-
soalan-28,29&30.pdf
-
Soalan 28. Tuan Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan :-
(a) mengapa beliau enggan mendedahkan butir-butir ahli panel Akta
Pencegahan Jenayah (PCA), termasuk latar belakang mereka; dan
(b) pihak yang bertanggungjawab untuk melantik ahli panel tersebut dan
sama ada ahli panel ini bertanggungjawab kepada Parlimen dan rakyat.
Soalan 29. Y.B. DATO' HENRY SUM AGONG [ LAWAS ] minta MENTERI
KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN
menyatakan sama ada Kementerian merancang untuk melaksanakan
program rumah murah/mampu milik di daerah Lawas.
Soalan 30. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [ Kalabakan
minta PERDANA MENTERI menyatakan :-
(a) apakah Kementerian maklum tentang penyebab
sebenarnya mengapa kejadian gajah menyerang di
Felda Umas-Umas di Kalabakan berlaku; dan
(b) jika maklum apakah perancangan kementerian untuk
menentukan agar dapat dikenal pasti dan tindakan
sewajarnya diambil untuk mengelakkan perkara ini tidak
berulang lagi.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-11-03 Parliamentary Replies
-
soalan-50&51.pdf
-
Soalan 50. Puan Kasthuriraani a/p Patto [ Batu Kawan ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan secara terperinci sebab mengapa cadangan
untuk membina sekolah menengah Tamil pertama di Malaysia di Pulau
Pinang ditolak serta tarikh mula pembinaan sekolah baru bagi SJKT
Sungai Bakap, Pulau Pinang.
Soalan 51. Y.B. USTAZ DATO' DR. MOHO. KHAIRUDDIN BIN AMAN RAZALI
[ KUALA NERUS ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR,
PERUMAHAN DAN KERAJAAN menyatakan sama ada pihak Kerajaan
berhasrat untuk menyelaras definisi rumah mampu milik.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-09 Parliamentary Replies
-
soalan-9.pdf
-
Y. B. TUAN HAJI AHMAD NAZLAN BIN lORIS [ JERANTUT] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah yang
diambil oleh Kerajaan untuk membantu rakyat yang berpendapatan antara
RM2,500 ke RM4,000 sebulan dalam menghadapi kesan kenaikan kos sara
hidup pada masa kini.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-14 Parliamentary Replies
-
soalan-19.pdf
-
Y.B. DATO' SERI ONG KA CHUAN [ TANJONG MALIM ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah asas bagi Bank Negara
Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25
mata asas pada bulan Ogos yang lalu. Adalah di jangka kadar gadai janji
pada sekitar 4.2 peratus akan dinaikkan kepada 4.65 peratus dan ini akan
menambahkan lagi bebanan peminjam, terutamanya golongan pengguna
yang berpendapatan rendah dan sederhana yang terlibat dalam pinjaman
perumahan dan kenderaan. Apakah tindakan yang akan diambil oleh
kerajaan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah ini.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-09 Parliamentary Replies
-
soalan-11.pdf
-
Y.B. DATO' WIRA OTHMAN BIN ABDUL [ PENDANG ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah Rumah Mesra Rakyat yang
telah diluluskan bagi tahun 2012 dan 2013 di Negeri Kedah mengikut
Daerah. Apakah halangan-halangan yang boleh menyebabkan kelambatan
pembinaan rumah-rumah tersebut.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-08 Parliamentary Replies
-
soalan-53&54.pdf
-
Soalan 53. Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ]minta
MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
menyatakan sejauh manakah kewujudan gelandangan dikatakan
mengganggu persekitaran Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya
utama negara dan berapakah jumlah tangkapan yang telah dilakukan oleh
Kerajaan pada tahun 2013 terhadap golongan peminta sedekah yang
dikhuatiri berpendapatan lumayan hampir setiap bulan dan apakah
tindakan terhadap mereka yang telah ditangkap.
Soalan 54. Y.B. TUAN CHUA TIAN CHANG @ TIAN CHUA [ BATU ] minta
MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN
KERAJAAN menyatakan apakah status dan perkembangan pembinaan
pangsapuri kos rendah di Taman Pelangi Parlimen Batu yang telah lebih
sepuluh (1 0) tahun melebihi jangka masa pembinaan.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-16 Parliamentary Replies