File PDF document soalan-13.pdf
Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah prosedur penggubalan soalan- soalan peperiksaan awam di negara ini serta jaminan integriti dan keselamatan kertas-kertas soalan.
File PDF document soalan-12.pdf
YB Tuan Julian Tan Kok ping [ Stampin ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan senarai syarikat-syarikat yang membekalkan peralatan serta servis di Hospital Umum Kuching Sarawak, serta peralatan dan servis yang mereka bekalkan. Senaraikan jumlah pembelian ataupun pembayaran kepada syarikat yang disenaraikan dari tahun 2000 sehingga sekarang.
File PDF document soalan-11.pdf
Y.B DATO' SHAMSUL ANUAR BIN HAJI NASARAH minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan: a) data terkini prestasi dan jumlah pelaburan asing dalam negara; dan b) kesan terhadap pelaburan ke negara ini ekoran isu MH370 dan MH17.
File PDF document soalan-48.pdf
Dato' Seri Abdul Hadi Bin Awang [Marang] minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimana pihak JAKIM dan Kementerian Kesihatan membuat penyelarasan bidang kuasa di peringkat dalaman berkenaan isu makanan halal demi mengelakkan kecelaruan seperti yang berlaku dalam kes coklat Cadbury baru-baru ini.
File PDF document soalan-0-intro.pdf
File PDF document soalan-52.pdf
Dato' Wira Mohd Johari bin Baharom [ Kubang Pasu ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan mengenai nisbah pekerja yang ditimpa kemalangan di tempat kerja berasaskan kepada 1000 pekerja terutamanya di tapak pembinaan. Apakah langkah- langkah keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang diambil oleh DOSH bagi memantau dan menguatkuasakan AKKP 1994 di kalangan pekerja-pekerja di kilang eletronik. Sejak tahun 201 0 berapakah bilangan mereka yang melakukan yang melakukan kesalahan di bawah AKKP 1994 dan diambil tindakan.
File PDF document soalan-54.pdf
Dato' Seri Tiong King Sing (Bintulu) Minta Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah menyatakan: (a) adakah pihak Kementerian berhasrat untuk menambah atau menaikkan jumlah peruntukan untuk melaksanakan Projek Jalan Kampung Jalan Perhubungan Desa untuk Parlimen Bintulu terutamanya kawasan Suai dan Niah yang jaraknya melebihi 5km panjang; dan (b) adakah pihak Kementerian membuat kajian terlebih dahulu sebelum meluluskan permohonan ini atau berdasarkan kepada faktor yang lain.
File PDF document soalan-53.pdf
TUAN SIM CHEE KEONG (BUKIT MERTAJAM) minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik anak muda "Not In Education, Employment or Training" (NEET) mengikut kumpulan kumpulan umur sehingga 40 tahun, pecahan negeri, jantina, kumpulan etnik dan tahap pendidikan.
File PDF document soalan-51.pdf
Datuk Madius Tangau [ Tuaran ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pelbagai subsidi serta jumlah yang diberikan oleh Kerajaan kepada rakyat setiap tahun bermula daripada tahun 1965 hingga sekarang dan sampai bilakah Kerajaan dapat melaksanakan subsidi tersebut.
File PDF document soalan-48.pdf