Datuk Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah perancangan Kementerian untuk mempunyai
meletakkan seorang pegawai pemantau di setiap pasar tani besar di Malaysia dalam memastikan para peniaga tidak menjual barangan pada harga yang tinggi melebihi harga ditetapkan.
PUAN HAJAH NORMALA BINTI ABDUL SAMAD [PASIR GUDANG]
minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN
KEPENGGUNAAN menyatakan langkah yang diambil oleh pihak
Kementerian bagi memastikan maklumat berkenaan Panduan Harga
Pengguna dapat disalurkan kepada semua lapisan masyarakat agar info
tersebut dapat digunakan dengan sebaiknya oleh pengguna.
Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta
MENTERI PENDIDIKAN menyatakan mengapa berlakunya kekurangan
guru-guru anak tempatan Sarawak yang berkelayakan untuk mengajar
di Sarawak serta menyatakan bidang mata pelajaran secara khusus dan
peratusan kekurangan tersebut.