-
soalan-35.pdf
-
Soalan 35. TUAN WONG SZE PHIN JIMMY
KOTA KINABALU Minta PERDANA MENTERI menyatakan:-
jumlah perbelanjaan ESSCOM mengikut jenis-jenis perbelanjaan sejak
dilancarkan hingga kini. Adakah ESSCOM akan menggunakan pelantar
minyak terbiar untuk tujuan pemantauan.
-
soalan-34.pdf
-
Soalan 34. Dato' Haji Mahfuz bin Omar Pokok Sena minta MENTERI
DALAM NEGERI menyatakan
nama syarikat yang dipilih untuk mengendalikan pengurusan
kemasukan 1.5 juta orang pekerja asing dari Bangladesh serta
cara pemilihan syarikat tersebut; dan
berapakah jumlah dari yuran penempatan akan diterima oleh
syarikat tersebut.
-
soalan-33.pdf
-
Soalan 33. Y.B. DR. KO CHUNG SEN KAMPAR minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan senarai aset semasa yang dimiliki oleh 1MDB dan nilai setiap satunya,
jumlah liabiliti dan hutang semasa 1MDB dan
jumlah bayaran faedah pada tahun ini dan 5 tahun yang Ialu, dan sama
ada bayaran faedah ini diservis oleh aliran tunai dalaman atau daripada
pinjaman.
-
soalan-32.pdf
-
Soalan 32. Y.B. PUAN NURUL IZZAH BINTI ANWAR LEMBAH PANTAI minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan
berapakah kutipan GST dari 1 April hingga 30 September 2015
berbanding kutipan SST 1 April hingga September 2014: dan
berapakah kadar inflasi yang berkait dengan GST 1 April hingga 30
September 2015 untuk sektor perkhidmatan, kos barangan, pengangkutan
dan kos sara hidup.
-
soalan-31.pdf
-
Soalan 31. Tuan Ignatius Dorell Leiking [Penampang] minta PERDANA
MENTERI menyatakan seiring dengan pembinaan penjara di Labuan,
adakah Kerajaan akan memusatkan (centralise) badan kehakiman di
bawah pentabiran Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak yang
berpusat di Labuan untuk mendengar kes-kes sama ada sivil ataupun
jenayah yang berdekatan dengan Kawasan Labuan seperti Beaufort
dan sesetengah kawasan di Sarawak.
-
soalan-28.pdf
-
Soalan 28. Puan Kasthuri alp Patto [Batu Kawan] minta PERDANA
MENTERI menyatakan dengan jelas KPI bagi usaha-usaha
Jawatankuasa Kabinet Hal Ehwal Masyarakat India selepas
penubuhannya serta program-program konkrit yang telah
diperkenalkan oleh Kerajaan bagi tujuan pembangunan etnik India di
Malaysia dan sejauh manakah program-program tersebut berjaya
untuk membangunkan taraf hidup etnik India di Malaysia.
-
soalan-27.pdf
-
Soalan 27. YB Tuan Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan) minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan alasan untuk tidak meluluskan permohonan
Dato Seri Anwar ibrahim untuk menjalani pembedahan mikro akibat
masaiah kedua belah bahu dan menjalani fisioterapi pada kekerapan
yang betul di HKL atau PPUM
-
soalan-26.pdf
-
Soalan 26. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]
minta MENTERI LUAR NEGERI
menyatakan apakah pendirian Kerajaan
sebagai anggota ASEAN terhadap isu
pelarian dan penghapusan etnik Rohingya
di Myanmar.
-
soalan-25.pdf
-
Soalan 25. Tuan Sim Chee Keong (Bukit Mertajam) minta Menteri Dalam Negeri
menyatakan di jabatan mana 11,757 anggota PDRM yang baru
ditempatkan serta statistik jumlah polis terkini mengikut pecahan
jabatan, jantina dan negeri.
-
soalan-24.pdf
-
Soalan 24. Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai] minta MENTERI SUMBER
ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah yang dibuat
bagi mengatasi masalah jerebu khususnya jerebu yang bersifat rentas
sempadan yang kerap berlaku di Malaysia