File PDF document soalan-41.pdf
YB Tuan Shamsul Iskandar bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan peruntukan untuk projek-projek pembasmian denggi yang disalurkan kepada setiap negeri dari tahun 2013 sehingga September 2014 memandangkan kes denggi yang semakin serius.
File PDF document soalan-37,38&39.pdf
Soalan 37. TUAN LIM LIP ENG [ SEGAMBUT 1 minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan jumlah pelaburan skim cepat kaya YSLM haram, status siasatan syarikat CDTUP International Sdn Bhd yang mempunyai hubung kait dengan YSLM. Mengapa wakil dan agen YSLM yang berada di Malaysia tidak ditangkap dan harta mereka tidak disita untuk membantu siasatan. Soalan 38. Y.B. DATUK JUSLIE BIN AJIROL [ LIBARAN ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN menyatakan langkah Kerajaan dalam menangani pembiayaan perumahan yang ketat, kadar faedah yang tinggi, kuantiti pembinaan rendah, kenaikan harga rumah yang melampau dan kemampuan untuk rakyat memiliki semakin terhad serta masih berlaku secara meluas di negara ini. Soalan 39. VB DATO SERI REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN [ KEPALA BATAS ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan memberikan penerangan tentang sejauh mana penguatkuasaan Akta Peranti Perubatan (Akta 737) setakat ini. Apakah ianya mempunyai kesan positif kepada industri perubatan di Malaysia.
File PDF document Soalan 40
Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah yang akan dilakukan oleh Kerajaan berikutan keputusan Mahkamah Rayuan atas kematian T eoh Beng Hock, dan juga janji Perdana Menteri kepada keluarga Teoh Beng Hock bahawa Kerajaan akan mencari sebab yang menyebabkan kematian Teoh Beng Hock.
File PDF document soalan-36.pdf
YB. Tuan V. SIVAKUMAR [Batu Gajah] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan sama ada Kementerian mempunyai apa-apa cadangan atau strategi untuk menjadikan Stesen Keretapi Batu Gajah lama sebagai satu pusat daya tarikan pelancong ke kawasan ini. Berapakah peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan untuk projek berkenaan.
File PDF document soalan-33&34.pdf
Soalan 33. TUAN TEO KOK PERDAGANGAN SEONG DALAM [RASAH] minta MENTERI KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan secara terperinci apakah tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan terhadap sindiket "Gores dan Menang" dan Skim Cepat Kaya yang telah menyebabkan kerugian yang teruk terhadap rakyat. Soalan 34. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh 1 minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada siasatan terhadap dua orang penumpang pesawat MAS MH370 yang dilaporkan menggunakan pasport palsu telah dijalankan dan apakah hasil siasatan setakat ini.
File PDF document soalan-35.pdf
YB Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah anggota polis yang ditugaskan di daerah Sarikei dan daerah Meradong pada masa sekarang. Adakah jumlah itu mencukupi untuk memastikan keselamatan di kawasan-kawasan tersebut.
File PDF document soalan-32.pdf
VB Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah jangkitan demam denggi setiap tahun sejak 2009.
File PDF document soalan-31.pdf
Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan usaha-usaha yang dilakukan bagi meningkatkan bilangan pekerja cekap dan berkemahiran tinggi kepada 50 peratus menjelang 2020 berbanding kini hanya 25.5 peratus danpada 12,7 juta pekerja di negara ini.
File PDF document soalan-27,28&29.pdf
Soalan 27. TUAN HAJI AHMAD LAI BIN BUJANG [ SIBUTI- BN] Minta MENTERI BELlA DAN SUKAN menyatakan:- (a) sejauh manakah penglibatan belia Sarawak terhadap program belia yang diperkenalkan oleh Kementerian untuk pembangunan belia berkenaan; dan (b) adakah dana-dana pembangunan belia seperti Dana Belia 1MOB disertai oleh belia Sarawak dan berapakah jumlah penyertaan memuaskan. Soalan 28. Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :- a) apakah kesimpulan yang diperoleh daripada laporan siasatan kemalangan kapal terbang yang terhempas pada 6hb Jun 1976 di mana pemimpin-pemimpin utama Kerajaan Sabah seperti Tun Fuad Stephens, Datuk Salleh Sulong, Datuk Peter Mojuntin, Datuk Chong Thain Vun, dan lain terbunuh; dan b) sama ada laporan siasatan itu boleh diperoleh oleh awam Soalan 29. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah terkini Kementerian dalam menentukan keselamatan tahanan polis daripada menjadi mangsa penderaan dan seksaan semasa dalam tahanan.
File PDF document soalan-30.pdf
Puan Kasthuriraani a/p Patto [ Batu Kawan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sama ada Kerajaan mempunyai niat untuk menubuhkan satu Suruhanjaya untuk menangani isu-isu keganasan terhadap wanita.