File PDF document soalan-59.pdf
Soalan 59. Tuan ldris bin Haji Ahmad Bukit Gantang menyatakan jumlah pelajar yang dibuang daripada lnstitut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kerana disabit kesalahan moral daripada tahun 2010 hingga September 2015.
File PDF document soalan-58.pdf
Soalan 58. Y.B. WIRA OTHMAN BIN ABDUL PENDANG minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah Iangkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang untuk mengawal kejatuhan mata wang negara.
File PDF document soalan-56.pdf
Soalan 56. Tuan Gooi Hsiao-Leung [Alor Setar] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada mengikut perenggan 3(1) (dibawah tajuk Kecualian dan Peralihan) Perintah Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan Jadual Pertama) 2015, untuk Ahli-Ahli Parlimen yang telah berhenti menjadi Ahli Parlimen dan sedang menerima pencen sejak sebelum 1.1.2009,adakah pencen mereka akan diselaraskan mengikut kenaikan gaji Ahli-Ahli Parlimen baru- baru ini.
File PDF document soalan-55.pdf
Soalan 55. Dato' Hasbullah bin Osman [Gerik] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah pola permintaan domestik dan antarabangsa terhadap komoditi utama negara rentetan kejatuhan nilai ringgit sejak tempoh 6 bulan yang Ialu.
File PDF document soalan-54.pdf
Soalan 54. YB. Datuk Juslie bin Ajirol Libaran minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan pendekatan strategik yang diambil bagi mengekalkan momentum pembangunan industri pelancongan negara terutama di Sabah dan bagaimana promosi di pasaran lain seperti pasaran ASEAN, pasaran Asia Selatan, pasaran Asia Barat, pasaran Ocenia dan pasaran Eropah.
File PDF document soalan-53.pdf
Soalan 53. YB Datuk Jumat bin ldris Sepanggar minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah bilangan projek dan jumlah rumah yang sedang dan akan dibangunkan di kawasan Kota Kinabalu dan Sepanggar oleh PR1MA.
File PDF document soalan-51&52.pdf
Soalan 51. Tuan Haji Nasrudin bin Hassan Temerloh minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan hasil perbincangan dengan negara Indonesia (18-20 September 2015) untuk menangani masalah jerebu. Soalan 52. TUAN NGA KOR MING Minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDARDAN WILAYAH menyatakan apakah sebab-sebab sebenar MARA mengambil keputusan berhenti menaja mahasiswa-mahasiswi menuntut ilmu di Universiti Taylor, Malaysia.
File PDF document soalan-49&50.pdf
Soalan 49. Y.B. TUAN NIK MOHAMAD ABDUH BIN NIK ABDUL AZIZ PASIR MAS minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang bagi memperhalusi semula perlaksanaan GST dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi ketika ini. Soalan 50. TUAN CHUA TIAN CHANG TIAN CHUA BATU minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sejak bilakah sistem KEJARA telah digantung. Mengapa sistem KEJARA yang diluluskan Kementerian kini dianggap tidak boleh dipakai lagi. Apakah tindakan yang telah diambil pihak Kementerian terhadap ke semua pesalah yang rekodnya masih lagi di sistem KEJARA.
File PDF document soalan-48.pdf
Soalan 48. Y.B. DR. KO CHUNG SEN KAMPAR minta MENTERI KEWANGAN menyatakan imbuhan tahunan dan bonus yang dibayar kepada Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB sejak ia ditubuhkan pada tahun 2009; dan imbuhan tahunan Pengerusi 1MDB sejak tahun 2009, dan imbuhan tahunan setiap Ahli Lembaga Pengarah 1MDB sejak 2009.
File PDF document Soalan 46
Y.B. PUAN SITI ZAILAH BINTI MOHD YUSOFF RANTAU PANJANG minta MENTERI KEWANGAN menyatakan secara terperinci perbelanjaan untuk bayaran balik pinjaman RM46 bilion 1MDB sehingga Oktober 2015.