File PDF document soalan-46.pdf
Soalan 46. Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah Kerajaan akan menguatkuasakan Akta SOSMA 2012 ke seluruh negara untuk menangani ancamanancaman dari dalam negara dan luar negara.
File PDF document soalan-44-jawapan.pdf
Soalan 44. YB TUAN lORIS BIN HAJI AHMAD [ BUKIT GANTANG ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan: a) berapakah Kerajaan membelanjakan wang untuk projek inovasi; dan b) apakah contoh hasil inovasi yang dijual ke negara luar.
File PDF document soalan-43.pdf
Soalan 43. Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [ Setiu ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah kanak-kanak Autisme yang telah direkodkan di negeri Terengganu serta jenis bantuan yang disediakan bagi kanak-kanak tersebut. Soalan 44. YB TUAN lORIS BIN HAJI AHMAD [ BUKIT GANTANG ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan: a) berapakah Kerajaan membelanjakan wang untuk projek inovasi; dan b) apakah contoh hasil inovasi yang dijual ke negara luar.
File PDF document soalan-40.pdf
Soalan 40. VB Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan untuk menolong pesakit-pesakit Lysosomal Storage Diseases (LSD) kerana kos yang begitu tinggi untuk rawatan Enyzme Replacement Therapy (ERT).
File PDF document Soalan-42.pdf
Soalan 42. YB. Dr. Michael Teo Vu Keng [ Miri ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan langkah-langkah Kementerian menaiktaraf dan mengekalkan keindahan pantai-pantai di Sarawak, khususnya di Miri.
File PDF document soalan-37.pdf
Soalan 37. YB Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan] minta PERDANA MENTERI menyatakan status terkini pencapaian hartanah Bumiputera oleh Pelaburan Hartanah Berhad sejak ia ditubuhkan dalam tahun 2006 dengan modal RM2 bilion.
File PDF document soalan-36.pdf
Soalan 36. Y.B. TUAN NGA KOR MING [ TAIPING ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan secara terperinci apakah jumlah pelaburan 1Malaysia Development Berhad (lMDB) mengikut projek, jumlah hutang yang ditanggung serta prestasi pengurusan kewangan syarikat tersebut.
File PDF document soalan-35.pdf
Soalan 35. Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :- (a) jumlah kes perdagangan manusia yang dilaporkan dan didakwa di mahkamah sejak 2010 hingga 2014 dan tindakan yang diambil terhadap "traffickers"; dan (b) perlindungan yang diberi kepada mangsa dan pendekatan untuk mengatasi masalah ini.
File PDF document soalan-34.pdf
Soalan 34. Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan berapa kedudukan permohonan untuk menyewa rumah pangsa/PPR DBKL dari pelbagai peringkat dan kategori yang masih belum ditawarkan rumah, unit rumah yang siap dan sedang dalam pembinaan serta kedudukan pembangunan semula di tapak-tapak perumahan sedia ada.
File PDF document soalan-33.pdf
Soalan 33. Tuan Mohamed Azmin Ali [Gombak] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah mekanisme Kerajaan memperkemaskan kerjasama antara agensi-agensi keselamatan dalam Pelan Penstrukturan Semula Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Malaysia (ESSCOM).