-
soalan-25.pdf
-
Dr. Mansor bin Abd Rahman [ Sik ] minta MENTERI PERUSAHAAN
PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan secara terperinci
menerangkan kenapa sehingga sekarang tid.ak dapat menetapkan
harga lantai bagi getah sedangkan masih ada cara dan mekanisme
untuk berbuat demikian. Rakyat menerima bantuan 'one-off dengan
gembira tetapi apa yang rakyat mahu ialah penetapan harga getah
yang munasabah. Pemberian bantuan RM500 hanya akan bertahan
sebulan bagi sesebuah keluarga yang berpendapatan rendah di luar
bandar.
-
soalan-24.pdf
-
soalan-23.pdf
-
soalan-22.pdf
-
Tuan Tony Pua Kiam Wee [ Petaling Jaya Utara] minta PERDANA
MENTERImenyatakan sebab keuntungan Felda Global Ventures
Holdings Bhd. telah menurun dan harga sahamnya telah terjunam dari
RM5.39 pada 28 Jun 2012 ke RM3.67 pada 11 September 2014, atau
sebanyak 31.9o/o walaupun indeks KLCI telah meningkat dari 1 ,599 ke
1,855 pad a masa yang sama.
-
soalan-21.pdf
-
Tuan Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [Sabak Bernam]
minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan
langkah Kerajaan dari segi politik dan
bantuan kemanusiaan bagi membela
dan membantu rakyat Palestin dari
kekejaman
-
Soalan-19&20.pdf
-
Soalan 19. DATO' AHMAD FAUZI BIN ZAHARI [ SETIAWANGSA ] minta
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN
KEPENGGUNAAN menyatakan apakah langkah dan inisiatif
Kementerian bagi mencapai target 500 senarai harta intelektual pada
akhir tahun ini bagi menggalakkan lagi platform komersial yang
disediakan IPR Marketplace.
Soalan 20. Tuan Teo Kok Seong [ Rasah ]minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan secara terperinci tindakan dan hasil siasatan Polis Diraja
terhadap kes kematian Teoh Beng Hock selepas Mahkamah Rayuan Malaysia
memutuskan mengetepikan keputusan koroner
dalam inkues kematian Teoh Beng Hock.
-
soalan-18.pdf
-
Tuan Tan Kok Wai [Cheras] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
menyatakan berhubung penjualan tanah Kerajaan milik
_DBKL yang membabitkan tapak di mana Bangunan Jabatan Kejuruteraan
dan Mekanikal DBKL, Bangunan Jabatan Kesihatan DBKL dan Bangunan
Kesatuan Pekerja-Pekerja DBKL dan tanah-tanah lapang di sekitar tiga
bangunan tersebut, berapakah keluasaan setiap tanah, siapakah pembeli
dan tarikh pembelian, harga setiap kaki persegi, jenis pembangunan baru
yang dicadangkan diatas tanah-tanah tersebut, bilakah dan di manakah
jabatan-jabatan terlibat akan ditempatkan semula bangunan jabatan-jabatan tersebut
-
soalan-17.pdf
-
Datuk Juslie bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
a) bilangan projek pembinaan sekolah rendah dan menengah yang
sudah siap, sedang dilaksanakan dan akan dilaksanakan di negeri
Sabah;dan
b) bila kelulusan pelaksanaan projek SMK Gum Gum II
memandangkan permohonan telah dibuat sejak Rancangan
Malaysia ke-8 lagi.
-
soalan-16.pdf
-
Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan terdapat berapakah buah sekolah-sekolah yang beraliran
Bahasa Cina mempunyai kekurangan murid yang serius di daerah
Meradong dan Sarikei. Apakah tindakan Kerajaan Pusat akan diambil
untuk menyelesaikan masalah sekolah yang kekurangan murid.
-
soalan-15.pdf
-
Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan status pelaksanaan program pengajian
kursus agama Islam kepada masyarakat setempat yang dicadangkan.
pelaksanaan melalui Kolej Komuniti seluruh negara.