-
soalan-41.pdf
-
Soalan 41. Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar bin Musa [ Ketereh ] minta
PERDANA MENTERI menyatakan pendirian Kerajaan berkaitan
gesaan penangguhan Akta Hasutan 1948 buat sementara waktu
sehingga draf Akta Keharmonian Nasional disiapkan kelak.
-
soalan-40.pdf
-
Soalan 40. Dato' Seri Abdul Hadi Bin Awang [Marang] minta PERDANA
MENTERI menyatakan adakah Majlis Fatwa Kebangsaan telah
memutuskan apa-apa fatwa berkaitan dengan
Malaysia dalam konflik bersenjata di Syria penglibatan rakyat
dan Iraq, termasuklah mereka yang terlibat dengan Islamic State Of Iraq and Levant (ISIL)
-
soalan-38&39.pdf
-
Soalan 38. Tuan Ramkarpal Singh a/1 Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta
PERDANA MENTERI menyatakan sama ada hukuman mati yang
masih dikenakan terhadap kesalahan-kesalahan tertentu akan dihapuskan.
Soalan 39. Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta
MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan apakah keputusan siasatan ke atas laporan polis
Sitiawan No. 007528/14 yang dibuat oleh Encik Siaw Yang Chuang.
-
soalan-37.pdf
-
Soalan 37. Y.B. TUAN HAJI KHALID BIN ABDUL SAMAD [ SHAH ALAM ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan status tuntutan semula pinjaman
kewangan yang telah diberikan kepada Syarikat Nasional Feedlot
Corporation (NFC).
-
soalan-36.pdf
-
Soalan 36. TUAN M. KULASEGARAN [ IPOH BARAT ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah peruntukan atau dana
yang telah diberikan oleh Kerajaan bagi kuil-kuil, tempat-tempat ibadat bagi
orang Islam dan bukan Islam dan badan bukan Kerajaan dari tahun 2010
sehingga tahun 2014.
-
soalan-35.pdf
-
Soalan 35. YB Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan bilakah Kemimterian akan mendirikan hospital di
Parlimen Sepang yang mana tapak hospital telah diperuntukkan di Bandar
Baru Salak Tingi.
-
soalan-34.pdf
-
Soalan 34. Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI
SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah pencarum PERKESO yang
terkini, caruman bulanan yang dikumpulkan serta jumlah bayaran ilat
dan saraan kepada pencarum yang dikeluarkan setiap bulan. Apakah
jumlah dana PERKESO sekarang?
-
soalan-33.pdf
-
Soalan 33. Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] minta MENTERI
SUMBER MANUSIA menyatakan adakah pihak Kementerian barubaru ini
melancarkan program Recognition of Prior Learning (RPL).
Siapakah yang telah dianugerahkan kontrak untuk menjalankan
program RPL. Bagaimana mereka dipilih dan adakah proses tender
dijalankan. Berapakah jumlah kos keseluruhan program ini.
-
soalan-32.pdf
-
Soalan 32. Tuan Julian Tan Kok Ping [ Stampin ] minta
PERDANA MENTERI
menyatakan merujuk kepada jawapan Dewan Rakyat No. 61 pada 12
Jun 2014, jangan bagi ulasan lagi tetapi senaraikan secara terperinci
jumlah kes pemintasan e-mel, telekomunikasi dan pos dalam
pecahan ahli politik, suspek jenayah dan orang awam pada 1998
hingga 2014.
-
soalan-31.pdf
-
Soalan 31. Dato' Mansor bin Othman [ Nibong Tebal ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan bilangan dan pecahan mengikut kategori
pekerjaan orang yang ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 sejak
pengumuman Perdana Menteri pada tahun 2012 yang Akta ini bakal
dihapuskan.