-
soalan-54.pdf
-
YB. TUAN OSCAR LING CHAI YEW (SIBU) minta MENTERI KERJA
RAYA menyatakan jumlah peruntukan untuk Pan Borneo Trunk Road
Sarawak bagi tahun 2015. Senaraikan jenis projek yang akan
dilancarkan.
-
soalan-52&53.pdf
-
Soalan 52. YB Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan:-
a. adakah pihak Kementerian mempunyai rancangan untuk
menjalankan pemeriksaan terhadap kilang pengusaha minyak
masak tempatan memandangkan isu minyak kitar semula diguna
untuk memproses minyak masak semakin hangat di luar negara;
dan
b. apakah langkah-langkah Kementerian dalam memastikan jaminan
kualiti keselamatan minyak masak di pasaran.
Soalan 53. Puan Mas Ermieyati binti Samsudin [ Masjid Tanah ] minta
MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kementerian masih
menggunakan "Offline Interpol Data System" yang lama serta bilakah
Kementerian akan menaik tarat sistem tersebut kepada pangkalan
data "lnterpols Stolen & Lost Travel Documents (STLD)" bagi tujuan
meningkatkan kawalan keselamatan penerbangan di Malaysia.
-
soalan-51.pdf
-
YB TUAN SIM CHEE KEONG [ BUKIT MERTAJAM ]
Minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik dari 2009 pecahan
kelapa sawit oleh FELDA dan FELCRA 2013 yang
1) dijual terus kepada kilang pemprosesan minyak sawit mentah; dan
2) yang dijual melalui orang tengah/dealer (pusat pengutipan kelapa sawit),
dalam peratus dan dalam nilai ringgit.
-
soalan-50.pdf
-
YB Dr. Noor Azmi bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta Menteri
Kesihatan menyatakan apakah perkembangan terkini mengenai
penyelidikan dan usaha untuk mencipta vaksin denggi di Malaysia yang
kita ketahui mengalami peningkatan kes demam denggi dan kematian
yang sangat membimbangkan sejak awal tahun ini.
-
soalan-49.pdf
-
YB Datuk Zahidi Bin Zainul Abidin [ Padang Besar] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan
dalam memantau kemasukan makanan 'Genetically Modified Food'
(GMF) dalam pelbagai bentuk ke Malaysia supaya tidak menjejaskan
kesihatan pengguna serta tidak mengandungi bahan-bahan yang tidak
halal.
-
soalan-48.pdf
-
Y.B. TUAN MOHAMED AZMIN BIN All [ GOMBAK] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan apakah mekanisme Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) untuk memastikan jumlah pendapatan pelaburan terus
kekal sementara berdepan kadar inflasi dijangka terus meningkat hingga
2015.
-
soalan-46.pdf
-
Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan :{a) peranan Majlis P~narafan Standard dan Kualiti Bahasa
lnggeris dalam mempertingkatkan tahap pembelajaran dan
pengajaran Bahasa lnggeris di sekolah-sekolah dalam negara;
dan
{b) inisiatif yang diambil bagi memperkukuhkan penguasaan
Bahasa lnggeris dalam kalangan pelajar mahupun guru dan
pengaJar.
-
soalan-47.pdf
-
Y.B. DATUK JOSEPH SALANG ANAK GANDUM [ JULAU ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan bersedia
menghapuskan sistem pembidaan tertutup terhadap mana-mana projek di
bawah .. Design & Build .. seperti jalan, jambatan dan lain-lain.
-
soalan-45.pdf
-
YB. TUAN IR. SHAHARUDDIN ISMAIL [ KANGAR]
Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan
langkah bagi mengatasi krisis tenaga yang dijangka melanda negara jika
rizab tenaga di loji tenaga semakin menyusut dan sekaligus
mengganggu operasi industri pembuatan dan perkhidmatan.
-
soalan-44.pdf
-
Dato' Sri Azalina bin Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta
MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah Kementerian
akan mewujudkan program pembangunan modal insan khususnya
untuk generasi muda di Parlimen Pengerang dengan memberi
latihan-latihan khas untuk menangani limpahan projek mega RAPID
dan juga Pembangunan Pelancongan Desaru yang memerlukan
tenaga kerja tempatan yang banyak