-
soalan-12.pdf
-
soalan-12_1439372494.pdf
-
soalan-0-intro.pdf
-
soalan-11.pdf
-
soalan-47.pdf
-
Soalan 47. Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan berapakah warga Malaysia telah terlibat dalam
perang saudara di Syria dan berapa pula mereka yang terlibat dalam
perjuangan militan ISIS/ISIL. Adakah mereka ditahan setelah pulang ke
Malaysia.
-
soalan-46.pdf
-
Soalan 46. Y.B. DATUK IKMAL HISHAM BIN ABDUL AZIZ [ TANAH MERAH ]
minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah Kementerian
bercadang untuk mengesyorkan kepada Kerajaan untuk mengharamkan
kemasukan rokok dan arak ke Port Klang Free Zone (PKFZ). lni
memandangkan ia tidak mendatangkan apa-apa keuntungan kepada
Kerajaan sebaliknya hanya menjadi tempat persinggahan bagi kegiatan
penyeludupan kedua-dua barangan tersebut.
-
soalan-45.pdf
-
Soalan 45. Y.B. DATUK NOOR EHSANUDDIN BIN MOHD HARUN NARRASHID [
KOTA TINGGI ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah
jumlah sehingga kini syarikat yang telah berdaftar untuk melaksanakan
GST.
-
soalan-44.pdf
-
Soalan 44. Y.B. TUAN CHE MOHAMAD ZULKIFLY BIN JUSOH [ SETIU ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk
membolehkan setiap pencarum KWSP untuk didaftarkan secara automatik
di Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi memudahkan proses Pendaftaran
Pembayar Cukai dilakukan.
-
soalan-43.pdf
-
Soalan 43. TAN SRI DATO SRI WILLIAM MAWAN IKOM [ SARATOK ] minta
MENTERI
PEDAGANGAN
DALAM
NEGERI,
KOPERASI
DAN
KEPENGGUNAAN menyatakan apakah langkah Kementerian bagi
memerangi kegiatan penyeludupan petrol dan diesel bersubsidi di
negara ini memandangkan Kerajaan terpaksa menanggung kerugian
sebanyak RM1.2 billion akibat sindiket penyeludupan petrol dan diesel
bersubsidi dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.
-
soalan-42.pdf
-
Soalan 42. Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ]
minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI
ASAS TANI menyatakan jenis-jenis dan
bahaya racun yang terkandung dalam sayursayuran yang dibawa masuk dari Thailand.
Apakah langkah-langkah Kementerian dalam
memastikan rakyat mendapat sayur-sayuran
yang bebas racun.