-
soalan-42.pdf
-
Dr. Ong Kian Ming [ Serdang ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan status siasatan Laporan Polis PUDU/004003/14 dan mengapa Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang mengugut untuk membakar lbu Pejabat DAP, Razlan Rafii, belum
lagi disabit walaupun bukti terhadapnya telah dikemukakan.
-
soalan-41.pdf
-
Y.B. DR. HAJAH SITI MARIAH BINTI MAHMUD [ KOTA RAJA] minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan apakah langkah yang sedang diambil Kerajaan untuk mensifarkan rasuah dan pecah amanah di jabatan Kastam.
-
Soalan 40
-
Puan Kasthuriraani AlP Patto [Batu Kawan] minta PERDANA
MENTERI menyatakan mengapa Akta Hasutan masih belum dipinda,
apakah usaha untuk memansuhkan akta tersebut dan apakah prinsip
dan dasar yang akan digunapakai dalam Akta Keharmonian Nasional
yang bakal menggantikan Akta Hasutan.
-
soalan-39.pdf
-
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput] minta MENTERI LUAR NEGERI
menyatakan langkah-langkah yang telah Malaysia diambil oleh untuk Kerajaan menunjukkan ketidakpuasan kita terhadap sokongan yang diberi oleh Amerika Syarikat kepada Israel yang menjadikan Israel berani/angkuh sehingga menyerang dan membunuh rakyat Gaza.
-
Soalan 38
-
Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan jumlah kes rogol dan gangguan seksual sejak tahun
2005, orang yang didakwa, dan jumlah orang yang dihukum untuk
kesalahan tersebut.
-
soalan-37.pdf
-
Tuan M. Kulasegaran [ lpoh~ Barat ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan berikutan:~
(a) RM580 juta telah diperu~tukkan bagi program prasekolah dan penambahan jumlah bilangan prasekolah. Namun, data menunjukkan 65 peratus~~ SJKT tiada prasekolah. Berapakah prasekolah telah dibina di SK, SJKTC, SJKT setakat ini; dan
(b) apakah rancangan jangka, panjang Kementerian untuk mencapai 100% enrolmen prasekolah~di semua sekolah.
-
soalan-35.pdf
-
YB DATO' MANSOR BIN OTHMAN [ Nibong Tebal] minta PERDANA MENTERI
menyatakan bilangan agensi atau institusi yang pada asalnya diwujudkan di bawah mana-mana Kementerian tetapi dikorporatkan di bawah dasar penswastaan semenjak tahun 2008.
-
soalan-34.pdf
-
Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan apakah kriteria kelayakan untuk memasuki ke UniversitiUniversiti Awam kerana seti~p tahun terdapat aduan. pelajar-pelajar yang mendapat keputusan 'yang lebih cemerlang dalam SPM, Matrikulasi dan STPM tidak qiterima masuk mengikuti kursus-kursus pilihan mereka berbanding mereka yang diterima masuk untuk kursuskursus berkenaan.
-
soalan-33.pdf
-
Y.B. TUAN JEFF 001 CHUAN AUN [ JELUTONG ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan
berapakah jumlah pinjaman dan hutang lMDB buat masa terkini. Berapa jumlah himpunan dana lMDB yang kini disimpan di pasaran off-shore seperti Cayman Islands.
-
soalan-32.pdf
-
Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) adakah Kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa Parlimen untuk membolehkan kajian semula mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (yang sepatutnya dibuat setiap 10 tahun bermula pada 1973) dengan 18 & 20 Perkara pada tahun ini; dan
(b) dan jika ya, adakah keputusan jawatankuasa ini akan diguna-pakai untuk mengemas kini dan membentuk Perlembagaan Malaysia yang baru.