-
soalan-17&18.pdf
-
Soalan 17. YB TAN SRI DATO' SRI DR. JAMALUDDIN BIN MOHO JARJIS [
ROMPIN ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:
(a) usaha-usaha yang diambil oleh pihak Koridor Wilayah Timur
(ECER) dalam menarik pelaburan luar ke kawasan Rompin
dalam bidang perindustrian untuk memberi peluang pekerjaan
dan menjana ekonomi setempat; dan
(b) memaklum projek-projek yang telah dan akan dilaksanakan di
dalam kawasan Parlimen Rompin di bawah ECER.
Soalan 18. Tuan ldris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan berapa ramaikah saintis Malaysia yang
menyahut seruan Kerajaan supaya pulang berkhidmat di dalam
negara ini sehingga 2013 mengikut negara-negara yang mereka
berkhidmat sebelum ini.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-14 Parliamentary Replies
-
soalan-13&14.pdf
-
Soalan 13. Datuk MadiusTangau [Tuaran] minta PERDANA MENTERI
menyatakan berapakah peruntukan yang telah diberikan oleh Kerajaan
kepada Amanah lkhtiar Malaysia (AIM) dan apabila dilaksanakan
nyatakan agihan kepada setiap negeri sejak AIM ditubuhkan serta
keberkesanannya dalam pembasmian kemiskinan.
Soalan 14. Tuan Ramkarpal Singh a/1 Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta
PERDANA MENTERI menyatakan sama ada usaha TalentCorp yang
dilancarkan pada tahun 2011 telahpun berjaya dan sekiranya tidak,
nyatakan alasan-alasannya.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-16 Parliamentary Replies
-
soalan-0-intro,8&9.pdf
-
Soalan 8. Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM
SEKITAR menyatakan kekangan yang dihadapi dalam Program Satu
Negeri Satu Sungai yang gagal untuk memulihara dan mengembalikan
kesemua 59 sungai yang tersenarai dalam kategori tercemar serta
kawasan sekitarnya kepada keadaan asalnya.
Soalan 9. Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan hala tuju dan pencapaian TalentCorp serta bagaimanakah
TalentCorp memastikan rakyat Malaysia balik berkhidmat akan tinggal
terus di Malaysia dan pemindahan pengetahuan dan kemahiran.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-27 Parliamentary Replies