-
soalan-52&53.pdf
-
Soalan 52. YB Tuan Wan Hasan Bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta PERDANA
MENTERI menyatakan apakah dan faedah kepada rakyat Terengganu
daripada projek kereta api Kerteh - Kuantan yang bermula pada 1 April
2004 dan telah ditamatkan pada 1 Oktober 2010 di bawah seliaan
Petronas, setelah beroperasi selama 6 tahun.
Soalan 53. Dato' Sri Azalina binti Oato' Othman Said [ Pengerang ] minta
MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kementerian
bercadang untuk mewujudkan Central Security Command Centre di
Parlimen Pengerang untuk menyelaras isu-isu keselamatan
memandangkan pembangunan pesat di kawasan tersebut turut
melibatkan peningkatan populasi penduduk yang ketara serta
pelbagai isu keselamatan.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-09 Parliamentary Replies
-
soalan-42.pdf
-
Soalan 42. Y.B. TUAN MOHO RAFIZI BIN RAMLI [ PANDAN ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan pengesahan sama ada Cukai Barang dan
Perkhidmatan (GST) akan dikenakan ke atas penjualan petrol dan diesel
kepada orang ramai.
Soalan 43. Y.B. RAJA DATO' KAMARUL BAHRIN SHAH BIN RAJA AHMAD [ KUALA TERENGGANU ]
minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN menyatakan memandangkan
fasa pertama pembinaan Pasar Baru Cabang Tiga, Kuala Terengganu
jelas melanggar garis panduan Kementerian mengikut jawapan
Kementerian Kesihatan Parlimen pada sesi awal 2014, adakah fasa kedua
pembinaan tersebut yang melibatkan pembinaan jenis bangunan yang
sama akan dihentikan melalui 'stop work order' dari Kementerian.
Soalan 44. YB Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan apakah sebabnya projek pembinaan Hospital
Umum Sri Aman terbengkalai walaupun ia telah dijanji oleh Perdana
Menteri dalam tahun 2011 bahawa ia akan disiapkan pada hujung tahun
2013.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-14 Parliamentary Replies
-
soalan-24&25.pdf
-
Soalan 24. YB. TUAN WAN HASAN BIN MOHO RAMLI (DUNGUN) minta
MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah tindakan penyelesaian
kemendapan tanah sambungan kepada jalan dengan kepala
jambatan di Laluan 145 Seksyen 1 KM3 Jambatan Sungai Ruang dan
KM4 Jambatan Sungai Teluk Kalung Jalan Chukai- Dungun.
Soalan 25. YB. DATUK NUR JAZLAN BIN MOHAMED (PULAI) minta MENTERI
KERJA RAYA menyatakan status serta fungsi Lebuh Raya
Penyuraian Timur (EDL) di Johor Bahru, sama ada ia akan dikenakan
tol atau dikecualikan tol selepas kadar tol Tambak Johor dinaikkan
baru-baru ini serta apakah rasional kenaikan kadar tol Tambak Johor.
Located in
Documents
/
…
/
Oral Questions (Soalan Lisan)
/
2014-10-27 Parliamentary Replies