Y.B. TUAN MOHD RAFIZI BIN RAMLI [ PANDAN ] minta MENTERI
KEWANGAN menyatakan secara terperinci pelaburan dan pegangan
(ekuiti, bon, pinjaman dan lain-lain) oleh KWSP dan KWAP di dalam 1MDB dan anak-anak syarikatnya (termasuk bekas anak syarikat iaitu SRC International Sdn. Bhd.) setakat 31 Mac 2015.
YB Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah hasil siasatan sepenuhnya oleh Ketua Audit Negara
berhubung akaun dan kewangan IMDB dan apakah hasil penemuan
siasatan tersebut.