteri ke luar negara secara berseorangan (tanpa Perdana Menteri) dan negara-negara yang dilawati serta tujuan-tujuan lawatan itu mengikut tahun sejak Perdana Menteri ditabalkan sebagai Perdana Menteri sehingga September 2014; dan (b)Berapakah jumlah kos yang dibelanjakan mengikut lawatan dan minta diperincikan setiap satu lawatan tersebut.