-
soalan-13.pdf
-
DATUK JUSLIE BIN AJIROL [LIBARAN]
minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
menyatakan faktor Malaysia tersenarai dalam 20 negara paling berdaya
saing dalam Laporan Daya Saing Global 2014-2015 yang dikeluarkan
Forum Ekonomi Dunia pada 3 September 2014.
-
soalan-14.pdf
-
TUAN WAN HASAN BIN MOHO RAMLI [DUNGUN-PAS]
Minta MENTERI BELlA DAN SUKAN menyatakan apakah ada garis
panduan berpakaian ahli sukan wanita Islam semasa menyertai
pertandingan.
-
soalan-12.pdf
-
Y.B. Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan :-
(a) sama ada Kementerian mengambil perhatian terhadap situasi di
mana bilangan pelajar imigran melebihi pelajar tempatan di
sesetengah sekolah di Sabah, contohnya di SK Pekan Kinarut,
Papar; dan
(b) berikan statistik atau data. berkenaan. dan apakah langkah bagi
menangani keadaan sebegini.
-
soalan-11.pdf
-
YB Dato' Henry Sum Agong [ Lawas] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan bilakah Klinik 1Malaysia diadakan di Lawas?
-
soalan-9.pdf
-
Y. B. TUAN HAJI AHMAD NAZLAN BIN lORIS [ JERANTUT] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah yang
diambil oleh Kerajaan untuk membantu rakyat yang berpendapatan antara
RM2,500 ke RM4,000 sebulan dalam menghadapi kesan kenaikan kos sara
hidup pada masa kini.
-
soalan-10.pdf
-
Dato' Kamaruddin bin Jaafar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah tahap kesesuaian dan keselamatan landasan
keretapi laluan Tumpat-Gemas dan adakah penjagaan landasan itu
mengikut jadual.
-
soalan-8.pdf
-
YB. TUAN R. SIVARASA [ SUBANG] Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan
adakah Kementerian bercadang mengkaji semula dasar yang memberi
kuota Feed-in-Tariff yang besar dan untung lumayan kepada pelabur
besar dan tidak mengutamakan pelabur individu dalam penggunaan
Renewable Energy Fund yang dikendalikan oleh Sustainable Energy
Development Authority (SEDA) Malaysia.
-
soalan-0-intro.pdf
-
soalan-60&61.pdf
-
Soalan 60. Y.B. DATUK SAPAWI BIN AHMAD WASALI [ SIPITANG ] minta
MENTERI KEWANGAN menyatakan strategi dan tindakan diambil untuk
membanteras kegiatan penyeludupan yang banyak dilaporkan, sehingga
menyebabkan kerugian berbilion ringgit kepada kerajaan.
Soalan 61. DATO' SERI TIONG KING SING [ BINTULU ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-
(a) apakah pihak Kementerian mempunyai cadangan untuk
menyelesaikan masalah takungan air di tapak landasan dan
hentian pesawat-pesawat- Laparlgan Terbang Kuala Lumpur 2
(KLIA2) yang berkemungkinan membawa bahaya; dan
(b) adakah pihak Kementerian mempunyai rancangan untuk menaik
taraf atau melebarkan laluan pejalan kaki di sepanjang balai
berlepas KLIA2 memandangkan selalu menyebabkan kesesakan
kepada para pengguna dan adakah ia menepati piawaian pihak
Jabatan Bomba dan Penyelamat sekiranya berlaku kecemasan.
-
soalan-62.pdf
-
Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ]
minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah kedudukan
universiti tempatan dalam ranking universiti dunia ketika ini dan apakah
langkah yang diambil oleh Kementerian dalam meningkatkan kualiti
universiti tempatan di peringkat global.