-
soalan-47.pdf
-
soalan-46.pdf
-
Tuan Ramkarpal Singh a/1 Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta
MENTERI PENDIDIKAN menyatakan langkah-langkah yang akan
diambil untuk mengelakkan berlakunya lagi kebocoran kertas-kertas
peperiksaan yang semakin menggugat keyakinan sistem pendidikan
negara.
-
soalan-43.pdf
-
Soalan 43. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan Jangkah-langkah keselamatan yang diambil
dan dilaksanakan berikutan kejadian kemalangan yang
menyebabkan kematian, kecuaian dan kesesakan lalu lintas di tapak-
tapak kerja serta bilangan pekerja/penyelia yang jatuh sakit akibat
terdedah kepada habuk letupan bawah tanah dan adakah mereka
yang terlibat dengan kemalangan tersebut diberi bantuan.
-
soalan-44.pdf
-
Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan kebijaksanaan menyekat hak agama-agama
bukan Islam menggunakan perkataan-perkataan tertentu dalam
kuil/gereja mereka sendiri. Adakah perlu Enakmen-enakmen Sekatan
Pengembangan Agama bukan Islam di peringkat Negeri diubahsuai
supaya pengendalian perkara ini diselaraskan dengan Perlembagaan
Persekutuan.
-
soalan-42.pdf
-
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] minta MENTERI
WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah rancangan kementerian
untuk menyelesaikan masalah pampasan dan sewa perumahan PPR bagi
penduduk Kg. Railway. Bilakah penduduk ini akan mendapat surat
tawaran untuk membeli perumahan kos rendah yang akan dibina oleh
Sentul Raya Sdn. Bhd. pada harga RM42,000.00.
-
soalan-41.pdf
-
YB. TUAN WONG CHEN minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan:
a) adakah Kerajaan telah mendapatkan nasihat daripada firma undangundang perdagangan antarabangsa bereputasi, seperti White & Case,
dalam perundingan Perkongsian Trans Pasifik (TPPA); dan
b) berapakah jumlah peguam daripada Kementerian atau Kementerian lain
yang terlibat sepenuh masa dalam perundingan TPPA.
-
soalan-40.pdf
-
VB. DR. CHE ROSLI BIN CHE MAT [ HULU LANGAT ]
Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan
peranan yang dimainkan oleh "Malaysian Green Technology Corporation
(MGTC)" dalam mempromosikan Teknologi Hijau di negara ini. Sejauh
manakah pencapaian MGTC berbanding objektif awal yang disasarkan.
-
soalan-39.pdf
-
YB Tuan Julian Tan Kok Ping [ Stampin ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan adakah kajian terperinci yang terkini yang
telah dijalankan untuk mengetahui keperluan tenaga oleh Sarawak,
Sabah dan Semenanjung Malaysia, Jika ada, bagaimana untuk
mendapatkan laporan tersebut.
-
soalan-36&37.pdf
-
Soalan 36. Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan isu-isu penting dalam "feasibility study'' dalam
kajian tenaga nuklear.
Soalan 37. DATUK AHMAD JAZLAN BIN YAAKUB [ MACHANG]
Minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN
WILAYAH menyatakan sejauh manakah keberkesanan
pelatih-pelatih yang mengikuti kursus di GIATMARA
dapat menjana pendapatan yang sama taraf dengan
orang berkemahiran yang mengikuti kursus di tempat
pengajian tahap tinggi dalam melahirkan modal insan
yang berkualiti di bidang kemahiran.
-
soalan-38.pdf
-
Y.B. TUAN SIM TONG HIM [ KOTA MELAKA ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan:-
a. tapak-tapak pelancongan seperti .. theme park" taman tema juga perlu
membayar duti hiburan. Jika ya, bagaimanakah dengan kadarnya; dan
b. memandangkan kesemua .. theme park .. mempunyai pelaburan rakyat
Malaysia dan mereka juga perlu membayar pelbagai cukai, apakah
rasionalnya untuk mereka membayar duti hiburan ini.