-
soalan-37.pdf
-
YB. Tan Sri Dato' Sri William Mawan lkom [SARATOK]
Minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN
WILAYAH menyatakan apakah pelan atau perancangan
kontigensi Kementerian menjamin penduduk luar bandar
mendapat bekalan air bersih berterusan yang diperlukan
penduduk khususnya pada musim kemarau yang panjang
memandangkan Parlimen Saratok antara kawasan
terdedah kepada masalah ketiadaan bekalan air bersih
yang berlarutan.
-
soalan-36.pdf
-
Y.B. TUAN MOHAMED AZMIN BIN All [ GOMBAK ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan apakah Kerajaan telah mengadakan penilaian
kompetensi terhadap daya saing Malaysia Airlines System (MAS) dalam
pasaran penerbangan tambang murah sebelum melaksanakan Pelan
Pemulihan Baru MAS.
-
Soalan 35
-
Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan langkah dan bantuan yang telah dan akan dijalankan ke atas isu kanak-kanak tanpa kewarganegaraan di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak berdasarkan perincian Kementerian Dalam Negeri bahawa jumlah kanak-kanak tersebut mencecah 14 ribu dari tahun 2013 sehingga April 2014.
-
soalan-34.pdf
-
Y.B. DR. KO CHUNG SEN [ KAMPAR ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :
a. berapakah kos untuk membeli kereta Proton Perdana edisi khas baru
untuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri; dan
b. berapakah kos penyelenggaraan kesemua kereta Proton Perdana milik
Kerajaan setiap tahun.
-
soalan-33.pdf
-
Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan [ Parit ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan adakah perlu Akta Hasutan 1948 dihapuskan
dan digantikan dengan Akta Harmoni.
-
soalan-32.pdf
-
TUAN CHARLES ANTHONY SANTIAGO [ KLANG ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan dasar Kerajaan untuk kurangkan kadar
ketidaksamaan pendapatan (income inequality) yang sedang meningkat.
Adakah fenomena "inequality" akan menjadi lebih buruk dengan
pelaksanaan GST.
-
soalan-30&31.pdf
-
Soalan 30. YB Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan bilangan pesakit dari negeri-negeri lain yang dirujuk ke
Hospital Kuala Lumpur dan hospital Kerajaan lain di Lembah Kelang dari
tahun 2012 hingga September 2014 kerana kekurangan pakar perubatan
di negeri-negeri berkenaan. Pakar perubatan jenis apakah yang sangat
berkurangan di hospital negeri tersebut dan apakah yang dilakukan
untuk mengatasi kekurangan tersebut.
Soalan 31. Tuan Teo Kok Seong [ Rasah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan
kos pengambilalihan sistem penguatkuasaan elektronik AES serta jumlah
kutipan saman yang telah diterima sejak sistem AES dilaksanakan sehingga
sekarang.
-
soalan-29.pdf
-
YB. TUAN V. SIVAKUMAR minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
menyatakan secara terperinci
mengenai Dana Usahawan Muda di bawah SME Bank yang dilancarkan
pada bulan Februari 2013. Setakat ini berapakah jumlah yang
dipinjamkan kepada usahawan belia berdasarkan kaum dari tarikh dana
itu dilancarkan sehingga kini.
-
soalan-28.pdf
-
YB. TUAN WONG CHEN [KELANA JAYA] minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan bilangan penasihat
layak (cleared advisors) yang telah dilantik sehingga kini untuk
membantu dan memudahkan perundingan Perkongsian Trans Pasifik
(TPPA) dan adakah terdapat GLCs atau GLICs yang telah menghantar
penasihat untuk membantu.
-
soalan-26.pdf
-
Soalan 26. Dato lr. Haji Nawawi bin Ahmad [ Langkawi ] minta
MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah Kerajaan bercadang untuk
mewujudkan sistem 'Visa on arrival" agar memudahkan pelancong
asing berkunjung ke negara kita terutamanya pelancong yang
bercadang melancong ke Pulau Langkawi.