File PDF document soalan-24.pdf
Tuan Teo Kok Seong [ Rasah ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan secara terperinci usaha Kerajaan dalam membantu pekebun getah dan kelapa sawit yang menghadapi kemerosotan harga hasil tanaman yang menjejaskan pendapatan dan kehidupan pekebun.
File PDF document soalan-21.pdf
VB. DATO' AR. WAN MOHAMMAD KHAIR-IL ANUAR BIN WAN AHMAD [ KUALA KANGSAR] Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah langkah-langkah dan perancangan TNB untuk memastikan bekalan tenaga negara yang mencukupi dan TNB mendapat keuntungan yang baik. Adakah tarif dapat dikekalkan atau dapat dikurangkan untuk kesejahteraan rakyat dan juga kemudahan kepada usahawan-usahawan dan industri yang bergantung kepada bekalan elektrik.
File PDF document soalan-22.pdf
Dato Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena] minta PERDANA MENTERI menyatakan: (a) statistik terkini penjawat awam Persekutuan serta pengambilan penjawat awam secara lantikan tetap dari tahun 2010 hingga 2014 dan adakah Kerajaan bercadang mewujudkan proses pengambilan dalam pengisian oleh penjawat awam sedia ada yang berpengalaman dan berkelayakan untuk mengisi jawatan lebih tinggi yang dibuka pada orang awam; dan (b) jumlah penjawat awam mengikut gred yang akan bersara wajib pada usia 60 tahun berkuat kuasa tahun 2014 dan jumlah mereka yang disambung kontrak perkhidmatannya.
File PDF document soalan-19&20.pdf
Soalan 19. Dato' Wira Othman bin Abdul (Pendang) minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapa luas tanah terbiar yang telah dimajukan di negeri Kedah mengikut daerah sepanjang lima (5) tahun yang lalu. Apakah agensi-agensi yang terlibat. Soalan 20. Y.B. TUAN OSCAR LING CHAI YEW [ SIBU ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN menyatakan jumlah peruntukan untuk projek Kejiranan lndah sejak 2012. Senaraikan projek dan kosnya. Apakah cara untuk memohon bantuan ini.
File PDF document soalan-15.pdf
Y.B. DATUK DR. MAKIN @ MARCUS MOJIGOH [ PUTATAN ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :- a) punca utama kegagalan serta jumlah kerugian ikon negara, MAS (Malaysia Airlines Systems) dalam industri penerbangan setakat ini; dan b) langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi masalah ini demi untuk kepentingan negara dan langkah-langkah yang diambil bagi mendapatkan semula setiap sen dana Kerajaan yang disuntik kepada pemulihan MAS.
File PDF document soalan-18.pdf
Y.B. PUAN TERESA KOK SUH SIM [ SEPUTEH ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan hutang negara pada tahun 2010, 2011, 2012, 2013 dan 2014. Nyatakan hutang negara berbanding dengan KDNK Malaysia setakat September 2014 dan cara Kerajaan menjelaskan hutang Kerajaan.
File PDF document soalan-17.pdf
YB. DATUK WEE JECK SENG (TANJONG PIAl) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah jalan pintas Johor Bahru-Pekan Nanas yang telah dicadangkan sejak RMKe-8 akan dilaksanakan.
File PDF document soalan-16.pdf
Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilangan guru bukan berbangsa cina yang dihantar ke China untuk mempelajari Bahasa Mandarin, perbelanjaan dan perancangan untuk guru-guru tersebut.
File PDF document soalan-14.pdf
Tuan M. Kulasegaran [ lpoh Barat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :- (a) sebab-sebab Kerajaan enggan memberi kewarganegaraan kepada kanak-kanak tanpa kerakyatan yang dilahirkan di Malaysia; dan (b) apakah kriteria yang digunakan dan ditetapkan oleh Kerajaan untuk memberikan kewarganegaraan kepada pemohon warga asing.
File PDF document Soalan 12
Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :- (a)tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan jika seorang anak yang lahir di Malayia tapi tidak mempunyai kewarganegaraan, kerana bapanya merupakan warganegara tetapi emaknya bukan warganegara, mereka tidak mempunyai sijil perkahwinan, maka permohonan telah pun dibuat dan ia telah lama menunggu jawapan, ini telah memberi banyak kesulitan kepada anak itu; dan