-
soalan-51.pdf
-
Dr. Mohd Hatta Bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan sama ada pihak Kerajaan benar-benar
berhasrat untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan jika benar,
jelaskan tarikh sebenar ianya dicadang untuk dimansuhkan.
-
soalan-50.pdf
-
YB Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [ Padang Besar ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk
meluluskan kembali peruntukan pembinaan Hospital Besar Padang Besar
yang ditangguhkan dahulu setelah kelulusan tanah dibuat.
-
soalan-49.pdf
-
YB Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan berapakah jumlah bilangan individu yang berjaya mendapat
anugerah gelaran "Data', Datuk, Data' Paduka, Data' Seri, Tan Sri
dan Tun mengikut nama negeri-negeri, Sabah, Sarawak dan
Wilayah Persekutuan sehingga kini.
-
soalan-48.pdf
-
Puan Nurul lzzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan :(a) meluluskan peruntukan undang-undang berserta kewangan untuk
diwujudkan sistem Kabinet Bayangan; dan
(b) mewujudkan sesi soal jawab Parlimen mingguan oleh Perdana
Menteri.
-
soalan-47.pdf
-
YB TUAN SIM TZE TZIN minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan secara teliti (pecahan dalam peratusan) penggunaan dana penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebanyak RM1.7 bilion yang diminta oleh s arikat PROTON dan sama ada Kerajaan akan meluluskan dana tersebut.
-
soalan-46.pdf
-
Datuk Rozman bin lsli [ labuan ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan apakah keberkesanan program yang
dipertanggungjawab kepada agensi Pembangunan Sumber Manusia
Berhad (PSMB) dalam usaha memperkukuhkan dan menaik taraf
Pelan Pembangunan Modal lnsan Nasional yang boleh diguna pakai
untuk menganjakkan daya saing sumber manusia di Malaysia,
setaraf dengan penyediaan latihan pengurusan dan pembangunan
sumber manusia negara maju seperti Society of Human Resources
Management (SHRM) di Amerika Syarikat dan Chartered Institute of
Personal Development (CIPD) di United Kingdom.
-
soalan-45.pdf
-
Tuan Sim Tong Him [ Kota l\llelaka ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan :
(a) nama-nama sepuluh sekolah yang tertua di negara kita dan adakah
kesemua ·sepuluh sekolah tersebut telah diwartakan sebagai kekal
kedudukannya; dan
(b) apakah keputusan tentang cadangan perpindahan SM Tinggi
Melaka, Bandar Hilir Melak~ ( MEB 2090 ) ke tapak baru dan bilakah
permohorian perpindahan ~ekolah ini dikemukakan dan oleh pihak
mana.
-
soalan-42.pdf
-
Soalan 42. Y.B. TUAN MOHO RAFIZI BIN RAMLI [ PANDAN ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan pengesahan sama ada Cukai Barang dan
Perkhidmatan (GST) akan dikenakan ke atas penjualan petrol dan diesel
kepada orang ramai.
Soalan 43. Y.B. RAJA DATO' KAMARUL BAHRIN SHAH BIN RAJA AHMAD [ KUALA TERENGGANU ]
minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN menyatakan memandangkan
fasa pertama pembinaan Pasar Baru Cabang Tiga, Kuala Terengganu
jelas melanggar garis panduan Kementerian mengikut jawapan
Kementerian Kesihatan Parlimen pada sesi awal 2014, adakah fasa kedua
pembinaan tersebut yang melibatkan pembinaan jenis bangunan yang
sama akan dihentikan melalui 'stop work order' dari Kementerian.
Soalan 44. YB Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan apakah sebabnya projek pembinaan Hospital
Umum Sri Aman terbengkalai walaupun ia telah dijanji oleh Perdana
Menteri dalam tahun 2011 bahawa ia akan disiapkan pada hujung tahun
2013.
-
soalan-41.pdf
-
Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan sejauh mana Majlis Bencana Alam yang
dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri untuk menghadapi masalah banjir dan El Nino. Adakah Kerajaan bercadang untuk mengimport beras untuk bekalan "buffer stock" beras negara.
-
soalan-40.pdf
-
Y.B. PUAN TERESA KOK SUH SIM [ SEPUTEH ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan secara terperinci tentang rancangan
penstrukturan semula Syarikat Penerbangan MAS. Apakah penstrukturan
semula ini akan menjejaskan penerbangan di kawasan luar bandar yang
kini dikendalikan oleh MAS Wing yang kurang menguntungkan.