File PDF document soalan-20.pdf
Dato' Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan tentang pengeluaran buah-buahan tempatan yang berlebihan pada tahun ini sehingga petani menghadapi masalah tidak dapat memasarkannya. Apakah tindakan Kerajaan untuk mengatasi lambakan buah-buahan ini yang berlaku pada setiap tahun dan adakah tindakan yang diambil dapat menyelesaikan masalah ini.
File PDF document soalan-19.pdf
Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah pengambilan pelajar kedoktoran di lnstitut Pengajian Tinggi Awam dan lnstitut Pengajian Tinggi Swasta bagi tahun 2012 sehingga 2014 dan apakah langkah serta tindakan yang diambil oleh pihak Kementerian bagi mengawal pengambilan pelajar kedoktoran di IPTS berikutan isu lambakan graduan kedoktoran di Malaysia.
File PDF document soalan-18.pdf
Tuan Wong Sze Ph in @Jimmy [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan peruntukan yang telah diberi oleh Kerajaan Persekutuan bagi tujuan mengatasi masalah banjir dan rancangan naik tarat sistem pengairan dan saliran di setiap kawasan atau daerah di setiap negeri bagi tahun 2003- 2013.
File PDF document soalan-17.pdf
Dato' lr. Haji Nawawi bin Ahmad [ Langkawi ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pada setiap tahun, Kerajaan menawarkan kepada JKKK Kampung dan juga AJK Masjid bagi setiap Parlimen bagi menunaikan Fardhu Haji. Kebiasaannya tawaran diberi kepada individu yang dipilih tersebut, sedangkan pasangannya tidak dapat ikut serta. Apakah Kerajaan bercadang untuk membenarkan pasangan kepada individu terpilih itu untuk turut serta, dan kos menunaikan haji pasangannya hendaklah ditanggung oleh individu terpilih tersebut.
File PDF document soalan-16.pdf
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan berapa ramai pihak majikan Syarikat JCY HDD Technology Sdn Bhd di Kulai jaya Johor telah didakwa berkaitan penderaan pekerja asing di kilang tersebut yang telah mencetus rusuhan pada hujung bulan Ogos 2014. Jika tiada sesiapa dari pihak majikan yang didakwa, kenapa.
File PDF document soalan-15.pdf
Datuk Jumat bin ldris [ Sepanggar ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :- (a) apakah pelan perancangan pihak Kementerian untuk menampung bilangan pelajar daripada negeri Sabah yang ingin melanjutkan pelajaran ke lnstitut Pengajian Tinggi Awam , yang mana bilangannya semakin bertambah tahun demi tahun; dan (b) adakah pihak Kementerian merancang untuk menambah bilangan lnstitut Pengajian Tinggi awam di negeri ini.
File PDF document soalan-14.pdf
Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah kriteria kelayakan memasuki Program Matrikulasi kerana setiap tahun terdapat aduan pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang lebih cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia tidak diterima masuk berbanding dengan mereka yang diterima masuk. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan untuk memastikan kemasukan ke Program Matrikulasi dapat dilaksanakan secara lebih adil.
File PDF document soalan-13.pdf
YB IR. Shaharuddin Bin Ismail [ Kangar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sejauh manakah perancangan Kementerian untuk menaik taraf klinik-klinik kesihatan di negeri Perlis yang telah di bina lebih dari 20 tahun yang lalu yang didapati tidak dapat menampung pertambahan penduduk seperti di pekan Kuala Perlis.
File PDF document soalan-11.pdf
Dato' Wira Mohd Johari bin Baharom [ Kubang Pasu ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan mengenai pertikaian di sesebuah organisasi yang diambil tindakan oleh pihak Jabatan Perhubungan Perusahaan, Mahkamah Buruh, dan JTK sejak tahun 2010 sehingga kini. Apakah syarikat yang diambil tindakan dan di bawah akta manakah diambil tindakan dan apakah pihak kementerian bersedia untuk menyeragamkan Akta Pekerjaan 1955 antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
File PDF document soalan-12.pdf
Tuan Mohd Rafizi bin Ramli [ Pandan ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah kutipan yuran/bayaran perkhidmatan yang dikenakan ke atas peminjam PTPTN setiap tahun bagi tahun 2010, 2011, 2012 dan 2013 serta bagaimana yuran/bayaran perkhidmatan ini digunakan untuk menampung kos operasi PTPTN.